Sukan SEA 2013 Myanmar jom sokong kontinjen Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Sukan SEA ke 27 akan berlansung pada tarikh 11 – 27 Disember 2013. Myanmar telah dipilih menjadi penganjur SEA Games 2013. Kontinjen Malaysia telah membuat persiapan rapi sejak beberapa tahun lepas dengan matlamat memenangi sekurang-kurangnya 40 emas. Dato’ Wira Aminuddin Embi, Chef de Mission bagi Kontinjen Malaysia akan memastikan bendera Malaysia akan sentiasa berkibar sebanyak yang boleh.

Milo, satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia cukup ‘legend’ dari segi minuman dalam kehidupan kita. Milo Malaysia melancarkan inisiatif Kibaran Tenaga Milo, fasa kedua di dalam Kempen Milo Tenaga untuk Juara yang menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk menyatakan ikrar sokongan kepada Kontinjen Malaysia yang kini sedang dalam perjalanan untuk berjuang di Sukan SEA ke 27 di Myanmar.

Milo Pledge Launch

Pada 6 November 2013, kempen ini dilancarkan secara rasmi oleh Alois Hofbauer, Ketua Serantau Nestle Malaysia dan Singapura bersama Dato’ Wira Aminuddin Embi, Chef de Mission bagi Kontinjen Malaysia di Sukan SEA ini. “Milo Flames of Energy” ini mensasarkan untuk mengumpul sejumlah 2.7 juta tenaga di dalam bentuk “julangan api” sebagai dorongan kepada atlet kita.

Dengan semangat yang membara, tak mustahil lebih dari 3 juta sokongan dari rakyat Malaysia untuk atlet yang akan bertarung di Sukan SEA ke 27 nanti. Caranya mudah sahaja, layari Fuel for Champions dan sebarkan julangan api yang an menyalakan obor maya di situ.

Selain itu, kita juga boleh mempamerkan sokongan dengan menyampaikan ucapan melalui Twitter, facebook atau Instagram dengan menggunakan hashtag rasmi iaitu #MILOforMALAYSIA

Milo Flames of Energy

Perjalanan yang akan dilalui oleh atlet kita bukannya mudah dan ia amat penting bagi atlet kita untuk mendapat sokongan dan dorongan daripada seluruh negara untuk menyemarakkan semangat mereka. Kejohanan Sukan SEA ke 27 di Myanmar mungkin akan mencabar fizikal dan mental para atlet kita, tetapi mungkin dengan kata-kata semangat yang kita kirimkan kepada mereka akan memberikan tenaga untuk melangkah jauh lagi.

Ayuh sokong Kontinjen Malaysia! Berikan sokongan padu kepada atlet Malaysia untuk kegemilangan negara. Pihak Milo dengan berbesar hati akan menganjurkan aktviti-aktiviti di dalam pasaraya dan pasar raya besar terpilih di seluruh negara.

Milo Seagames

Untuk mendapatkan berita terkini Sukan SEA ke 27 di Myanmar boleh kunjungi website 27th SEA Games Myanmar. Antara sukan yang pasti menjadi perhatian adalah pasukan Bolasepak Sukan SEA Malaysia adakah dapat mengekalkan piala emas. Kita doakan Harimau Muda dapat mengekalkan pingat emas. 

Malaysia sudah meraih emas yang ke 1000 oleh Phoon Eyin sekarang sedang mengumpul emas untuk mengapai matlamat mengumpul jumlah pingat emas Sukan SEA 2013 sebanyak 40. Malaysia Boleh!!!

Live keputusan 27th SEA Games Myanmar @ Twitter



Spread the love

68 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!