Seminar Buat Duit dengan Blog penuh Inspirasi

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hanya perkataan syukur kepada ALLAH SWT boleh diucapkan setelah selesai majlis SBDdD13. Melihat peserta tidak berganjak dari kerusi sehingga selesai majlis memang sangat mengembirakan. Keeks di bawah menjadi saksi.

Peserta tidak berganjak duduk penuh minat bukan kerana iPad mini atau Samsung Galaxy S4 tetapi perkongsian ilmu yang sangat menginspirasikan daripada panel-panel hebat walaupun Tekong agak terkedu dengan nyanyian Happy Birthday dari lebih 220 peserta. Semuga Tekong akan lebih berjaya dunia dan akhirat sera mendapat redha Allah SWT.

Terima kasih tak terhingga kepada penaja utama Little Scarf Collection (tahniah Fanpage dah melebihi 1k) dengan gabungan penaja Ummi Umairah, Ajwa Travel Sdn Bhd (jangan lupa join kelab kembara ajwa),Serverfreak Web Hosting (menyediakan diskaun hosting 50%) dan eQurban (dengan website dan sistem baru). Juga tak lupa semua penaja hadiah cabutan bertuah AE Consultancy, miGlobal Millionaires Network, Eizil Network, Ciklaili.com, Lensapujangga.com, Mindaaktif.com, Mindasyukri.com, Hazmanfadzil.com, Ejamothman.com, CS Holidays Sdn Bhd dan Ilham Resources.

Crew Denaihati Network

Peserta Seminar SBDdB13

Ucapan Tuan Hj Muhamad Sahar, Timbalan Presiden DPIM tentang Jihad Bisnis dan Wakaf Bisnis adalah input yang sangat baik kepada semua peserta seminar dan sangat memotivasikan. DPIM juga menjemput semua Blogger menjadi ahli dengan yuran hanya RM250 seumur hidup. Peserta seminar yang dijangka hanya 180 telah meningkat sehingga 220 dengan pendaftar di saat akhir dan ada yang daftar terus di dewan seminar. Alhamdulillah pengurusan Hotel Singgahsana telah memberi kerjasama yang baik walaupun ada penambahan di saat akhir.

VIP Seminar SBDdB13

Peserta Seminar SBDdB13

Tak sangka pulak semua VIP stay sehingga habis seminar yang terlajak waktu lebih satu jam. Semua kerana kehebatan ahli panel Tuan Hj Zainal Ariffin (mantan presiden PRIBUMI), Zarul Umbrella, Abang Ensem Sangat, Tekong, Nisa Kay, Titan, Suhaimy aka Shuth (Founder WangCyber.com), Rayyan Haries si comel dan Halim (GM eQurban) dan tak lupa ustaz Efendi dan the best MC Hilal Azmi. Semuanya santai menjadikan majlis selesa. Tidak keterlaluan kalau nak dikatakan SBDdB13 lebih berjaya dari SBB2013.

Panel Seminar SBDdB13

Aimandeki.com Peserta Seminar SBDdB13

Idea paling best dari Hilal Azmi adalah ambil hadiah cabutan bertuah di kaunter yg sangat menjimatkan masa dan paling suprise hadian cabutan bertuah yg ditampal bawah kerusi utk mengelakan peserta mengantuk.

Penganjur memohon jutaan ampun dan maaf sekira ada salah silap sepanjang majlis. Kalau ada cadangan untuk meningkatkan kualiti penganjuran sila kongsikan untuk tindakan kami.

Bonikacak.com Peserta Seminar SBDdB13

Peserta Seminar SBDdB13

Terima kasih ALLAH … Terima kasih semua semuga majlis ilmu ini mendapat redha ALLAH dan memberi manafaat kepada seluruh alam.

Berjumpa lagi di Junior Class pada 22/6/13 dan Master Class pada 23/5/13. Yang berminat sila buat pendaftaran di http://akademi.denaihati.my.


Spread the love

76 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!