Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pesta demokrasi Malaysia nampak berbeza selepas kepanasan pilihan raya umum ke-13. Perbezaan ini dapat dilihat daripada pilihan raya kecil Kuala Besut dan terkini pilihan raya kecil Sungai Limau di mana suasananya lebih tenang dan terkawal. Mungkin rakyat sudah letih berpolitik tanpa henti setelah berakhir pilihan raya umum ke-12 sehingga pilihan raya umum ke-13.
Pilihan raya kecil Kuala Besut adalah pilihan raya kecil pertama setelah pilihan raya umum ke-13 setelah wakil rakyat dari Barisan Nasional, Dr. Abdul Rahman Moktar meninggal dunia. Pilihan raya kecil Sungai Limau pula adalah pilihan raya kecil kedua setelah wakil rakyat dari PAS, Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia. Kuala Besut adalah kubu kuat Barisan Nasional manakala Sungai Limau adalah kubu kuat PAS sejak berzaman.
KLIK UNTUK MENANG HADIAH RM40,000 DENGAN CARA MUDAH
Jika di Kuala Besut, rakyat mengekalkan Barisan Nasional untuk pemilihan semua bagaimana pula dengan pilihan raya kecil Sungai Limau. Di atas kertas kelihatan PAS akan terus mengekalkan penguasaan tetapi mungkinkah pengaruh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baru boleh memecah penguasaan PAS.
Lebih daripada 27,287 pengundi Sungai Limau akan keluar mengundi untuk memilih wakil mereka pada 4/11/13 bermula jam 8 am sehingga 5 pm. Siapakah pilihan mereka, adakah Dr. Ahmad Sohaimi Lazim daripada Barisan Nasional, atau Ustaz Mohd Azam Samad daripada PAS? Mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya keputusan pilihan raya kecil Sungai Limau akan diumumkan pada jam 9 pm, 4/11/13. Yang menang atau yang kalah pasti akan ada tanggungjawab yang besar kepada penyokong.
Live Pilihan Raya Kecil Sungai Limau @ Twitter
Live Gambar Pilihan Raya Kecil Sungai Limau @ Utusan Online
Keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Limau (N20)
1. Dr. Ahmad Sohaimi Lazim (BN) : 10998
2. Ustaz Mohd Azam Samad (PAS) : 12105
3. Undi Rosak : 123
Semoga tiada lagi isu ‘Black Out’ semasa pengiraan undi dan pengundi Bangladesh seperti yang diheboh-hebohkan oleh Anwar Ibrahim.
30 Comments
Suka pula bila ada PRK kerana biasanya kalau pilihanraya kecil, suasananya lebih menarik dan meriah kerana semua orang akan tertumpu di kawasan tersebut.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Perjalanan Idea Gila Kini Bermula…
Tahniah buat pemenang pilihan raya kecil sungai limau ini ya. Semoga terus maju jaya. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Never Lose Hope
Hahaha…sungai limau merupakan kawasan moyang wan tinggal. Wan sokong pada PAs yang telah menang di kawasan sunagi limau. Semoga terus berjaya.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
selamat untuk pemenang pemilu moga jadi pemimpin yang adil
Curahan rasa cara langsing sehat @ ..Bahaya Lemak Perut
tahniah buat pemenang..semoga akan berkhidmat untuk rakyat yg memilih
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Lelaki Vs Perempuan : Dalam Bab Belajar
Ada sedikit provokasi semasa proses pilihanraya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Namun, rata-rata rakyat Malaysia cintakan keamanan dan menjalankan proses demokrasi dengan jayanya. Tahniah.
Susah juga hendak mentafsirkan keputusan pilihanraya kali ini kerana terdapat sedikit perbezaan dari segi peratus yang keluar mengundi dari waktu GE13 yang lalu. ,Namun, rata-rata berpendapat terdapat sedikit ‘swing’ pada BN kali ini dan menunjukkan PAS paling mengalami kerugian dari pakatan mereka dalam PR. Wallahualam…
Keputusan di Sg Limau memang sudah dijangka..
walaupun dari serata pelusuk jentera datang..
tapi kempen di sana mengalahkan mengundi untuk sebuah negara…
Bangga pula pengumuman dewan mengundi di sekolah lama..
hehehehhee
Curahan rasa mie @ ..Memborong Cenderahati Di Agung Bali
dah boleh agak dah siapa yang menang. hoho..
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 78
keputusan telah berpihak kepada PAS yang menjadi kubu di sana.
Mungkin ini pilihan yang terbaik orang sana
Curahan rasa sabree hussin @ ..Politik Pejabat, Perlukah Kita Terlibat Sama?
sedikit sebanyak keputusan pilihanraya kecil ini ada pengaruh dari bajet 2014
Curahan rasa kakiblog @ ..Review Blog :happysus.com
PAS menang di kubu kuat mereka dengan majoriti yg berkurangan. Mungkin bajet menyebabkan sebahagian penyokong PAS berpaling tadah.
tunggu siapa yg menang nanti
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Arsenal 2-0 Liverpool: Kalah Di Tangan Kualiti Arsenal
walaupun ini PRK, tetapi ianya salah satu pilihanraya yg meriah dikedua dua belah pihak
Curahan rasa Juan @ ..Page Boikot Barangan Cina DAP (BBCD) Masuk Parlimen
Comments are closed.