Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terasa sungguh fenomena contest Gadget Impian mengalahkan contest-contest yang pernah dianjurkan sebelum ini. Semangat dan kesungguhan peserta untuk merebut Gadget Impian memang sangat jelas lagi nyata. Mungkin kerana inilah satu-satunya contest yang sepertinya yang pernah dianjurkan dalam dunia Blog Nusantara. Tahniah kepad 103 Blogger yang telah layak untuk menyertai contest Gadget Impian.
Contest Gadget Impian dianjurkan bukan hanya sekadar satu lagi contest dari blog Denaihati tetapi contest Gadget Impian telah dirancang sebegini kerana sebab-sebab tertentu yang diharapkan akan memberi impak positif kepada dunia Blog.
1. Misi contest Gadget Impian adalah untuk mengalakkan Blogger memasang button sosial iaitu button ReTweet, FB like dan Google + 1 yang sangat banyak faedah kepada perkembangan sesebuah Blog terutama blog baru. Tidak ramai Blogger yang ambil kisah dengan ketiga-tiga button walaupun jelas sekali kebanyakan blog profesional di Malaysia dan di luar negara menggunakan secara agresif.
2. Membudayakan penggunaan button ReTweet, FB like dan Google + 1. Sebelum ini ramai Rakan Blogger yang mengeloh kerana tidak ramai pelawat yang berminat nak klik button yang disediakan walaupun jelas sekali ketiga-tiga button ini boleh membantu untuk meningkatkan trafik dan penjenamaan sesebuah blog.
3. Contest Gadget Impian dapat menambah network di kalangan peserta dimana kita saling mengenali blogger baru dan lama yang dahulunya kita belum kenal. Bukan sekadar berkenalan tetapi juga dapat berkongsi backlinks antara blog.
4. Menambah ilmu baru selok belok mengurus dan mempromosi blog kepada dunia blog yang tidak ada batasnya. Kekadang kita juga belajar ilmu baru teknik kecurangan blogger hanya kerana untuk mengejar sebuah hadiah.
Hadiah bukanlah segala-galanya apabila kita menyertai mana-mana contest yang dianjurkan oleh sesebuah blog. Ada banyak lagi rahsia terselindung disebalik penganjuran sebuah contest yang mesti kita gali sebelum kita menyerah kalah hanya kerana blog kita ketinggalan dalam perlumbaan mengumpul markah. Blog Denaihati telah menjadi saksi kepada banyak blog yang dahulu hanya sebuah blog yang tidak dikenali tetapi setelah menyertai banyak contest blog-blog tersebut sudah menjadi terkenal sehingga ada Blogger yang lebih terkenal dari blognya …. macam hebat tak.
Mungkin rakan Blogger mempunyai pengalaman baik setelah menyertai banyak contest yang boleh dikongsikan bersama untuk tatapan kita semua.
243 Comments
terima kasih, info di sini banyak membantu..
Curahan rasa dinar @ ..Nilai intrisik EMAS…
makanya seringlah berkunjung..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Sea Games 2011
Cadangan bardboo untuk setiap peserta buat contest dan giveaway besar-besaran amat bagus… Tetapi bukan semua blogger kaya… apa lagi nak wat giveaway besar-besaran… Apa lagi dengan blogger nyamuk mcm eXception ni, bergerak sendirian atas inisiatif dan budget sendiri… Hu hu hu hu…
Curahan rasa eXception @ ..Banjir: Keadaan Paras Sungai-Sungai Di Negeri Yang Terlibat Banjir
Di sini eXception nak ucapkan terima kasih kepada yang klik LIKE dan komen artikel pasal Gadget Impian eXception… Bagi yang belum menjengah ke blog eXception, pintu sentiasa dibuka… Jangan lupa tinggalkan komen, klik button LIKE, +1 dan Retweet… Gadget impian eXception tidaklah mahal mana… Tak semahal iPad2, tak semahal iPhone 4, tak semahal Macbook Air… Janji layan… He he he he he…
http://exception2008.blogspot.com/2011/11/mengapa-aku-boleh-jatuh-cinta-dengan_19.html
Curahan rasa eXception @ ..Banjir: Keadaan Paras Sungai-Sungai Di Negeri Yang Terlibat Banjir
sape rajin singgahlah blog i bagi sokongan ye.
Curahan rasa ariff @ ..Gadget Impian Jadilah Milikku..
segera di terjah Bro..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Negeri 5 Menara
terima kasih bang iwan. harap semuanya berjalan lancar di blog
Curahan rasa ariff @ ..Kucing Yang Kuat Cemburu
Insya Allah Bro…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Samsung Galaxy S II Gadget Impian Saya
gdluck bro..hehehe
Curahan rasa Nabiel @ ..NIKON D3100 GADGET IMPIAN SEPANJANG ZAMAN!
Memang fenomena sungguh contest ni. Ada gak beberapa orang blogger mintak saya promote.. so tolong ar apa yang patut..memang boleh eratkan silaturahim… walaupun hanya sekejap ja.. huhu..
.
Curahan rasa Fitrihadi @ ..(Gambar) Tahniah Lisa Surihani Atas Perkahwinannya… Melepas Eden…
Silaturahmi memang tujuan utama Bro..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Sea Games 2011
btol tu..rmai yg dah semangat wat n3..seronok baca n3 diorang sume..tp syu x wat n3 lg..huhu..nak kena wat cpt2 jgk nie..
Curahan rasa syu90 @ ..tak dapat update blog sebab takde internet
Moga-moga secara tak langsung boleh menambahbaik blog-blog yang menyertai.
Curahan rasa Financial Guide @ ..How to check overseas travel blacklist online
kakyong juga melihat fenomena ini sbg suatu yg sihat… walaupun kdg2 terasa juga blog kakyong ni x dikenali & tdk ramai penyokong.. tp persaingan yg sihat ni bagus utk menambah kenalan blog.. 😉
Curahan rasa kakyong @ ..Hati-hati bila makan siput sedut
saya ada cadangan: siapa2 yg menang, kena buat giveaway besar-besaran kat blog masing2..hehe..setuju tak?
kalau ada senarai peserta, senang nak pergi lawat satu2..
Curahan rasa bardboo @ ..Hadiah Buat Mama
walaupun rasanya tak ada peluang untuk menang, tapi tetap nak mencuba..dan dgn join contest ni, sy dapat up kan balik trafik blog yg jatuh merudum sejak guna self-hosting..huhu
Curahan rasa bardboo @ ..Hadiah Buat Mama
Gudluck semua…..:)
gud luck utk smua peserta..
terbaik bro…
Selamat berkenalan dan selamat berjaya supaya “Impian anda menjadi kenyataan”.
Gunakan sebaik mungkin peluang yg datang. Sama2 mencari teman sebyk mungkin utk saling kenal-mengenali. Semoga contest ini memberi impak yg terbaik kepada semua peserta.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gadget Impian Saya Adalah….”Samsung Galaxy Tab 10.1″
Comments are closed.