Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pesta demokrasi Malaysia nampak berbeza selepas kepanasan pilihan raya umum ke-13. Perbezaan ini dapat dilihat daripada pilihan raya kecil Kuala Besut dan terkini pilihan raya kecil Sungai Limau di mana suasananya lebih tenang dan terkawal. Mungkin rakyat sudah letih berpolitik tanpa henti setelah berakhir pilihan raya umum ke-12 sehingga pilihan raya umum ke-13.
Pilihan raya kecil Kuala Besut adalah pilihan raya kecil pertama setelah pilihan raya umum ke-13 setelah wakil rakyat dari Barisan Nasional, Dr. Abdul Rahman Moktar meninggal dunia. Pilihan raya kecil Sungai Limau pula adalah pilihan raya kecil kedua setelah wakil rakyat dari PAS, Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia. Kuala Besut adalah kubu kuat Barisan Nasional manakala Sungai Limau adalah kubu kuat PAS sejak berzaman.
KLIK UNTUK MENANG HADIAH RM40,000 DENGAN CARA MUDAH
Jika di Kuala Besut, rakyat mengekalkan Barisan Nasional untuk pemilihan semua bagaimana pula dengan pilihan raya kecil Sungai Limau. Di atas kertas kelihatan PAS akan terus mengekalkan penguasaan tetapi mungkinkah pengaruh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baru boleh memecah penguasaan PAS.
Lebih daripada 27,287 pengundi Sungai Limau akan keluar mengundi untuk memilih wakil mereka pada 4/11/13 bermula jam 8 am sehingga 5 pm. Siapakah pilihan mereka, adakah Dr. Ahmad Sohaimi Lazim daripada Barisan Nasional, atau Ustaz Mohd Azam Samad daripada PAS? Mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya keputusan pilihan raya kecil Sungai Limau akan diumumkan pada jam 9 pm, 4/11/13. Yang menang atau yang kalah pasti akan ada tanggungjawab yang besar kepada penyokong.
Live Pilihan Raya Kecil Sungai Limau @ Twitter
Live Gambar Pilihan Raya Kecil Sungai Limau @ Utusan Online
Keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Limau (N20)
1. Dr. Ahmad Sohaimi Lazim (BN) : 10998
2. Ustaz Mohd Azam Samad (PAS) : 12105
3. Undi Rosak : 123
Semoga tiada lagi isu ‘Black Out’ semasa pengiraan undi dan pengundi Bangladesh seperti yang diheboh-hebohkan oleh Anwar Ibrahim.
30 Comments
tak sabar nak tunggu keputusannya…
Curahan rasa papa mifz @ ..Bagaimana Air Vitagen Boleh Mengejut Anak Anda Daripada Tidur…???
moga2 semuanya tenang…keputusan malam ni diterima dgn hati terbuka
Curahan rasa hafizmd @ ..Siri 4:Ambil Kesempatan Atas Blogger Hebat!
saya pun harapkan begitu…agar demokrasi dijalankan secara telus
Curahan rasa faizal @ ..Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijriah
Di Indonesia lebih dikenal dengan Istilah Pemilihan Daerah baik itu tingkat Provinsi kabupaten dan kota.
karena pemilihan Raya Indonesia akan berlangsung di tahun 2014 tahun depan
Curahan rasa Ferry @ ..Hasil Tes TKD CPNS Honorer K2 2013
semoga yang terbaik buat semua… sabar dan bertenang dalam membuat pilihan untuk masa depan anak bangsa 😀
Curahan rasa yangbaik @ ..Suami yang paling baik
Semoga perjalanan pilihraya kecil Sungai Limau berjalan lancar.Siapa yang menang tahniah 🙂
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Latest FB Ads Marketing Missing Chapter
saya sebagai bakal pengundi,, rasa risau lak,, cemana la bila time saya nanti,,, :'(
jgn risau muja…undilah penuh yakin dgn mata hati =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Siri 4:Ambil Kesempatan Atas Blogger Hebat!
Selamat mengundi kepada semua yang mengundi pada hari ini
Curahan rasa wazy @ ..Komisyen Ke-6 Dari Backlinks.Com
Cerita Pilihan Raya Kecil Sungai Limau (N20) tenggelam berbanding Cerita Final Piala Malaysia. Semoga penduduk Sungai Limau membuat pilihan dengan mata hati dan yang terbaik disisi Nya…
Curahan rasa Hisham Mohamad @ ..2 Tip Berdoa Untuk Diamalkan
Selamat mengundi….pilihan terbaik di tangan pengundi,bijak lah bt kputusan
Selamat mengundi bagi mereka yang mengundi. Ingat akan tanggungjawab anda kepada agama dan negara
P.s. Nape takleh nak letak backlink ye?
Selamat mengundi bagi masyarakat Sungai Limau, Malaysia. Semoga menghasilkan pilihan yang terbaik bagi kemajuan dan kesejahteraan semua masyarakat Sungai Limau.
Curahan rasa Dawaihati @ ..MurahMall Toko Online Jam Tangan Murah
Semoga pengundi membuat pilihan yangbterbaik..selamat mengundi
Curahan rasa cikgu naman @ ..Perjalanan Sang Kijang
semoga pengundi di kawasan tersebut keluar mengundi memilih wakil mereka.. dengan aman..
Curahan rasa KiD @ ..Bajet Terbaik Rakyat Malaysia 2014
semoga sesi pengundian berjalan lancar…dan tiada berlakunya perkara yang tidak ‘diingini’
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Kenangan SPM Aku
Comments are closed.