Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang angin satu badan bukan sebab Arsenal kalah pada Manchester United. Kalah atau menang itu adat permainan terutama apabila dua pasukan besar bertembung. Setakat kalah 1 – 0 tu biasa yang luar biasa bila kalah 8 – 2 seperti musim 2011/12. Lagi pun Arsenal dah menang dua perlawanan besar berturut-turut sebelum tu kalahkan Borussia Dortmund dan Liverpool. Kalau menang semua besar pulak kepala pemain-pemain dan pengurus.
Sambung balik kisah angin satu badan .. yang aku angin tu bila tengok cara Robin Van Persie meraikan gol selepas menjaring gol tunggal menentang Arsenal. Cara Van Persie dengan penuh kesombongan seperti dia tak pernah bermain dengan Arsenal atau mempunyai seribu kebencian kepada Arsene Wenger. Perasaan benci aku kepada Van Persie automatik terus menerpa dan tidak akan pernah hormat lagi kepada dia setelah melihat cara dia memalukan bekas pengurusnya. Lihat gambar aksi wajah sombong Van Persie.
Bukanlah hebat sangat pun jaringan gol itu yang kebetulan terkena bahu Van Persie ketika melompat merebut bola daripada set-pierce Wayne Rooney. Kebetulan pemain pertahanan Arsenal, Per Mertesacker yang tinggi lampai tercedera kalau tidak jangan haraplah nak gol bola tu. Kita faham MU perlu sangat kemenangan kepada Arsenal untuk terus bersaing merebut juara BPL musim 2013/14 dan kemenangan ini telah meningkatkan keyakinan mereka.
Aku pasti semua peminat Arsenal mesti berasa marah dengan cara Van Persie meraikan gol tersebut sebabnya dia sudah berjanji tidak akan meraikan mana-mana gol ketika menentang Arsenal sebagai tanda hormat kepada Arsene Wenger dan peminat yang telah menyokong beliau dari pemain hingusan sehingga menjadi superstar dunia. Van Persie lu ingat lu boleh julang piala lagi ke tahun ini … jangan harap lah.
Video Van Persie dengan gaya sombong selepas menjaringkan gol menewaskan Arsenal
BPL 2013/14 Week #12
Setelah berehat selama dua minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan kelayakan piala dunia 2014 minggu ini Arsenal akan turun padang menentang Southampton. Ramai yang tak pandang kepada Southampton selain Abangensem tapi jangan tak percaya sekarang mereka berada di kedudukan ke tiga BPL mengatasi Chelsea dan Manchester City jangan cerita Manchester United dan Tottenham lagi jauh kat bawah. Perlawanan Arsenal vs Southampton pasti bukan mudah untuk Arsenal jangan terkejut kalau berlaku upset kalau pemain ambil mudah. Selain game Arsenal vs Southampton dua lagi perlawanan pasti menjadi perhatian peminat bola sepak iaitu Everton vs Liverpool dan Manchester City vs Tottenham. Aku harap sangat ke dua-dua perlawanan berakhir dengan seri.
Theo Walcott sudah sebuh dari kecedaraan dan disahkan akan diturunkan ketika menentang Southampton pasti akan menjadikan Arsenal lebih bahaya. Jangkaan aku Arsenal akan menewaskan Southampton 3 – 0. Bagaimana dengan anda?
Keputusan Arsenal vs Southampton : 2 – 0
Keputusan BPL 2013/14 Week #12
[box type=”shadow”]Everton vs Liverpool : 3 – 3
Stoke City vs Sunderland : 2 – 0
Fulham vs Swansea : 1 – 2
New Castle vs Norwich City : 2 – 1
Hull City vs Crystale Palace : 0 – 1
West Ham vs Chelsea : 0 – 3
Manchester City vs Tottenham : 6 – 0
Cardiff City vs Manchester United : 1 – 1
West Brom vs Aston Villa : 2 – 2
[/box]
Champions League 2013/14 Group F
Arsenal perlu mengalahkan Marseille dan mengharapkan Boruussia Dortmund vs Napoli berakhir dengan seri atau Napoli tewas untuk memudahkan Arsenal layak ke pusingan kalah mati. Bermain di Stadium Emirates pasti memberi kelebihan kepada Arsenal.
Keputusan Arsenal vs Marseille : 2 – 0
Live Arsenal vs Marseille @ Twitter
Keputusan Champion League 2013/14 Kumpulan
[box type=”shadow”]Basel vs Chelsea : 0 – 0
Bucuresti vs Schalke 04 : 0 – 0
Borussia Dortmund vs Napoli : 2 – 0
Zenit vs Atletico Madrid : 1 – 1
Porto vs Austria Wien : 1 – 1
Ajax vs Barcelona : 2 – 1
Celtic vs AC Milan : 0 – 3
[/box]
68 Comments
Excited sangat kot, sampai terlupa…
Curahan rasa hafiz @ ..Petua kuruskan badan dengan betul
citer lama ni.. ala biasalah tu…
rilek je
Curahan rasa zool @ ..Siapa pemenang anugerah bolasepak Pemain Paling Bernilai 2013
ko x payah nak sakit ati lah ko tny manager arsenal n fan arsenal ape dorang ckp klu aku mmg celebrate pi lah mabuk pernak main ke x ngan arsenal….ko yg sakit ati dah kalah x leh terima kenyataan….bodoh bertingkek tingkek
RVP,…. bagaikan lupa kacang pada kulitnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..DOCTOR WHO Ulang Tahun Ke-50 Di Logo Google Hari Ini
RVP harus berterima kasih pada Arsenal yang telah membesarkan naanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..DOCTOR WHO Ulang Tahun Ke-50 Di Logo Google Hari Ini
Tapi sikap RVP itu juga bisa menjadi motivasi bagi arsenal untuk tetap lebih baik.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..DOCTOR WHO Ulang Tahun Ke-50 Di Logo Google Hari Ini
Dan bisa tetap bertahan di peringkat atas klasemen.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..DOCTOR WHO Ulang Tahun Ke-50 Di Logo Google Hari Ini
jangan angin bro…adat permainan la tu…
sebelum game tu wenger kata persie still player arsenal sebab dia yang groom persie, tapi kenapa dia tak pertahankan persie masa pindah ke man utd, macam moyes pertahankan rooney?
persie dah takde dalam plan wenger? hmmm…
Curahan rasa Farid Adam @ ..Pemergian Ahmad Ammar Tenggelam Dek Kerana Villa Nabila
persie memang tak nak kekal dalam arsenal masa tu.. time tu wenger takde bajet cam sekarang.
Curahan rasa zool @ ..Siapa pemenang anugerah bolasepak Pemain Paling Bernilai 2013
hehe…Mungkin van persie bertindak sebaliknya selepas mungkin dia sedari fan arsenal dah tak hormat dia…so dia ‘balas balik’….mungkin…
ambe harap, semua game seri kecuali game manu menang….ggmu! hehe…
Curahan rasa hafizmd @ ..Oh! Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013
Go go MU..hihihi..
Curahan rasa kozumi_ro @ ..Johor Cuti Pada Hari Jumaat dan Sabtu
Adatlah dalam bolasepak macam tu. Apapun aku harap arsenal menang bergaya lawan southampton nanti.
Curahan rasa hatiputera @ ..Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013
Melihat kepada prestasi semasa pasukan Arsenal, saya jangka Arsenal akan menang 2-0
Curahan rasa anuar @ ..Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPM Sesi Disember 2013 Secara Datang Terus (Walk In)
kalah menang memang dah adat.
apapun kasi power skit.
kalah menang juga pun kita sokong juga 😀
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Tips Solat Di Kapal Terbang
Barula ada drama. Biasala tu. Silap2 season ni soton menang. biar yg lain gigit jari.
Curahan rasa halif @ ..Kecewa dengan servis P1 di Putrajaya
Mungkinkah dia diprovoke?
pastu lepas geram?hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Tips Elak Bermadu
itu yg ambe dgr..jadi dah jadi the red devils….hohoho
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Cara Super Mudah ‘Potong’ Jumlah Kalori Dalam Menu Harian!
Seperti Kacang Lupa Akan Kulitnya
Maaf tuan dh, mau tanya ; makna “angin satu badan” itu apa?
makna nya “sangat marah”
Curahan rasa denaihati @ ..Suami Isteri bukan untuk dimiliki
bak kata fabregas, tak hormat langsung kat wenger yang menjadikan Persi sebagai worldclass player…
Fabregas takkan buat camtu
Curahan rasa FPL Tips @ ..Gameweek 12 Hints
Mungkin dia tak ingat janji dia. Hahahaa
Curahan rasa Si Galah Panjang @ ..Hadiah daripada Denaihati Network
Comments are closed.