Satu Dekad Membangunkan MyEvents International

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

di Malaysia malahan di dunia ini sudah terlalu banyak syarikat yang wujud. Wujudnya cukup banyak saban hari namun yang tutup syarikat pun amat banyak. Tidak kira sekecil-kecil syarikat hingga sebesar-besar syarikat. Tidak kira sekecil-kecil ruang pejabat hingga sebesar-besar bangunan untuk syarikat.

Kali ini kita kongsikan sebuah kisah dari Dawood Holdings.

Perjalanan syarikat Dawood Holdings dimulakan oleh dua rakan kongsi iaitu Encik Shahul Hameed Dawood dan Encik Abdul Kabur di bandar yang sibuk Lebuh Ampang. Terletak di pejabat yang berkeluasan hanya 450 kaki persegi di mana kedai tersebut hanya dilengkapi dengan hanya satu komputer dan kafe siber untuk mencetak kertas kerja.

Pada tahun 2007, YB Khairy Jamaluddin melancarkan acara rasmi pertama mereka, MY Career & Education Fair 2007. Tahun demi tahun, operasi semakin berkembang.

Encik Shahul Hameed, Group CEO MY Events International

Kerja keras dan dedikasi seluruh syarikat membawa kepada satu kejayaan pada tahun 2009, apabila  berpindah operasinya kepada pejabat 3000 kaki persegi di Bangunan KWSP di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Tenaga kerja meningkat dua kali ganda bilangannya dan mula memecah masuk ke platform antarabangsa dengan menganjurkan Konvensyen Perpaduan Muslim Antarabangsa.

Tujuh tahun selepas penubuhannya, mereka berpindah ke Bandar Perindustrian Puchong.

Kebetulan berhampiran dengan di mana ia semua bermula, restoran kecil yang dipanggil Restoran Ben Maju di mana pengasas Dawood Holdings makan bersama-sama. Dan distu mereka membuat keputusan untuk mengambil nama My Events International berikutan peristiwa mereka di situ.

Tahun ini dengan bangganya  My Events International menyambut ulang tahun ke-10 secara rasmi. Penjenamaan semula imej untuk tanda aras ini, mereka memilih biru dan oren sebagai tema serta ibu pejabat berpindah ke pejabat 10,000 kaki persegi di Bandar Kinrara.

Bukan senang untuk mencapai kejayaan seperti ini.

MyEvents International ini telah banyak menjadi penganjur untuk majlis seperti MAHA 2010, Global Leadership Awards, Global Branding Awards, Malaysian Social Media Week, Middle East Business Leaders Awards, Buka Puasa Perdana, BioMalaysia, Pangkor Dialogue, Utusan Business Awards dan pelbagai lagi.

Acara yang sering tim Denaihati Network hadiri adalah Malaysia Social Media Week di mana sejak 2013 lagi memberikan sokongan dari segi penyertaan dan sebaran sosial media.

best micro blog msmw2014

Sambutan 10 tahun untuk sesebuah syarikat adalah cukup bermakna. Dari sekecil-kecil pekerja tukang cuci sehinggalah kepada sebesar-besar Lembaga Pengarah. Tiada yang mustahil untuk mencapai aras tanda tersebut, yang penting adalah terus berdedikasi, istiqomah dan sentiasa menambahbaik syarikat dari tahun ke tahun.

Kepada Mr Shahul Hameed dan seluruh warga kerja, kami ucapkan selamat ulangtahun ke 10 MyEvents International!


Spread the love

37 Comments

  1. Assalamualaikum tuan,

    Hebat syarikat tersebut mampu mencapai kejayaan seperti sekarang. Tak lupa juga pada kejayaan team Denaihati.

    Sebenarnya kejayaan syarikat ini boleh memberikan dorongan semangat untuk lebih maju kepada perniagaan kecil seperti saya ini. Saya mengusahakan bidang perubatan Islam di mana saya merawat pesakit-pesakit yang terkena gangguan jin, khususnya sihir.

    Doakan kejayaan saya juga tuan 🙂
    Curahan rasa Perawat Sihir @ ..6 Jenis Punca Gangguan JinMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!