Kenapa Qurban di Kemboja

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai kawan-kawan tanya kenapa perlu qurban di Kemboja kenapa tidak di Malaysia. Jawapannya umat Islam di Kemboja lebih memerlukan berbanding kita. Biasa berlaku di Malaysia selepas musim haji, peti sejuk penuh dengan daging qurban sehingga disimpan berbulan-bulan. Di Kemboja mendapat sebahagian daging qurban seperti mendapat emas yang sangat berharga nilainya. Mereka yang miskin hanya makan daging setahun sekali itu pun kalau dapat bahagian daripada korban dilakukan di kampung mereka.

rumah atas air di kemboja

masyarakat rumah rakit di kemboja

Lihat sahaja gambar-gambar pengalaman kami memziarahi Kampung Chananng, sebuah perkampungan di atas air di Tasik Tonle Sap. Kami perlu menaiki sampan lebih kurang 30 minit untuk sampai di perkampungan ini untuk menyerahkan sumbangan beras hadiah daripada berbagai persatuan dan individu. Melihat pakaian yang dipakai masyarakat di sini terasa sedih entah berapa tahun tidak bertukar. Kebanyakan pakaian ini adalah sumbangan dermawan dari Asia Tenggara. Kepada yang berminat boleh hubungi kami tetapi pastikan memberi pakain yang berkualiti bukan yang sisa-sisa koyak rabak.

wanita kemboja di rumah rakit
Klik gambar ini untuk melihat lebih banyak gambar lawatan kami di Kampung Chananng.

Saksikan video penjelasan mengapa perlu korban di kemboja dan aktiviti eQurban membantu umat Islam Kemboja di SINI.

Ibadat korban sangat dituntut dalam Islam. Dengan pengalaman beberapa tahun dalam mengurus ibadat qorban & aqiqah kini eQurban.com mengajak umat Islam utk melaksanakan ibadah tersebut pada tahun ini. Dengan hanya RM320 anda bukan sahaja dapat membantu umat Islam Kemboja tetapi lebih penting dapat membantu diri sendiri di alam akhirat kelak. Jangan bertangguh untuk korbankan duit anda, korek akaun bank biar kosong di mata kasar tetapi kaya raya di sisi ALLAH. Terbukti umat Islam yang sentiasa ambil bahagian dalam qorban tidaklah miskin malah bertambah melimpah ruah rezeki mereka. Buangkan perasaan tidak ada duit maka tak nak buat ibadah qorban kerana sebenarnya ibadah qorban adalah pembuka pintu kepada rezeki yang tidak disangka-sangka.

“Aku (atau para sahabat) telah bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, apakah udh-hiyah(korban) itu ?, Nabi menjawab: “Inilah sunnah ayahmu Nabi Ibrahim.” Mereka berkata: “Apakah yang kita peroleh dari udh-hiyah (korban) ?” Nabi menjawab: “Di tiap helai bulunya, kita memperoleh satu kebajikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid ibn Arqam).

Perlaksanaan ibadah qorban, aqiqah & nazar 2014:

  1. Qurban Lembu dan Kambing di Kemboja
  • 1 bahagian lembu RM320
  • 1 ekor lembu RM2240
  • 1 ekor kambing RM580

Kepada rakan Blogger yang ingin membantu mempromosi boleh juga mendaftar sebagai rakan affiliate, ada sedikit komisen disediakan.

 

Qurban & Aqiqah di Kemboja

 

 

321 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!