Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang angin satu badan bukan sebab Arsenal kalah pada Manchester United. Kalah atau menang itu adat permainan terutama apabila dua pasukan besar bertembung. Setakat kalah 1 – 0 tu biasa yang luar biasa bila kalah 8 – 2 seperti musim 2011/12. Lagi pun Arsenal dah menang dua perlawanan besar berturut-turut sebelum tu kalahkan Borussia Dortmund dan Liverpool. Kalau menang semua besar pulak kepala pemain-pemain dan pengurus.
Sambung balik kisah angin satu badan .. yang aku angin tu bila tengok cara Robin Van Persie meraikan gol selepas menjaring gol tunggal menentang Arsenal. Cara Van Persie dengan penuh kesombongan seperti dia tak pernah bermain dengan Arsenal atau mempunyai seribu kebencian kepada Arsene Wenger. Perasaan benci aku kepada Van Persie automatik terus menerpa dan tidak akan pernah hormat lagi kepada dia setelah melihat cara dia memalukan bekas pengurusnya. Lihat gambar aksi wajah sombong Van Persie.
Bukanlah hebat sangat pun jaringan gol itu yang kebetulan terkena bahu Van Persie ketika melompat merebut bola daripada set-pierce Wayne Rooney. Kebetulan pemain pertahanan Arsenal, Per Mertesacker yang tinggi lampai tercedera kalau tidak jangan haraplah nak gol bola tu. Kita faham MU perlu sangat kemenangan kepada Arsenal untuk terus bersaing merebut juara BPL musim 2013/14 dan kemenangan ini telah meningkatkan keyakinan mereka.
Aku pasti semua peminat Arsenal mesti berasa marah dengan cara Van Persie meraikan gol tersebut sebabnya dia sudah berjanji tidak akan meraikan mana-mana gol ketika menentang Arsenal sebagai tanda hormat kepada Arsene Wenger dan peminat yang telah menyokong beliau dari pemain hingusan sehingga menjadi superstar dunia. Van Persie lu ingat lu boleh julang piala lagi ke tahun ini … jangan harap lah.
Video Van Persie dengan gaya sombong selepas menjaringkan gol menewaskan Arsenal
BPL 2013/14 Week #12
Setelah berehat selama dua minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan kelayakan piala dunia 2014 minggu ini Arsenal akan turun padang menentang Southampton. Ramai yang tak pandang kepada Southampton selain Abangensem tapi jangan tak percaya sekarang mereka berada di kedudukan ke tiga BPL mengatasi Chelsea dan Manchester City jangan cerita Manchester United dan Tottenham lagi jauh kat bawah. Perlawanan Arsenal vs Southampton pasti bukan mudah untuk Arsenal jangan terkejut kalau berlaku upset kalau pemain ambil mudah. Selain game Arsenal vs Southampton dua lagi perlawanan pasti menjadi perhatian peminat bola sepak iaitu Everton vs Liverpool dan Manchester City vs Tottenham. Aku harap sangat ke dua-dua perlawanan berakhir dengan seri.
Theo Walcott sudah sebuh dari kecedaraan dan disahkan akan diturunkan ketika menentang Southampton pasti akan menjadikan Arsenal lebih bahaya. Jangkaan aku Arsenal akan menewaskan Southampton 3 – 0. Bagaimana dengan anda?
Keputusan Arsenal vs Southampton : 2 – 0
Keputusan BPL 2013/14 Week #12
[box type=”shadow”]Everton vs Liverpool : 3 – 3
Stoke City vs Sunderland : 2 – 0
Fulham vs Swansea : 1 – 2
New Castle vs Norwich City : 2 – 1
Hull City vs Crystale Palace : 0 – 1
West Ham vs Chelsea : 0 – 3
Manchester City vs Tottenham : 6 – 0
Cardiff City vs Manchester United : 1 – 1
West Brom vs Aston Villa : 2 – 2
[/box]
Champions League 2013/14 Group F
Arsenal perlu mengalahkan Marseille dan mengharapkan Boruussia Dortmund vs Napoli berakhir dengan seri atau Napoli tewas untuk memudahkan Arsenal layak ke pusingan kalah mati. Bermain di Stadium Emirates pasti memberi kelebihan kepada Arsenal.
Keputusan Arsenal vs Marseille : 2 – 0
Live Arsenal vs Marseille @ Twitter
Keputusan Champion League 2013/14 Kumpulan
[box type=”shadow”]Basel vs Chelsea : 0 – 0
Bucuresti vs Schalke 04 : 0 – 0
Borussia Dortmund vs Napoli : 2 – 0
Zenit vs Atletico Madrid : 1 – 1
Porto vs Austria Wien : 1 – 1
Ajax vs Barcelona : 2 – 1
Celtic vs AC Milan : 0 – 3
[/box]
68 Comments
saya masih ingat ketika dia meraikan goal ni. rasa pelik pun ada
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
sesuatu perlawanan akan da menang dan kalah..yang kalah kena akui pasukan mereka lemah hahah
Curahan rasa adna2029 @ ..Blogger Area Mega Give Away
Ramai juga tang terbakor dengan aksi Robin Van Persie ni. Namun aksi bukan semestinya menunjukkan maksud sebenar… Sabar tuan ye!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Proton Iriz Baru (PCC) – Variant, Harga Dan Spesifikasi
Kalah menang itukan adat permainan. Janganlah berlagak sombong kan Tuan. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Never Lose Hope
memang tak patut RVP buat macam tu at least hormat lah dengan team lamanya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sebagai pemain bola, ada adat dia. Jangan semberono dan berlagak dengan pasukan dulu yang pernah memberikan beliau rezeki dan peluang untuk beraksi. Begitu juga ketika memberikan komen dan ulasan, jangan perlekehkan pasukan lawan.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Walaupun minat dengan bola sepak Eropah, tapi saya jarang juga ikuti perkembangan.
Tak ada masa nak tonton live. Kalau perlawanan penting macam pertemuan dua pasukan best tu,
pasti akan tengok video highlight. Takpun kalau jaringan banyak, mesti saya akan tonton – tapi di Youtube je lah. Haha
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Arsenal masa tahun 2013/14 hampir jadi juara liga. Tapi kelekaan di perlawanan akhir-akhir menyebabkan pasukan lain pintas. Adoi, sayang betul la. Permainan best, sebab tu ramai orang suka pasukan ni.
Kalah tapi main cantik, orang puas hati. 🙂
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
RVP ni pemain yang hebat. Tapi selalu dibayangi dengan kecederaan yang berpanjangan.
Sayang sebab tempoh karier cemerlang beliau banyak dihabiskan ketika tempoh dia cedera tak boleh main.
Kalau tak, bakat dan peluang dia tentu lebih menyerlah.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Comments are closed.