Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang angin satu badan bukan sebab Arsenal kalah pada Manchester United. Kalah atau menang itu adat permainan terutama apabila dua pasukan besar bertembung. Setakat kalah 1 – 0 tu biasa yang luar biasa bila kalah 8 – 2 seperti musim 2011/12. Lagi pun Arsenal dah menang dua perlawanan besar berturut-turut sebelum tu kalahkan Borussia Dortmund dan Liverpool. Kalau menang semua besar pulak kepala pemain-pemain dan pengurus.
Sambung balik kisah angin satu badan .. yang aku angin tu bila tengok cara Robin Van Persie meraikan gol selepas menjaring gol tunggal menentang Arsenal. Cara Van Persie dengan penuh kesombongan seperti dia tak pernah bermain dengan Arsenal atau mempunyai seribu kebencian kepada Arsene Wenger. Perasaan benci aku kepada Van Persie automatik terus menerpa dan tidak akan pernah hormat lagi kepada dia setelah melihat cara dia memalukan bekas pengurusnya. Lihat gambar aksi wajah sombong Van Persie.
Bukanlah hebat sangat pun jaringan gol itu yang kebetulan terkena bahu Van Persie ketika melompat merebut bola daripada set-pierce Wayne Rooney. Kebetulan pemain pertahanan Arsenal, Per Mertesacker yang tinggi lampai tercedera kalau tidak jangan haraplah nak gol bola tu. Kita faham MU perlu sangat kemenangan kepada Arsenal untuk terus bersaing merebut juara BPL musim 2013/14 dan kemenangan ini telah meningkatkan keyakinan mereka.
Aku pasti semua peminat Arsenal mesti berasa marah dengan cara Van Persie meraikan gol tersebut sebabnya dia sudah berjanji tidak akan meraikan mana-mana gol ketika menentang Arsenal sebagai tanda hormat kepada Arsene Wenger dan peminat yang telah menyokong beliau dari pemain hingusan sehingga menjadi superstar dunia. Van Persie lu ingat lu boleh julang piala lagi ke tahun ini … jangan harap lah.
Video Van Persie dengan gaya sombong selepas menjaringkan gol menewaskan Arsenal
BPL 2013/14 Week #12
Setelah berehat selama dua minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan kelayakan piala dunia 2014 minggu ini Arsenal akan turun padang menentang Southampton. Ramai yang tak pandang kepada Southampton selain Abangensem tapi jangan tak percaya sekarang mereka berada di kedudukan ke tiga BPL mengatasi Chelsea dan Manchester City jangan cerita Manchester United dan Tottenham lagi jauh kat bawah. Perlawanan Arsenal vs Southampton pasti bukan mudah untuk Arsenal jangan terkejut kalau berlaku upset kalau pemain ambil mudah. Selain game Arsenal vs Southampton dua lagi perlawanan pasti menjadi perhatian peminat bola sepak iaitu Everton vs Liverpool dan Manchester City vs Tottenham. Aku harap sangat ke dua-dua perlawanan berakhir dengan seri.
Theo Walcott sudah sebuh dari kecedaraan dan disahkan akan diturunkan ketika menentang Southampton pasti akan menjadikan Arsenal lebih bahaya. Jangkaan aku Arsenal akan menewaskan Southampton 3 – 0. Bagaimana dengan anda?
Keputusan Arsenal vs Southampton : 2 – 0
Keputusan BPL 2013/14 Week #12
[box type=”shadow”]Everton vs Liverpool : 3 – 3
Stoke City vs Sunderland : 2 – 0
Fulham vs Swansea : 1 – 2
New Castle vs Norwich City : 2 – 1
Hull City vs Crystale Palace : 0 – 1
West Ham vs Chelsea : 0 – 3
Manchester City vs Tottenham : 6 – 0
Cardiff City vs Manchester United : 1 – 1
West Brom vs Aston Villa : 2 – 2
[/box]
Champions League 2013/14 Group F
Arsenal perlu mengalahkan Marseille dan mengharapkan Boruussia Dortmund vs Napoli berakhir dengan seri atau Napoli tewas untuk memudahkan Arsenal layak ke pusingan kalah mati. Bermain di Stadium Emirates pasti memberi kelebihan kepada Arsenal.
Keputusan Arsenal vs Marseille : 2 – 0
Live Arsenal vs Marseille @ Twitter
Keputusan Champion League 2013/14 Kumpulan
[box type=”shadow”]Basel vs Chelsea : 0 – 0
Bucuresti vs Schalke 04 : 0 – 0
Borussia Dortmund vs Napoli : 2 – 0
Zenit vs Atletico Madrid : 1 – 1
Porto vs Austria Wien : 1 – 1
Ajax vs Barcelona : 2 – 1
Celtic vs AC Milan : 0 – 3
[/box]
68 Comments
Arsenal memng lg pg td.. hee .
Tak komen lgkot entry nie.. he he.
Mmg sakit hati bila kalah.. Tapi lg sakit bila ex kapten sambut gol camtu. Serupa Arsenal bukan bekas team dia..
Curahan rasa fazrol @ ..WW – 1st time tengok payment dari Clickbank!
xpayah nk ckp apa2 ngn rvp
dr awal musim pnyokong arsenal da kutuk2 dye
so x salah dye nk raikan gol mcm 2
tnda dye x mnysal tggalkan arsenal
epl x smp prtengahan liga pon lg
so pnyokong arsenal jgn la ykn sangat juara season nie
harap maklum lah
MU jangan harap setiap tahun benda sama akan berulang terutama setelah Alex tak de .. 10 tahun lagi belum tentu MU akan jadi hebat macam dulu … zaman MU sudah berakhir. RVP pasti menyesal dengan apa yg dia dah buat.
Curahan rasa denaihati @ ..Suami Isteri bukan untuk dimiliki
mesti RVP disambut dingin bila main dekat home Arsenal nanti…hehe
Curahan rasa papa mifz @ ..Majlis Nikah Nora di Ijok
memang sudah semestinya RVP tidak bersikap seperti itu pada bekas klub yang turut membesarkan namanya di dalam dunia sepak bola
Curahan rasa Ferry @ ..Cara Tips Atasi Cemburu Kakak Terhadap Adik
Walaupun sekarang tanpa Van Persie, Arsenal tetap yahud…
Curahan rasa renungan harian @ ..Apakah Tuhan Selalu Membuat Mujizat?
agak-agak apa yg kita guna seharian yg tak de kaitan dgn yahudi tu
Curahan rasa denaihati @ ..Astro Perkhidmatan Pelanggan menipu
Lupakan saja apa yang dilakukan RVP. Dia berhak untuk melakukan apapun yang dia mau
itu perkara normal maa. Hoho..
Gol tetap gol. Menang tetap menang. Tak kiralah buruk macam mana pun gol itu dijaringkan.
Curahan rasa titan @ ..9 Sebab Mengapa harus cuba Pewangi Wonder Wafers.
Gol tu lansung tak dipersoalkan .. kemenangan MU pun tak dipersoalkan .. isunya RVP yg sombong tu
Curahan rasa denaihati @ ..10 Entri Popular Oktober 2013
serius sedih tengok cara dia celeb gol kemenangan MU
Curahan rasa Zuan @ ..Abdul Latip Talib, Penulis Novel Sejarah Islam
senyum melihat aksi kiper southampton yang akhirnya bolanya bisa direbut oleh Giroud dan menjadi gol
Curahan rasa munir ardi @ ..Segala Perbuatan Baik Adalah Sedekah
Saya Juga sempat nonton aksinya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..DOCTOR WHO Ulang Tahun Ke-50 Di Logo Google Hari Ini
The Gunners semakin kokoh di puncak klasemen
Curahan rasa Bang Iwan @ ..DOCTOR WHO Ulang Tahun Ke-50 Di Logo Google Hari Ini
Tahniah Arsenal menang minggu nie.. Giroud terbaik! 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Senarai pemenang anugerah bola sepak kebangsaan 2013
Tengah leading dah skrng… HT 1-0
Curahan rasa Pendidik2u @ ..Permainan Uji Minda
makin menampilkan permainan terbaiknya,
Curahan rasa langsing sehat @ ..Tips Menggemukan Badan
pemain profesional tidak akan melupakan klub yang telah membesarkannya
Curahan rasa ade sunandar @ ..Obat Herbal Tumor Payudara
Terlalu teruja dia tu sebab dapat jaringkan gol dengan pasukan yang berada dikedudukan pertama liga. Dalam hati tak de niat sombong mungkin.
Dengar cerita habis game, Persi pergi ke bilik persalinan Arsenal untuk sembang-sembang dengan pemain Arsenal.
Curahan rasa Man @ ..Reaksi Tidak Ternilai Dirakam Bila Ada Orang Lain Tertidur Atas Bahu Anda
Comments are closed.