Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada sabtu yang lepas bersamaan dengan 16 Ogos 2014, telah berlangsung majlis perasmian Pusat Kesihatan Al Ansar Health Cawangan Bandar Baru Bangi.
Al Ansar Health diasaskan oleh Tuan Haji Khanafi Hussin. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat dalam rangkaian Al Ansar Group yang telah mempunyai 3 lagi anak syarikat dalam cabang perniagaan yang lain, iaitu Al-Ansar Properties, Al-Ansar eQurban dan juga Al-Ansar Biocypress. Idea untuk menubuhkan Al-Ansar Health ini tercetus pada April 2013 dan penubuhannya telah dilakukan pada 30 Ogos 2013 oleh 3 peneraju utama iaitu Haji Khanafi, Haji Sobri Saad dan Saudara Bakhtiar.
Al Ansar Health juga merupakan salah satu penaja bersama ketika SBB2014 yang berlangsung di Saloma Bistro & Theatre pada 8 Mac 2014 yang lalu. Beberapa rakan blogger juga telah ke Al Ansar Health cawangan Shah Alam untuk merasai sendiri Rawatan Alternatif Resdung.
Papan tanda baru yang besar telah dipasang di cawangan Bandar Baru Bangi ini. Lokasinya terletak di Seksyen 8 berhampiran dengan Kedai Tudung Fareeda.
Sesudah para tetamu menikmati juadah, majlis perasmian bermula dengan bacaan doa. Haji Khanafi memotong reben sebagai simbolik perasmian dan seterusnya menandatangani papan tanda Al Ansar Health.
Kemudian para tetamu masuk ke pejabat urusan Al Ansar Health Cawangan Bangi untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Untuk hari perasmian tersebut, pembeli juga mendapat diskaun 10% bagi produk yang dibeli, diskaun 50% untuk rawatan. Bagi pembelian RM100 ke atas pula, percuma Mug Ekslusif Al Ansar dan percuma Eye Massage dengan pembelian RM200 ke atas.
Di sini, ada terdapat perawat lelaki dan perempuan bagi menjalankan terapi kepada pesakit. Antara terapi yang dilakukan di Pusat Kesihatan Al Ansar Health ini adalah:
- Rawatan resdung
- Rawatan bekam
- Terapi Sentuhan MMT (saraf)
- Tips Penjagaan Mata
- Khidmat nasihat
- Jualan produk kesihatan
Selain itu, turut juga dijual produk penjagaan kesihatan bagi kegunaan harian. Antara produk-produk keluaran Al Ansar Health adalah:
- Air Cypress
- Walit Madu
- Jus Peria
- Jus Arjuna
- Magnetic Aura Oil
- Aroma Oil
- Susu Kambing dan lain-lain lagi.
Buat mereka yang inginkan produk kesihatan Al Ansar Health, boleh juga ke laman Kedai Al Ansar Health Online
Bagi mereka yang ingin terus ke Pusat Penjagaan Kesihatan Al Ansar Health cawangan Bandar Baru Bangi, boleh ke alamat di bawah:
Alamat : 87A, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
Tel : 03-89263575 / 013-3322786 / 011-2327 7786
SENARAI CAWANGAN & STOKIS PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN AL ANSAR HEALTH
Lain-lain gambar :
122 Comments
Produk yang ditawarkan oleh Al ANsar Health seperti Air Cypress Walit Madu,Jus Peria,Jus Arjuna,Magnetic Aura Oil sangat menarik perhatian saya. Macam mana rasa Jus Peria tu ye? Mesti banyak kebaikan kepada kesihatan.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
teringin nak cuba rawatan terapi saraf. coz badan kengkadang rasa sengal-sengal. bagus jugak pusat kesihatan al ansar ni. tapi jauh nak ke sana
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Dadih Perisa Durian
Jaa ada resdung, teringin pulak nak buat rawatan kat sini bila tengok Blogger Shakiddo buat rawatan kat situ baru-baru ini. cawangan Al Ansar di kelantan tak ada ke?
Curahan rasa Jaakechik @ ..Kedai Cenderahati Cantik Dan Murah
Ada 2 produk yang nor tertarik, magnetic aura oil dan aroma oil 🙂
Curahan rasa Norazizah @ ..Cara Mudah Hafal Nilai Abjad Arab
Elok jugak pusat penjagaan Kesihatan Al Ansar health ini ditubuhkan. Banyak jugak produk kesihatan keluaran mereka.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen Bloggers : 20 Facts About Me
Kan? Kalau ada rezeki lebih, nak juga dapatkan dan cuba sendiri produk mereka.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Iri
banyak jugak produk2 kesihatan keluaran al ansar health. nanti ada masa nak ke sana untuk check kesihatan. sejak dua menjak ni badan asyik rasa lenguh2 je.
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5S
Dengan pembukaan cawangan ni lebih memudahkan untuk mereka yang nak membuat rawatan atau membeli produk kesihatan yang di tawarkan tu.. Yang pastinya buat rawatan semua tu dapat menjaga kesihatan kita kan 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Design Full Template Blog Aria Lee
Dah lama nik nak rasa rawatan berbekam tu..salah satu sunnah nabi kan? . Kawan selalu bercerita dia pergi berbekam. Selamat maju jaya al-ansar health. Boleh usha produk mereka secara online ni..
Wawa ada masalah resdung dan memerlukan tips penjagaan mata. Elok juga pusat penjagaan kesihatan al ansar health ini ditubuhkan. Kebetulan nak pergi ke kuala lumpur nanti,boleh la singgah di bandar baru bangi nanti. Tapi wawa sarankan untuk luaskn lagi cawangan seperti blogger lelaki cadangkan dibawah komen ini. Senang sikit kami nak dapat rawatan. Wawa pula orang terengganu, jarang sekali nak pergi ke kl ni kalau tak ada urusan.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
rasa macam nak cuba urutan mata tu…macam best…harap akan diluaskan lagi cawangan hingga ke kuantan…baru senang aku nak dapatkan rawatan
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti Persahabatan
BAnyak tempat menarik dan galeri perniagaan muslim di bangi ni
Tumpang gembira
Tudung fareeda pun ada kat sana
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Tudung Labuh Berdagu Awning Lembut
Saya menunggu cawangan di Kluang atau Simpang Renggam
Curahan rasa wazy @ ..Kereta Oh Kereta
Pusat rawatan alternatif yang sangat bagus.
Curahan rasa Nurul @ ..Jangan Bertangguh
wah nampak menarik, saya suka dengan perkembangan bisnes ni, tp saya ada pendapat iaitu kalau boleh buatlah kedai dibawah dan bukannya dibahagian tingkat atas atas sebab faktor suasana perniagaan di Malaysia
Curahan rasa myrujukan @ ..Chicken Madghout di Qasar Hadramawt
good job !! semoga terus maju kehadapan…
Comments are closed.