Tottenham vs Arsenal BPL Week #28

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kehebatan Cazorla telah membantu Arsenal menewaskan Aston Villa 2 – 1 dan memberi peluang untuk Arsenal bersaing menjadi tiga terbaik BPL 2012/13. Keadaan jadi lebih mudah untuk Arsenal apabila Chelsea kalah kepada Manchester City 0 – 2 dan Everton tewas kepada Norwich 1 – 2.

Cazorla Arsenal

Arsenal baru mengumumkan keuntungan 17juta untuk separuh tahun kewangan dan ini adalah kehebatan Arsene Wenger yang menjadi kesayangan Bos Arsenal walaupun sejak 2005 tak menjulang sebarang kejuaraan. Pengurus Arsenal mempunyai tabung kewangan yang banyak untuk membeli pemain tetapi beliau tidak akan membeli pemain yang tidak sesuai dengan corak pemainan Arsenal.

Walcott Arsenal

Week #28 adalah perlawan pertembungan pasukan dari London dimana Arsenal akan berkunjung ke White Hart Line menentang tuan rumah Tottenham yang sedang cemerlang terutama Bale yang telah menjaringkan gol dalam semua perlawan terakhir. Kedua-dua pasukan perlukan kemenangan untuk bersaing dengan Chelsea untuk melayakan diri ke Champions League 2013/14.

Giroud Arsenal

Bukan perlawan yang mudah untuk Arsenal terutama bermain di tempat lawan tetapi tiada yang mustahil untuk menang. Arsenal mesti bermain dalam satu pasukan dan midfield perlu mencipta banyak peluang kepada Walcott dan Giroud untuk menjaringkan gol secepat mungkin. Pertahan perlu mengawal pergerakan Bale yang bermain cemerlang kebelakangan ini.

Keputusan Tottenham vs Arsenal : 2 – 1

Live Tottenham vs Arsenal @ Astro Supersport 831 tarikh 3/3/13 jam 12.00 am waktu Malaysia.

Live Streaming Tottenham vs Arsenal @ Goal.com

KEPUTUSAN BPL WEEK #28

Everton vs Reading : 3 – 1

Stoke vs West Ham : 0 – 1

Swansea vs Newcastle : 1 – 0

Chelsea vs West Brom : 1 – 0

Sunderland vs Fulham : 2 – 2

Southampton vs QPR : 1 – 2

Manchester United vs Norwich : 4 – 0

Wigan vs Liverpool : 0 – 4

Aston Villa vs Manchester City : 0 – 0

35 Comments

  1. Arsenal tim yang bagus… Sayang akhir2 ini kemenangan jarang didapatnya… 🙂
    Tapi tak apa, terus semangat The Gunners!!!
    Curahan rasa tangki air @ ..TangkiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!