Blogger Malaysia memang HEBAT!

Spread the love

Dalam kerunsingan melihat Selsema Babi H1N1 yang semakin mengganas, keadaan politik yang ada je berita-berita yang tak disangka-sangka dan statistik terkini 70% muda-mudi tak solat, Alhamdulillah hari ini ada kelapangan nak buat analisa program-program yang sedang berjalan di blog Denaihati ni.

1. Bulan Julai ini saingan penGOMEN pertama terbanyak begitu hebat antara Azizwan dan Precious (salam anniversary) . Daripada 23 entri di bulan Julai Azizwan telah 4 kali menjadi penGOMEN pertama dan Precious pula 5 kali menjadi penGOMEN pertama. Jadi Precious menjadi pemenang penGOMEN pertama terbanyak untuk bulan Julai dan memenangi sebotol minyak dara Habbatus Sauda tajaan Saudacare.com. Pencarian penGOMEN pertama terbanyak bulan Ogos diteruskan.

2. Saingan untuk penGOMEN terbanyak juga tidak kurang hebat antara Azizwan dan Precious. Setelah dianalisa dengan teliti berikut adalah 3 penGOMEN terbanyak untuk bulan Julai iaitu Azizwan (RM50), Precious (RM30) dan CikguPJ (RM20). Pencarian penGOMEN terbanyak Ogos diteruskan.

3. Sehingga hari ini sudah ada 14 weblog yang dicalonkan untuk weblog popular 1Malaysia , 29 blog telah join untuk mempromosi contest weblog popular 1Malaysia dan setiap hari 4 ranking utama untuk keyword “Weblog Popular 1Malaysia” di google.com.my berubah-ubah mengikut trafik blog masing-masing. Contest ini akn ditutup secara rasmi pada 30/9/2009. Masih ada banyak masa untuk mempromosi dan menangi hadiah hebat berjumlah RM5,000.00.

4. (Update) Pencarian pelawat ke 22,222 tidak kesampaian bila pelawat yang sepatutnya menang tak dapat nak buat entri khas tersebut. Tak ada rezekilah tu. Insyallah RM30 sedang menunggu untuk pelawat ke 33,333. Pelawat yang bertuah tersebut MESTI buat entri khas dengan gambar counter berangka 33,333 dan jangan lupa post linknya di entri ini.

5. Terima kasih kepada semua yang sudi visit blog dan berkongsi idea yang boleh merangsang pemikiran. Kalau digabungkan seluruh idea dan kepandaian manusia ini hanya ibarat setitik air lautan berbanding dengan ilmu ALLAH swt. Kepada pemenang sila hantar detail melalui message di twitter ke Denaihati. Kepada yang belum menang insyallah Ogos ini mungkin bulan Anda. Tunggukan 2-3 hari lagi pengumuman contest khas bulan Merdeka, aku sedang finalise dengan sponsor baru.

Fadhilat Amal : Nabi saw bersabda : “Barangsiapa duduk di sisi seorang alim 2 jam atau makan bersamanya 2 suap atau mendengarkan daripadanya 2 kata atau berjalan dengannya 2 langkah maka allah swt memberikan kepadanya 2 syurga yang tiap satu seperti 2 kali dunia.”(Misyikatul Anwar)


Spread the love

104 Comments

            1. Satu hal yang harus perlu kita pahami bahwa jangan berpikir dengan ngeblog rekening Anda akan di banjiri dengan dollar itu bullshit, dan jangan pernah berfikir dengan ngeblog Anda akan cepat kaya.

            2. “yang ini adalah kutipan dari salah seorang postingan blogger senior yang pernah saya baca.’

              Apa yang dikutip tu Bang Iwan? komentar Bang Iwan ni ker?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!