Seminar Buat Duit Dengan Blog

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah, beberapa majlis (SBB 2012/2013, Seminar WordPress, Private Training) anjuran Denaihati Network sebelum ini mendapat sambutan dan maklum balas yang baik daripada rakan-rakan blogger sehingga mendapat liputan media massa. Kali ini pihak Denaihati telah merancang satu lagi majlis ilmu untuk rakan-rakan blogger iaitu Seminar Buat Duit Dengan Blog (SBDDB).

Ramai yang menjadi blogger kerana ingin menjana pendapatan setelah melihat cek besar yang dikongsikan Blogger Eyriqazz dan Shakiddo. Namun begitu, ramai blogger hanya tertumpu kepada satu teknik semata-mata iaitu pengiklanan dan akhirnya kecewa kerana kurang mahir dengan teknik menjana pendapatan dengan blog. Dalam seminar kali ini, kita akan berpeluang untuk mempelajari beberapa teknik lain seperti affiliate, e-book dan sebagainya yang ada sesetengahnya tidak pernah dicuba. Beberapa rakan blogger berpengalaman dan telah menjana pulangan lumayan dari aktiviti blogging akan berkongsi bagaimana mereka melakukan pelbagai aktiviti penjanaan pendapatan mereka.

Seminar Buat Duit dengan Blog

  • Tarikh : 19/5/2013
  • Lokasi : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
  • Masa : 8.30 am – 1.30 pm
  • Seminar akan menggunakan Bahasa Melayu
  • Yuran penyertaan RM50 sehingga 11/5/2013. Selepas tarikh 11/5/13 yuran penyertaan adalah RM100.

Siapa yang boleh menyertai seminar ini?? Seminar ini bukan hanya untuk Blogger sahaja tetapi terbuka untuk :

  1. Suri Rumah yang mencari pendapatan sampingan
  2. Pelajar Sekolah berusia 15 tahun ke atas
  3. Siswa/Siswi Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
  4. Penganggur sangat-sangat diwajibkan
  5. Blogger ensem dan cantik
  6. Aktivis Sosial Media
  7. Kakitangan swasta, badan berkanun dan awam
  8. dan Semua yang berminat menjana pendapatan sampingan secara online

BERMINAT??? Tempat terhad hanya untuk 300 peserta pertama. Untuk mendaftar sila klik SINI.

Bagaimana menjana kewangan menerusi medium blog

INSENTIF PESERTA SEMINAR

Berbagai insentif menarik akan disediakan untuk peserta Seminar Buat Duit dengan Blog antaranya :

  1. Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah gadget terkini yang menarik seperti iPad mini dan package kembara Kemboja.
  2. Hadiah istimewa untuk peserta ke 100, 200, 300 dan 400.
  3. Dan insentif-insentif lain yang akan diumumkan.

RAKAN NIAGA DENAIHATI

Blogger dan Aktivis Sosial media juga diberi peluang untuk menjadi Rakan Niaga Denihati. Pendaftarn percuma dan mendapat link affiliate “Seminar Buat Duit dengan Blog” untuk dipromosi di Blog, Facebook dan Twitter. Setiap peserta seminar yang didaftar melalui link affiliate Rakan Niaga Denaihati akan mendapat komisen RM5. Kepada yang berminat menjadi Rakan Niaga Denaihati sila daftar di SINI.

Insentif Untuk Rakan Niaga Denaihati

  1. Tambahan komisen RM100 untuk yang mendaftar 10 peserta.
  2. Tambahan komisen RM200 untuk yang mendaftar 20 peserta.
  3. Tambahan komisen RM300 untuk yang mendaftar 30 peserta.
  4. Tambahan komisen RM400 untuk yang mendaftar 40 peserta.
  5. Mendapat sebuah iPad Mini 16GB untuk yang mendaftar 50 peserta.

Kepada semua yang dah mendaftar menjadi Rakan Niaga Denaihati apa lagi mulakan kempen dan dapatkan insentif yang menarik.

PENAJA

Kepada Syarikat, Usahawan Persendirian dan Rakan Blogger ingin jenama mereka menjadi tatapan ratusan Blogger bolehlah menjadi sebagai PENAJA. Tajaan boleh dibuat dalam bentuk wang tunai, gadget, perkhidmatan dan produk. Semua nama penaja akan disiarkan di blog Denaihati dan di umumkan oleh MC dalam majlis SBDDB. Blog Denaihati akan menyediakan satu ruang advetorial khas untuk penaja yang melebihi nilai RM1000. Kepada penaja yang melebihi RM3000 selain satu ruang advetorial juga disediakan gerai khas untuk mempromosi produk. Yang berminat sila DM Blogger Anarm.

SOALAN

Jika ada sebarang persoalan sila bertanya di SINI (pastikan anda menjadi rakan FB Denaihati).

Semuga SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG akan dapat membantu Rakan Blogger menjadikan Blogger sebagai kerjaya profesional yang bukan sekadar mendapat pulangan lumayan tetapi memberi manafaat kepada seluruh alam.


Spread the love

243 Comments

  1. salam admin saya dah buat pendaftaran atas nama BARIAH AHMAD tapi saya tak dapat pun invitation rasmi…atau saya perlu hadir dengan membawa bukti pembayaran sahaja
    Curahan rasa beryshoppingsite @ ..CARDIGAN LABUHMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!