Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada sabtu yang lepas bersamaan dengan 16 Ogos 2014, telah berlangsung majlis perasmian Pusat Kesihatan Al Ansar Health Cawangan Bandar Baru Bangi.
Al Ansar Health diasaskan oleh Tuan Haji Khanafi Hussin. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat dalam rangkaian Al Ansar Group yang telah mempunyai 3 lagi anak syarikat dalam cabang perniagaan yang lain, iaitu Al-Ansar Properties, Al-Ansar eQurban dan juga Al-Ansar Biocypress. Idea untuk menubuhkan Al-Ansar Health ini tercetus pada April 2013 dan penubuhannya telah dilakukan pada 30 Ogos 2013 oleh 3 peneraju utama iaitu Haji Khanafi, Haji Sobri Saad dan Saudara Bakhtiar.
Al Ansar Health juga merupakan salah satu penaja bersama ketika SBB2014 yang berlangsung di Saloma Bistro & Theatre pada 8 Mac 2014 yang lalu. Beberapa rakan blogger juga telah ke Al Ansar Health cawangan Shah Alam untuk merasai sendiri Rawatan Alternatif Resdung.
Papan tanda baru yang besar telah dipasang di cawangan Bandar Baru Bangi ini. Lokasinya terletak di Seksyen 8 berhampiran dengan Kedai Tudung Fareeda.
Sesudah para tetamu menikmati juadah, majlis perasmian bermula dengan bacaan doa. Haji Khanafi memotong reben sebagai simbolik perasmian dan seterusnya menandatangani papan tanda Al Ansar Health.
Kemudian para tetamu masuk ke pejabat urusan Al Ansar Health Cawangan Bangi untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Untuk hari perasmian tersebut, pembeli juga mendapat diskaun 10% bagi produk yang dibeli, diskaun 50% untuk rawatan. Bagi pembelian RM100 ke atas pula, percuma Mug Ekslusif Al Ansar dan percuma Eye Massage dengan pembelian RM200 ke atas.
Di sini, ada terdapat perawat lelaki dan perempuan bagi menjalankan terapi kepada pesakit. Antara terapi yang dilakukan di Pusat Kesihatan Al Ansar Health ini adalah:
- Rawatan resdung
- Rawatan bekam
- Terapi Sentuhan MMT (saraf)
- Tips Penjagaan Mata
- Khidmat nasihat
- Jualan produk kesihatan
Selain itu, turut juga dijual produk penjagaan kesihatan bagi kegunaan harian. Antara produk-produk keluaran Al Ansar Health adalah:
- Air Cypress
- Walit Madu
- Jus Peria
- Jus Arjuna
- Magnetic Aura Oil
- Aroma Oil
- Susu Kambing dan lain-lain lagi.
Buat mereka yang inginkan produk kesihatan Al Ansar Health, boleh juga ke laman Kedai Al Ansar Health Online
Bagi mereka yang ingin terus ke Pusat Penjagaan Kesihatan Al Ansar Health cawangan Bandar Baru Bangi, boleh ke alamat di bawah:
Alamat : 87A, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
Tel : 03-89263575 / 013-3322786 / 011-2327 7786
SENARAI CAWANGAN & STOKIS PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN AL ANSAR HEALTH
Lain-lain gambar :
122 Comments
tunggu cawangan banting plak.
hoho..
Curahan rasa titan @ ..Buat Duit dengan Advertorial.MY
Semoga semakin maju dan sukses!
Curahan rasa hafizmd @ ..Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar!
pusat perubatan dan penjagaan kesihatan macam ni masih kurang ni Malaysia.. Harap-harap, makin banyak pusat seumpama ni ditubuhkan kelak..
Curahan rasa Aisyah @ ..Doa Selepas Solat Didalam Tulisan Rumi
Setuju. Moga pemasaran lebih agresif insyaAllah
Curahan rasa hafizmd @ ..Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar!
terima kasih atas info ni, insyaAllah ada boleh sebarkan kepada yang memerlukan.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Cara Merawat Resdung Secara Selamat
Bagusnya, servis perniagaan patuh syariah 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Resipi Ikan Merah Lada Hitam Versi Chef Hanieliza
Semoga bisnes menyediakan rawatan alternatif ini terus sukses dan maju.
Curahan rasa halif @ ..Baru 3 hari dah dapat KOMISYEN PERTAMA dari advertorial.MY
Meriah majlisnya. Semoga bertambah maju dengan cawangan baru ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Contest Sunsilk Malaysia Menangi RM20000
saya tumpang gembira dengan perasmian pusat penjagaan kesihatan al ansar health..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mengapa Hari Berkabung Negara Penting?
Betul tu. Tumpang gembira sama.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Blogku Di Baca Oleh Israel
Wujud lagi satu pusat penjagaan kesihatan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Contest Sunsilk Malaysia Menangi RM20000
Support orang kita..berusaha terus maju
Curahan rasa weschairs @ ..Ayat keliru dalam English
Baru nampak perubatan islam satu bidang yang profesional.Smeoga lebih banyak yang di buka nanti.
Curahan rasa Norhayati Suaib @ ..Benarkah Master Checklist Membantu Kita Menjadi Master Coordinator
Semoga usahawan Melayu sebegini semakin banyak dan berkembang di bumi Malaysia ini…
Curahan rasa ahmadyani @ ..Serba Salah Mahu Doakan Kebahagiaan Kamu!
tahniah atas pembukaan cawangan baru =)
Curahan rasa maria @ ..Masalah Kesuburan Wanita Dan Cara Atasi
wah..ada gambar saya satu famili..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..‘Supermoon’ dari celahan balkoni
patutlah macam kenal jer…rupanya cikgu naman =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar!
Good sharing. Boleh juga mencuba untuk berbekam di sini jika ada kelapangan nanti.
Comments are closed.