Swansea vs Arsenal FA Cup 2012/13
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, musim perpindahan musim sejuk sudah bermula pada 1/1/13. Beberapa pemain superstar sudah berpindah ke kelab baru. Arsenal Fan mengharapkan Arsene Wenger membeli beberapa superstar baru untuk menajamkan lagi serangan dan menghasilkan lebih banyak kejayaan. Mengikut laporan Goal.com, Arsene Wenger telah membuat bidaan untuk mendapatkan penyerang Barcelona, David Villa.
Arsene Wenger juga bersedia membuat bidaan untuk penyerang Atletico Madrid, Andrian Lopez seandainya bidaan David Villa gagal. Dua pemain Arsenal dipinjamkan ke kelab lain iaitu Chamak ke West Ham dan Djourou ke Hannover.
Arsenal sudah terlepas untuk menjuari Capital One Cup setelah tewas kepada Bradford. FA Cup 2012/13 adalah peluang terbaik untuk Arsenal tetapi tugasan bukan mudah. Arsenal perlu bertemu pasukan kuat Swansea yang telah menewaskan 0 – 2 untuk perlawanan BPL Week #15. Masalah utama Arsenal adalah tidak konsisten. Berjaya menewaskan Newcastle 7 – 3 kemudian hampir tewas kepada Southampton.
Resipi untuk Arsenal menang perlawan menentang Swansea mudah sahaja iaitu midfield Arteta, Wilshere, Cazorla, Podolski dan Chamberlain mesti kreatif mencipta peluang untuk Walcott. Kegagalan ketika menentang Southampton adalah apabila midfield hilang gaya dan tidak kreatif sehingga permainan dikuasai oleh pemain Southampton.
Keputusan Swansea vs Arsenal : 2 – 2
Live Swansea vs Arsenal @ Astro Supersport 831 tarikh 6/1/13 jam 9.30 pm waktu Malaysia.
Live Streaming Swansea vs Arsenal @ Goal.com.
Live di Stadium Twitter dengan hashtag #Arsenal
KEPUTUSAN FA CUP 2012/13
Brighton vs Newcastle : 2 – 0
Southampton vs Chelsea : 1 – 5
Tottenham vs Coventry : 3 – 0
Bolton vs Sunderland : 2 – 2
QPR vs West Brom : 1 – 1
Fulham vs Blackpool : 1 – 1
Manchester City vs Watford : 3 – 0
West Ham vs Manchester United : 1 – 2
Aston Villa vs Ipswich : 2 – 1
Mansfield vs Liverpool : 0 – 1



