Welcome Dinner MSMW2016
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, terima kasih kepada Malaysia Sosial Media Chamber kerana menjemput team Denaihati untuk bersama di majlis makan malam MSMW2016 sebagai pembuka acara MSMW2016. Kali ini welcome dinner diadakan di atas Cruise Putrajaya.
Acara pengenalan speaker yang datang daripada berbagai negara antaranya dari USA, UK, Australia, Singapore dan lain-lain. Ramai juga speaker baru untuk MSMW2016 dengan tajuk yang menarik terutama eCommerce dan ekonomi digital.
Team Denaihati memang tidak pernah gagal untuk bersama acara yang sangat penting sejak 2012. Banyak ilmu baru yang boleh dipelajari daripada berbagai pakar yang akan berkongsi melalui pembentangan kertas kerja dan workshop.
Kepada yang bersungguh-sungguh nak membina kerjaya dalam bidang ini memang tak boleh lepas peluang kerana majlis ini hanya dianjurkan setahun sekali sahaja.
Semuga MSMW 2016 akan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif untuk memberi informasi terkini kepada semua.




