Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada sabtu yang lepas bersamaan dengan 16 Ogos 2014, telah berlangsung majlis perasmian Pusat Kesihatan Al Ansar Health Cawangan Bandar Baru Bangi.
Al Ansar Health diasaskan oleh Tuan Haji Khanafi Hussin. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat dalam rangkaian Al Ansar Group yang telah mempunyai 3 lagi anak syarikat dalam cabang perniagaan yang lain, iaitu Al-Ansar Properties, Al-Ansar eQurban dan juga Al-Ansar Biocypress. Idea untuk menubuhkan Al-Ansar Health ini tercetus pada April 2013 dan penubuhannya telah dilakukan pada 30 Ogos 2013 oleh 3 peneraju utama iaitu Haji Khanafi, Haji Sobri Saad dan Saudara Bakhtiar.
Al Ansar Health juga merupakan salah satu penaja bersama ketika SBB2014 yang berlangsung di Saloma Bistro & Theatre pada 8 Mac 2014 yang lalu. Beberapa rakan blogger juga telah ke Al Ansar Health cawangan Shah Alam untuk merasai sendiri Rawatan Alternatif Resdung.
Papan tanda baru yang besar telah dipasang di cawangan Bandar Baru Bangi ini. Lokasinya terletak di Seksyen 8 berhampiran dengan Kedai Tudung Fareeda.
Sesudah para tetamu menikmati juadah, majlis perasmian bermula dengan bacaan doa. Haji Khanafi memotong reben sebagai simbolik perasmian dan seterusnya menandatangani papan tanda Al Ansar Health.
Kemudian para tetamu masuk ke pejabat urusan Al Ansar Health Cawangan Bangi untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Untuk hari perasmian tersebut, pembeli juga mendapat diskaun 10% bagi produk yang dibeli, diskaun 50% untuk rawatan. Bagi pembelian RM100 ke atas pula, percuma Mug Ekslusif Al Ansar dan percuma Eye Massage dengan pembelian RM200 ke atas.
Di sini, ada terdapat perawat lelaki dan perempuan bagi menjalankan terapi kepada pesakit. Antara terapi yang dilakukan di Pusat Kesihatan Al Ansar Health ini adalah:
- Rawatan resdung
- Rawatan bekam
- Terapi Sentuhan MMT (saraf)
- Tips Penjagaan Mata
- Khidmat nasihat
- Jualan produk kesihatan
Selain itu, turut juga dijual produk penjagaan kesihatan bagi kegunaan harian. Antara produk-produk keluaran Al Ansar Health adalah:
- Air Cypress
- Walit Madu
- Jus Peria
- Jus Arjuna
- Magnetic Aura Oil
- Aroma Oil
- Susu Kambing dan lain-lain lagi.
Buat mereka yang inginkan produk kesihatan Al Ansar Health, boleh juga ke laman Kedai Al Ansar Health Online
Bagi mereka yang ingin terus ke Pusat Penjagaan Kesihatan Al Ansar Health cawangan Bandar Baru Bangi, boleh ke alamat di bawah:
Alamat : 87A, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
Tel : 03-89263575 / 013-3322786 / 011-2327 7786
SENARAI CAWANGAN & STOKIS PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN AL ANSAR HEALTH
Lain-lain gambar :
122 Comments
Saya suka tentang rawatan resdung dan berbekam…Ini memberi kesihatan yang baik untuk diri kita. Jika kedua-dua ini dilakukan terhadap kita, tidak mustahil ia dapat menyihatkan badan dan akal fikiran.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Tahniah Al-Ansar Health telah berkembang pesat dengan produk kesihatan yang halal, suci dan bermutu tinggi. Rawatan kesihatan juga mereka sediakan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
terbaik promosi dari blog Denai Hati.. rasanya, memang ramai yang tercari-cari rawatan resdung alternatif ni sebab pada tanggapan pengguna, ia lebih mujarab dari sesetengah rawatan moden.. dan mungkin juga lebih murah
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Mee Ubi Kentang | Pernah Cuba?
Pelbagai rawatan yang mereka sediakan, ini memberi banyak pilihan untuk kepada pesakit yang ingin membuat rawatan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
saya memang ada resdung. tapi belum sampai tahap teruk lagi. ada rezeki nanti boleh cuba kat sini
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
boleh recommend pada kawan2 yang perlukan rawatan bekam. lagi pun al ansar nampak boleh dipercayai khidmatnya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Wahh, bagus ni. Nak try kesana lah nanti. Teringin pulak nak cuba buat rawatan bekam. Kata kawan-kawan memang bagus, rasa segar dan ringan je badan nanti
ada tak sesiapa yang pernah berbekam?boleh kongsikan? mana thu saya boleh jadi berani kan hehe.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Penampakkan Makhluk Berkepala Manusia Berbadan Lembu
teringin nak berbekam,sakit tak?ish macam mana ni..nak tapi takut..kena pulak boleh.mabuk lihat darah,tapi boleh bg syarat kot,jgn bg tunjuk..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Penampakkan Makhluk Berkepala Manusia Berbadan Lembu
setakat ni belum ada keberanian nak buat bekam. eh, perempuan boleh buat jugak ke
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Bila cuba air walit madu haritu sedap…lagi lagi kalau minum semasa sejuk
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
walaupun dah lama duduk dekat bangi tapi belum pernah sampai ke al ansar health ni, pusat penjagaan kesihatan ini memang bagus untuk semua orang yang mempunyai masalah kesihatan
Kalau ada masalah resdung eloklah dicuba rawatan alternatif al ansar health ni
Curahan rasa cikgu naman @ ..Promosi Gambar Studio/Outdoor Sempena Raya oleh 2Point8 Studio
kalau diberi peluang untuk smpai kesana teringin mencuba rawatan resedung..kebanyakkan rawatan resedung saya lakukan kurang memberi kesan….
Semoga Al Ansar Health Bangi berkembang maju dan berjaya di masa akan datang…
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
sama la saya…resdung masih tak elok-elok lagi…setakat ni ambik ubat dari klinik panel je la
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Panasonic Lumix Smart Camera CM1
Kalau resdung elok cuba kaedah alami iaitu yang berasasakan alam cthnya herba
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
jaga kesihatan maka peluang untuk ke pusat penjagaan boleh dikurangkan..orang kata kekayaan itu letaknya pada kesihatan..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Buku Mukmin Profesional Antara Yang Terbaik
Bolehlah cuba tu..dulu saya ada masalah resdung yang teruk tapi selepas guna ubat HPA lega
Cara lain boleh cuba kaedah dari al ansar ni
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Berbekam ni sunnah so mmg baik untuk kita umat Islam amalkan.
Curahan rasa shamiera osment @ ..Wordless Wednesday : 100 Followers Akhirnya…
Semakin banyak dan berkembang pusat rawatan yang bertunjangkan perubatan moden + islam. Satu situasi yang amat-amat memberangsangkan dan membanggakan. Semoga pusat rawatan ini akan berjaya dan dapat memperluaskan cawangan2nya diseluruh negara… InsyaAllah.
Aah..kalau dulu nak cari perubatan alternatif banyak yang tak selamat
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Jauhlah pla pusat rawatan ini dari tempat tinggal saya. Jika terlajak kesana ingin juga mendapatkan rawatan resdung tu.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Keunikan Dan Keajaiban Alam Ciptaan Ilahi
Kenapa..bro duduk kat mana? Lain kali kalau ke bangi bolehlah singgan
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
tak pernah lagi membeli produk ni..bila tengok tuan denaihati tulis macam bagus ja mesti cuba ni agaknya produk ni ada jual tak kat kios pusat kecantikan.
Curahan rasa adna2029 @ ..Keindahan Tempat Pelancongan Indonesia
Rasanya belum lgi kot…mesti fokus kat cawangan cawangan dulu baru fikir edar kat luar
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Comments are closed.