Astro Perkhidmatan Pelanggan menipu

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pertengahan bulan Oktober aku mendapat panggilan telefon dari pusat perkhidmatan pelanggan Astro katanya bil astro tertunggak. Aku tanya balik betul ke sebab aku baru je bayar bil tersebut beberapa hari lepas dan aku tegaskan yang aku yakin aku dah bayar bil tersebut. Perbualan tersebut tamat begitu sahaja dan aku terlalu sibuk nak memeriksa bil terkini.

Pada 27/10/13 sekembalinya aku dari Johor menziarahi anak-anak di asrama siaran Astro aku telah dipotong nasib baiklah masa itu tidak ada perlawanan Arsenal. Setelah aku periksa bil rupanya aku telah membuat kesilapan dengan membayar ke akaun Astro lama yang telah dipotong beberapa bulan yang lepas.

Awal pagi 28/10/13 aku telah membuat panggilan ke pusat perkhidmatan pelanggan Astro di talian 1300-82-3838. Aku menerangkan masalah tersalah bayar ke akaun Astro lama dan minta dipindahkan ke akaun Astro yang baru. Seorang wanita menjawab dan berjanji akan membantu menyelesaikan masalah dengan memindahkan jumlah yang ada di akaun lama ke akaun baru. Wanita tersebut juga berjanji akan mengaktifkan akaun Astro dalam tempoh tiga jam tetapi tidak ditepati sehingga aku terpaksa menelefon sekali selepas 12 jam.

Klik Untuk Panduan Membeli Tiket AirAsia Secara Online

Pada 2/11/13 ketika dalam perjalanan ke KLIA aku menerima panggilan dari pusat perkhidmatan pelanggan Astro menyatakan bil aku tertunggak dan aku jelaskan yang aku dan berurusan dengan pihak Astro tentang masalah ini. Aku syak wanita yang berurusan pada 28/10/13 tak buat kerja. Pada 4/11/13 sekali lagi akaun Astro aku disekat.

Pada 5/11/13 aku membuat panggilan ke pusat perkhidmatan pelanggan Astro dan bercakap dengan seorang lelaki. Kali ini aku catatkan nama pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut untuk rujukan. Beliau memohon maaf kerana rakan pertamanya tidak mengambil tindakan ke atas masalah yang telah dirujuk. Beliau berjanji untuk menyelesaikan masalah. Kesungguhannya ternampak apabila beliau menelefon sekali lagi dan memastikan akaun Astro diaktifkan serta merta.

Pada 13/11/13 sekali lagi akaun Astro aku disekat dan aku syak memang masalah yang sama. Adakah mamat ke dua ini pun tak buat kerja?

Akaun astro di potong walaupun sudah bayar bil

Untuk kali ke tiga aku call Astro untuk isu yang sama kali ni aku call tepat pada jam 8.05 am, 13/11/13. Soalan pertama aku apabila dapat berkomunikasi dengan pegawai perkhidmatan pelanggan Astro yang baik budi pekerti ialah “kenapa akaun Astro aku disekat?” dan jawabannya pun sama kerana ada tunggakan. Sekali kali aku jelaskan tapi kali ni aku speeking London supaya mereka lebih faham. Mamat tu kata mengikut rekod memang betul aku ada buat laporan dua kali iaitu pada 28/10 dan 5/11 tetapi malangnya kedua-dua laporan itu tidak diambil tindakan. Maknanya awek pertama dan mamat kedua tak buat kerja jadi apa yang diaorang buat … makan popcorn ke??

Mamat ke tiga yang juga aku catatkan namanya nampak lebih beretika dengan terus membuat laporan dan memberi aku nombor laporan yang dibuat. Dia berjanji akan mengaktifkan akaun Astro serta merta tetapi ketika entri ini di publish pada jam 2.10 pm akaun Astro masih disekat. Boleh percaya ke mamat ke tiga ini atau dia marah sebab aku cakap kali ini aku akan terus kat blog dan kongsikan di Facebook kalau masalah tak selesai.

Jadi ke mana lagi aku nak mengadu kalau Pusat Perkhidmatan Pelanggan Astro pun tak dapat membantu walaupun isu yang sama sudah tiga kali dilaporkan. Untuk makluman jumlah yang aku bayar tersebut melebihi daripada jumlah tunggakan sebenar. Jadi kalau anda kenal kepada CEO Astro Dato’ Rohana Rohzan tolong fowardkan link entri ini. Adakah ini boleh dikatakan sebagai penipuan oleh pegawai perkhidmatan pelanggan Astro??

astro hand-over-ceremony

Astro ini banyak juga jasa kepada aku terutama Astro Awani yang sudah beberapa kali menyiarkan temu bual perkongsian ilmu perniagaan online. Pasti teringat Hilal Azmi yang selalu jemput untuk program Bisnis Altenatif, Nisa Kasnon yang buat cover seminar hartanah dan Haji Nazri yang pernah bersama di Mekah. Blog Denaihati juga telah beberapa kali menulis advertorial untuk program-program Astro seperti artikel di bawah.

Tapi, yang tak betul mesti juga ditegur supaya boleh memberi perkhidmatan lebih baik. Kali ini aku tak akan call Astro nak tengok berapa lama diorang akan sambung siaran Astro yang disekat. Bukan sekali sudah tiga kali buat laporan yang sama. Adakah aku yang bersalah?

Anda ada pengalaman buruk dengan Astro? Jom kongsikan mana tahu Dato’ Rohana sudi nak baca entri ini bolehlah beliau ambil tindakan kepada staff yang tak bertanggungjawab tersebut.

Berita terkini :

  • Tepat jam 9.14 pm, 13/11/13 Cik Anita dari Pusat perkhidmatan pelanggan, Astro menefon aku memaklumkan pihak Astro telah mengambil tindakan dan sedang menguruskan masalah yg berlaku. Dalam 48 jam beliau janji untuk menefon kembali untuk confirmkan duit dari akaun lama sudah dipindah ke akaun baru.
  • 9.17 pm @astroonline telah membalas tweet memohon maaf di atas kesulitan dan memaklumkan telah mengajukan masalah ke bahagian berkenaan.
  • 2.15 pm, 14/11/13 wakil daripada marketing telefon memohon maaf di atas maslah yang berlalu. Beliau berjanji untuk memasti masalah ini selesai segera.
  • 5.00 pm 14/11/13 Cik Anita sekali menelefon memaklumkan duit terlebih bayar di akaun lama telah dipindahkan ke akaun baru. Beliau meminta aku merujuk pada bil terbaru yang akan keluar pada 16/11/13.

Terima kasih kepada Hilal Azmi, Noor Razman, DayDeck86, Pn Norlida, Cik Anita dan Azaria Loh kerana sudi membantu menyelesaikan masalah yang berlaku semuga ianya menjadi pengajaran kepada semua.


Spread the love

176 Comments

  1. Saya pun dah terkena..first time pasang astro..x sampai 2 minggu..pihak astro dah kol mengatakan bil astro saya tertunggak selama 2bulan.mmg agak terkejut hinggakan saya mengatakan dia salah dail nombor.dia pun menyebutkan nama dan no ic saya dan semuanya betul.tp pekej yg dilanggan iaitu family n indopek membuat saya sekali lg terkejut kerana sayax melanggan indopek..dia mengatakan ada org lain telah menggunakan ic saya utk melanggan astro tp tetap meminta saya membayar tunggakan klu tidak tindakan mahkamah akan diambil..saya pun memarahi semula pemanggil tersebut kerana ugutannya dan mengatakan kepadanya semula klu dah x ada kerja pergilah ke rumah tempat astro tertunggak tu dan minta bayar dari mereka buat apa kol saya..saya berada di johor tetapi astro tertunggak ada di sabah..mmg amat menyakitkan hati bila org lain yg x byr kita pula kena ugut nak ambil tindakan mahkamah..ok la klu nak sangat ambil tindakan ambilah kita jumpa di mahkamah..krn saya tahu saya x salah dan x pernah pasang astro di sana..astro mmg menyakitkan hati..

  2. Mai boikot astro,. sy skrg ni masih on dgn astro tp x puas hati ngan mengada-gada dari pihak astro..bulan lepas tgk bil lebih rm10 dari bil biasa..x puas hati sy tgk bil mlalui emai, bila tgk je darah meluap-luap hingga ke telinga, sy x pernah pun request lain siaran tetiba je rm10 tu caj atas tayangan MALEFICIENT….eh eh, kalau ada pihak astro dpn sy pd waktu tuu, kena sebiji penendang..suka2 je nk letak rm10 tambahan tu, knape? astro xde income len sdh ke. utk makluman pihak astro, sy xkan byr caj yg sy x request sama skali, awk nk potong…potong lh…jd saudara2 semua, periksa bil anda selalu, hati2 dgn cara astro cari duit lebih….dan sy berharap sgt agar suatu hari nanti astro akan GULUNG TIKAR..AMINNNN

  3. belum pernah alami masalah sebegini, tetapi itulah sebenarnya… dimana mutu kerja mereka, janji terhadap pelanggan yang sepatutnya diutamakan. Rasanya pihak atasan mereka tidak ambil endah dengan masalah begini, kerana banyak kali janji tak ditepati….

  4. Astro memg celaka.. geram gler part nak terminate tu..siaran xde kualiti..lg puas hati guna unifi n hypptv.. masa dah lggan unifi tu memg mntak terminate dah..tp kena paksa byar gak advance sbulan..xpuas hati punye psl sebp rncgn lgsg xleh tgk dah guna astro, aq g ofis dioerg la.. naik suara sume n dpt gak duit yg advance tu.. tp ckup berbulu telinga aq ble dgr staf die ckp “alaa..stakat rm90 pun nak berkira ke?? ” tgn aq ringan dah nak hayun muka mamat staf astro tu..naseb bek wife aq tahan..aq pun maki r blk..”rm90 utk sorg customer..klw berjuta yg kena, xke astro menipu pelanggan tu??..” memg aq doakn astro lingkup…!!.. selagi x improve, jgn r support astro selamanya..

  5. saya dari Perlis.. malas dah nak bayar… layan IT lagi bagus. kenapa..? bil sampai lambat, tahu2 dah terminate.. tak ada budi bicara langsung. 3 kali jugak bayar reconnect fee.. kali ke empat.. minta maaf byk2. msg la aku seratus kali pun. k..bye

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!