Review Contest Gadget Impian

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terasa sungguh fenomena contest Gadget Impian mengalahkan contest-contest yang pernah dianjurkan sebelum ini. Semangat dan kesungguhan peserta untuk merebut Gadget Impian memang sangat jelas lagi nyata. Mungkin kerana inilah satu-satunya contest yang sepertinya yang pernah dianjurkan dalam dunia Blog Nusantara. Tahniah kepad 103 Blogger yang telah layak untuk menyertai contest Gadget Impian.

Contest Gadget Impian dianjurkan bukan hanya sekadar satu lagi contest dari blog Denaihati tetapi contest Gadget Impian telah dirancang sebegini kerana sebab-sebab tertentu yang diharapkan akan memberi impak positif kepada dunia Blog.

1. Misi contest Gadget Impian adalah untuk mengalakkan Blogger memasang button sosial iaitu button ReTweet, FB like dan Google + 1 yang sangat banyak faedah kepada perkembangan sesebuah Blog terutama blog baru. Tidak ramai Blogger yang ambil kisah dengan ketiga-tiga button walaupun jelas sekali kebanyakan blog profesional di Malaysia dan di luar negara menggunakan secara agresif.

2. Membudayakan penggunaan button ReTweet, FB like dan Google + 1. Sebelum ini ramai Rakan Blogger yang mengeloh kerana tidak ramai pelawat yang berminat nak klik button yang disediakan walaupun jelas sekali ketiga-tiga button ini boleh membantu untuk meningkatkan trafik dan penjenamaan sesebuah blog.

3. Contest Gadget Impian dapat menambah network di kalangan peserta dimana kita saling mengenali blogger baru dan lama yang dahulunya kita belum kenal. Bukan sekadar berkenalan tetapi juga dapat berkongsi backlinks antara blog.

4. Menambah ilmu baru selok belok mengurus dan mempromosi blog kepada dunia blog yang tidak ada batasnya. Kekadang kita juga belajar ilmu baru teknik kecurangan blogger hanya kerana untuk mengejar sebuah hadiah.

Hadiah bukanlah segala-galanya apabila kita menyertai mana-mana contest yang dianjurkan oleh sesebuah blog. Ada banyak lagi rahsia terselindung disebalik penganjuran sebuah contest yang mesti kita gali sebelum kita menyerah kalah hanya kerana blog kita ketinggalan dalam perlumbaan mengumpul markah. Blog Denaihati telah menjadi saksi kepada banyak blog yang dahulu hanya sebuah blog yang tidak dikenali tetapi setelah menyertai banyak contest blog-blog tersebut sudah menjadi terkenal sehingga ada Blogger yang lebih terkenal dari blognya …. macam hebat tak.

Mungkin rakan Blogger mempunyai pengalaman baik setelah menyertai banyak contest yang boleh dikongsikan bersama untuk tatapan kita semua.


Spread the love

243 Comments

  1. Mula2 rasa frust jugak, aku blogger baru, mcm mna nak menang dgn syarat2 tersebut, tapi setelah senarai peserta keluar, bila dilihat adalah yg komen kat blog kita yg sebelum ni nak dpt 1 org komen blog kita sgt susah. Diharap selepas ni ada yg sudi komen w.pun taida contest. Sudi2lah jengok blog saya yg baru ni, sekadar nak berkenalan bukan mencari point.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gadget Impian Saya Adalah….”Samsung Galaxy Tab 10.1″My Profile

  2. Tahniah DH, team anda memang hebat. Setiap contest yg anda anjurkan byk manfaatnya, sesiapa yg tk join anda rugi. Tapi bolehlah support kat peserta utk like, tweet dan add Google + 1.

  3. Sebelum ni saya belum tahu sbb apa Denaihati diharuskan letak ke3-3 button itu kesemua peserta. Setelah DH buat artikel ini, barulah saya tahu kenapa diletakkan button tersebut. Peserta buka sekadar perlu kreatif tapi perlu bersaling hubung dgn peserta lain utk kenal-mengenali. Tahniah DH, anda buka sekadar “Hidupkan Untuk Memberi”

  4. Sejak join contest, twitter follower naik, lagi ramai like fb page, traffic naik earning pun naik. so no hal nak modalkan giveaway.

    teringin nak tau rahsia orang dapat ribu2 dan ratus2 like. apa kata peringkat kedua peserta top10 kena reveal semua detail rahsia macam mana dapat like banyak2. at least dapat bantu blogger lain untuk berjaya, betul tak?

    jadi in a way, melalui contest ni dapatlah membantu blogger lain belajar cara2 nak dapat social votes yang banyak yang memang membantu untuk seo sekarang.
    Curahan rasa ariff @ ..Universal Tag InnityMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!