Kembalinya arwah Hasni Hardi mangsa tragedi MH17

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia bersedih dengan peristiwa tragedi MH17. Entah kenapa aku sangat sedih setiap kali mengenang peristiwa sedih ini terutama apabila teringat kepada anak saudara arwah Hasni Hardi. Hati ini seperti dapat merasai rasa sedih yang dirasai oleh ibu bapa arwah adik Hasni Hardi yang merupakan sepupu. Semuga Kak Asiah dan Abang Parlan serta seluruh keluarga mangsa dapat bersabar dengan ujian yang berat ini. Redhakan pemergian mereka semuga Syurga adalah tempat kalian.

TERKINI : Peluru BUK9838-Series yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai, 2014 dibawa dari Rusia .. berita penuh

Alhamdulillah setelah 36 hari akhirnya tiba juga jenazah yang ditunggu oleh rakyat Malaysia khasnya kaum keluarga. Semuga baki jenazah akan juga dibawa pulang segera. Jenazah arwah Hasni Hardi dibawa balik dalam keranda yang ke 20.

Gambar-gambar kembalinya jenazah mangsa tragedi MH17

pesawat dan helikopter untuk bawa jenazah MH17

Klik gambar-gambar untuk melihat lebih banyak gambar sekitar kembalinya 20 jenazah mangsa tragedi MH17.

pesawat MH6129 yang membawa jenazah MH17

jenazah MH17 dibawa keluar dari MH6129

Jenazah Hasni Hardi di bawa ke kereta jenazah

istiadat negara menyambut jenazah hasni hardi

IKUTI LIVE MAJLIS PENGKEBUMIAN ARWAH HASNI HARDI DI SINI.

Kongsikan kata semangat dan doa untuk keluarga mangsa MH17 di SINI.

Senarai 20 jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 22/8/2014, untuk istiadat penghormatan.

Anak Kapal:

1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (Putrajaya)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (Putrajaya)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (Ipoh)
9) Azrina Yakob (P)

Penumpang:

1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (Ipoh)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (Segamat)

Senarai jenazah 3 mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 24/8/2014, untuk istiadat penghormatan – sumber

Anak Kapal :

1) Mohd Ghafar Abu Bakar

Penumpang :

1) Ng Shi Ing

Nota : Identiti jenazah ketiga dirahsiakan atas permintaan keluarga.

92 Comments

  1. Takziah buat keluarga mangsa MHI7 samada yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam. Hikmah yang tersirat sudah pasti ianya adalah pelajaran dan pengajaran buat kita semua. Sentiasa la kita semua perbetulkan yang mana silap sebelum kita di beri dugaan lagi.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!