Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, antara yg menarik intipati khutbah yang dibaca oleh khatin ketika solat Jumaat di Surau Al Ikhlas Bukit Belimbing, katanya asbab terlalu sayangnya Nabi Ibrahim a.s kepada anaknya Nabi Ismail a.s maka ALLAH perintah untuk korbankan anak baginda. Baginda taat pada perintah ALLAH dengan redha ingin mengorbankan Nabi Ismail. Atas ketaat tersebut ALLAH ganti Nabi Ismail yang nak di qurban dengan seekor kibas.
Kita pun sayang pada isteri dan anak-anak tetapi bila ALLAH perintah berqurban walaupun hanya sunat muakkad iaitu sunat yg dituntut tetapi kita sering bagi alasan tiada duit. Nabi Ibrahim tak ada anak yang lain selain Nabi Ismail a.s tetapi taatnya pada perintah ALLAH tetap baginda hendak lakukan qurban tersebut. Kalau kita benar-benar sayang kepada isteri dan anak-anak kita dan paling penting taat pada perintah ALLAH pasti kita akan usaha sedaya upaya untuk laksanakan qurban setiap tahun walaupun hanya satu bahagian lembu atau seekor kambing.
Sudah pasti kita akan berusaha mencari dana untuk melaksanakan qurban kerana taatnya kita pada perintah ALLAH dan kasih sayangnya kita kepada isteri dan anak-anak. Kalau dengan sengaja memberi alasan tiada duit tanpa berusaha-usaha bersungguh bukankah itu tanda kasih sayang kita hanya di bibir, palsu di sisi ALLAH. Jadi mari kita buktikan kasih sayang kita adalah tulin bukan palsu. Sebenarnya kita tiada alasan untuk tidak melaksanakan ibadah qurban setiap tahun.
Dimana nak laksanakan qurban? Dimana-mana saja yang anda fikir mudah. Kalau nak buat secara online dan nak bantu saudara Islam di Kemboja & seluruh dunia dengan harga qurban yang murah boleh laksanakan di eQurban.com.
Kita buat sebab kita sayang pada kaum keluarga dan lebih penting taat pd perintah ALLAH. Apabila Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s taat dengan perintah ALLAH berbagai nikmat baginda berdua dapat. Kita juga akan dapat berbagai manafaat dan nikmat apabila melaksanakan qurban dengan niat kerana ALLAH. Tak percaya laksanakan setiap tahun pasti anda akan merasa nikmat qurban tersebut.
47 Comments
Boleh dikatakan harga qurban yang ditawarkan equrban antara yang termurah di pasaran.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bila Encik Suami Melihat Wanita Lain Lebih Cantik Daripada Isterinya ~
InsyaAllah niat dihati tu memang nak laksanakan aqiqah qurban tahun ni, semoga dipermudahkan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Senaman Kegel Menguatkan Otot Lantai Pelvik Selepas Bersalin
bagi mereka yang mendapat rezeki lebih masa ni la Allah bagi peluang mendapatkan saham di akhirat
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Mengapa Rakyat Malaysia Truly Asia Sangat Unik
InsyaAllah, di samping kita dapat menggembirakan orang lain. Kita mungkin boleh makan daging hari-hari. Ada yang langsung tak berkesempatan.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bila Encik Suami Melihat Wanita Lain Lebih Cantik Daripada Isterinya ~
amalan qurban merupakan tanda takwa kita kepada Allah SWT..lagi besar maka lagi hebat lah takwa yang kita nak.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Mrhanafi Dot Com Dalam Wechat
Betultu saya sokong sebab kita bersedekah dengan korban kita keluarkan duit …. – http://gagahboro.org laman web lanjut
ingin sekali berkurban jika ada rizki lebih, ketika melihat orang lain kurban, terpikir kapan saya bisa kurban.
Curahan rasa gamis syar’i murah @ ..Pakaian Baju Muslim Motif Polka Set Bergo Ondi
Gamis Syar’i murah: Bisa dilakukan, bila sudah ada niat untuk melakukannya Insyallah akan dibukakan jalan kemudahan untuk melaksanakan..
Curahan rasa Sani @ ..Kenapa Anda Perlu Ada Akaun Perbankan Internet / Online?
intipati khutbah yang tuan dengar hampir sama dengan khutbah yang disampaikan di masjid Sabak Bernam… adakah isi kandungannya memang sama untuk satu negeri Selangor?
Curahan rasa anuar @ ..Dapat Duit Raya Daripada KlikJer.com
InsyaAllah ada niat juga nk buat tahun ni..semoga dipermudahkan urusan kita semua
Curahan rasa ena @ ..Doa Hari Jumaat
Ena: Moga dipermudahkan hajat saudari untuk berkorban pada tahun ini…Aminnn
Curahan rasa Sani @ ..Kenapa Anda Perlu Ada Akaun Perbankan Internet / Online?
Teringat kenangan lama. Kami sekeluarga buat qurban seekor lembu. Kerana takut, lembu pengsan sebelum disembelih. Dalam hati memang dah gabra, sudahkan qurban itu jadi qurban nazar sebab lembu disembelih dalam keadaan kurang sempurna.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Jalan Lingkaran Setia Ecohill Kini Dibuka Secara Percubaan ~
sampai macam tu sekali lembu tu takut yer… setakat ini, saya belum pernah melalui pengalaman macam ni…
Curahan rasa anuar @ ..Dapat Duit Raya Daripada KlikJer.com
No wonder la kadang2 ayah berusaha sangat nak kumpul duit untuk buat kurban. Tahu ayah bukannya ada duit sangat. Kerja kampung je. Tapi bila dah dekat nak raya haji, nampak la ayah bersemangat nk buat ibadah kurban ni.
Curahan rasa bearyblossom @ ..C-Jello Collagen Jelly Bar
Bearryblossom: Memang patut dicontohi sikap orang tua dulu-dulu dalam menunaikan perintah Allah swt macam ini..
Curahan rasa Sani @ ..Kenapa Anda Perlu Ada Akaun Perbankan Internet / Online?
korban untuk keluarga adalah satu perkara yang mulia, tanda kasih dan sayang.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Tips Pilih Bidang Latihan Separa Perubatan
InsyaAllah, moga ada rezeki lagi tahun ini untuk membuat ibadah qurban ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Meriahnya Hari Sukan Little Caliphs Semenyih
qurban itu berasal dari perkataan qarib yang bermaksud dekat, jadi berkorban itu mendekatkan.
Curahan rasa ikhwan @ ..Calon Simpanan Separa Perubatan
Ikhwan: Supaya kita rapat atau dekat dengan pencipta dan dekat dengan saudara mara, tak ke gitu tuan Ikhwan.
Curahan rasa Sani @ ..Kenapa Anda Perlu Ada Akaun Perbankan Internet / Online?
InshaAllah,Jika ada Rezeki Mengapa tidak kan untuk lakukan Qurban,Moga kita semua di limpahi rezeki dan dapat lakukan Qurban ini,Ameen,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Peluang Usahawan Menyertai HALFEST 2015 Di Buka Kini
saya sentiasa memikirkan untuk laksana qurban..cuma banyak halangan yang perlu dilalui
Curahan rasa mrhanafi @ ..Fahami Proses MNP Dalam Bestmobile
Sebab itu ibadah ini dinamakan qurban mananya pasti ada banyak halangan dan kepada yg berjaya menempuh halangan pasti dapat ganjaran besar seperti Nabi Ibrahim a.s
Curahan rasa denaihati @ ..Madu lebah kelulut memang sedap
MrHanafi: Yang penting kena ada niat untuk lakukkan, Insyallah , ia akan dipermudahkan..
Curahan rasa Sani @ ..Kenapa Anda Perlu Ada Akaun Perbankan Internet/ Online?
Qurban di luar negara pun mudah. Kita serahkan pelaksanaannya pada mereka yang lebih Arif.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Meriahnya Hari Sukan Little Caliphs Semenyih
InsyaAllah, entry ini memang berkesan di hati. Moga kita semua dimurahkan rezeki dan dapat membuat amalan ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Meriahnya Hari Sukan Little Caliphs Semenyih
Ibadah Qurban bukan hanya tentang ketaatan seorg hamba kepada Tuhan, tapi juga meliputi soal hubungan sesama manusia. Alhamdulillah zaman sekarang nak melakukan ibadah qurban sangat mudah, kebaikannya juga dapat dirasai oleh umat Islam di tempat-tempat lain yang sangat memerlukannya.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Perlu Ke Risau Bila Haid Lambat Lepas Bersalin?
Oja Samid: Betul tu,sekarang dah mudah sangat untuk laksanakan ibadat qorban macam ni. Ada yang hanya dihujung jari sahaja.
Curahan rasa Sani @ ..Kenapa Anda Perlu Ada Akaun Perbankan Internet / Online?
Comments are closed.