Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang angin satu badan bukan sebab Arsenal kalah pada Manchester United. Kalah atau menang itu adat permainan terutama apabila dua pasukan besar bertembung. Setakat kalah 1 – 0 tu biasa yang luar biasa bila kalah 8 – 2 seperti musim 2011/12. Lagi pun Arsenal dah menang dua perlawanan besar berturut-turut sebelum tu kalahkan Borussia Dortmund dan Liverpool. Kalau menang semua besar pulak kepala pemain-pemain dan pengurus.
Sambung balik kisah angin satu badan .. yang aku angin tu bila tengok cara Robin Van Persie meraikan gol selepas menjaring gol tunggal menentang Arsenal. Cara Van Persie dengan penuh kesombongan seperti dia tak pernah bermain dengan Arsenal atau mempunyai seribu kebencian kepada Arsene Wenger. Perasaan benci aku kepada Van Persie automatik terus menerpa dan tidak akan pernah hormat lagi kepada dia setelah melihat cara dia memalukan bekas pengurusnya. Lihat gambar aksi wajah sombong Van Persie.
Bukanlah hebat sangat pun jaringan gol itu yang kebetulan terkena bahu Van Persie ketika melompat merebut bola daripada set-pierce Wayne Rooney. Kebetulan pemain pertahanan Arsenal, Per Mertesacker yang tinggi lampai tercedera kalau tidak jangan haraplah nak gol bola tu. Kita faham MU perlu sangat kemenangan kepada Arsenal untuk terus bersaing merebut juara BPL musim 2013/14 dan kemenangan ini telah meningkatkan keyakinan mereka.
Aku pasti semua peminat Arsenal mesti berasa marah dengan cara Van Persie meraikan gol tersebut sebabnya dia sudah berjanji tidak akan meraikan mana-mana gol ketika menentang Arsenal sebagai tanda hormat kepada Arsene Wenger dan peminat yang telah menyokong beliau dari pemain hingusan sehingga menjadi superstar dunia. Van Persie lu ingat lu boleh julang piala lagi ke tahun ini … jangan harap lah.
Video Van Persie dengan gaya sombong selepas menjaringkan gol menewaskan Arsenal
BPL 2013/14 Week #12
Setelah berehat selama dua minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan kelayakan piala dunia 2014 minggu ini Arsenal akan turun padang menentang Southampton. Ramai yang tak pandang kepada Southampton selain Abangensem tapi jangan tak percaya sekarang mereka berada di kedudukan ke tiga BPL mengatasi Chelsea dan Manchester City jangan cerita Manchester United dan Tottenham lagi jauh kat bawah. Perlawanan Arsenal vs Southampton pasti bukan mudah untuk Arsenal jangan terkejut kalau berlaku upset kalau pemain ambil mudah. Selain game Arsenal vs Southampton dua lagi perlawanan pasti menjadi perhatian peminat bola sepak iaitu Everton vs Liverpool dan Manchester City vs Tottenham. Aku harap sangat ke dua-dua perlawanan berakhir dengan seri.
Theo Walcott sudah sebuh dari kecedaraan dan disahkan akan diturunkan ketika menentang Southampton pasti akan menjadikan Arsenal lebih bahaya. Jangkaan aku Arsenal akan menewaskan Southampton 3 – 0. Bagaimana dengan anda?
Keputusan Arsenal vs Southampton : 2 – 0
Keputusan BPL 2013/14 Week #12
[box type=”shadow”]Everton vs Liverpool : 3 – 3
Stoke City vs Sunderland : 2 – 0
Fulham vs Swansea : 1 – 2
New Castle vs Norwich City : 2 – 1
Hull City vs Crystale Palace : 0 – 1
West Ham vs Chelsea : 0 – 3
Manchester City vs Tottenham : 6 – 0
Cardiff City vs Manchester United : 1 – 1
West Brom vs Aston Villa : 2 – 2
[/box]
Champions League 2013/14 Group F
Arsenal perlu mengalahkan Marseille dan mengharapkan Boruussia Dortmund vs Napoli berakhir dengan seri atau Napoli tewas untuk memudahkan Arsenal layak ke pusingan kalah mati. Bermain di Stadium Emirates pasti memberi kelebihan kepada Arsenal.
Keputusan Arsenal vs Marseille : 2 – 0
Live Arsenal vs Marseille @ Twitter
Keputusan Champion League 2013/14 Kumpulan
[box type=”shadow”]Basel vs Chelsea : 0 – 0
Bucuresti vs Schalke 04 : 0 – 0
Borussia Dortmund vs Napoli : 2 – 0
Zenit vs Atletico Madrid : 1 – 1
Porto vs Austria Wien : 1 – 1
Ajax vs Barcelona : 2 – 1
Celtic vs AC Milan : 0 – 3
[/box]
68 Comments
Apa cerita Robin Van Persie sekarang? Sejak kemasukan Falcao, Di Maria dan lain-lain, bintang baru masuk pulak yang lebih menyerlah.
Harap Man United ada peluang bangkit tahun 2014/15 ni. Sekarang ni masih di tangga ke9.
Sepatutnya contohi cara Thiery Henry raikan kejayaan.
Muka selamba, tak terlalu ceria dan menghormati pihak lawan.
Lagi-lagilah kalau menjaringkan gol ke atas pasukan lama dulu.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Hahaha…adat la tu kan kalau dah jadik bekas player. Mungkin dekat Arsenal beliau ada haters kot. Tu yg dia nak show off sikit tu. Perang psikologi la kot. RVP ada style dia nak raikan kemenangan. Mungkin sebagai ex-player Arsenal dia tak patut la. Tapi sebagai player lain, dia cuba tunjukkan kehebatan.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
RYP memang tak patut buat mcm tu. at least tunjuk la rasa hormat sikit pd team lama.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia 2014
van persi emang jos!
Dia mungkin sedang sakit
RVP mesti ade x puas hati nie semasa duk arsenal..nie kes dapat balas dendam la nie..
Curahan rasa syah @ ..Sweet foods could make you forgetful
actually RVP berasa sangat marah kpd arsenal’s fans kerana mengejek beliau stiap kali bola berada dikaki RVP…
tu sebab la beliau amat marah…penyokong arsenal mula tidak suka terhadap RVP setelah mendengar khabar beliau akan berhijrah ke Old Trafford…tetapi RVP still menghargai jasa arsene wenger….
bagai kacang lupakan kulit….
Siapa yang tengok muka nie memang akan kata dia nie berlagak abis….. tapi kalau dapat jersi yang dia pakai tu…. boleh buat duit wooo
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Giveaway : WORTHY BOOK – Food n Beverage EDITION
mesti ramai orang marah van persi ni. hehe
Curahan rasa encik bakul @ ..Idea Bisnes Bekerja di Rumah – Khas untuk Wanita
adik Sya memang minat Van Persie ni.
Curahan rasa Sya Isya @ ..KOMISEN KE-2 JOB DI RUMAH
oh begitu. masih hebat c.ronaldo menurut saya
check it out >> http://curium-cr.com/my-5082276 <<
Last year, RVP tak celebrate gol bila jaringkan lawan Arsenal tetapi penyokong-penyokong Arsenal boo dia habis-habisan dan maki hamun masa di Emirates. Berbeza dgn layanan yang Ronaldo terima semasa kembali ke OT dan diberi standing ovation serta tepukan gemuruh. Mungkin RVP rasa peminat pun tak hargai sumbangan dia mcm peminat MU hargai sumbangan Ronaldo. Apa-apa pun Arsenal menang kan this week. Cheer up bro. 😀
Curahan rasa Ismail N @ ..Claudio Gabriel Nancufil – The Snow Messi
salah fans Arsenal jugak, kalau tak masakan RVP nak buat camtu 😉
Comments are closed.