Final Piala Malaysia – Kelantan atau Pahang ?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, selain mata aku tertumpu kepada pelawanan Arsenal vs Liverpool pada jam 1.30 am, 3/11/13 pasti perlawanan Final Piala Malaysia Kelantan vs Pahang menjadi tumpuan. Kecewa juga pasukan kesayangan Johor Darul Takzim hanya layak di peringkat suku akhir.

Dunia bola sepak Malaysia hangat dengan perlawanan Final Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 8.45 malam 3/11/13 (Ahad) ini di Stadium Shah Alam. Pelbagai ramalan dibuat oleh para penyokong. Apa yang pasti masing-masing akan menyokong pasukan kegemaran masing-masing. Apa pula pilihan anda yang bukan anak jati mana-mana pasukan dua negeri ini? Jom kongsikan pasukan pilihan anda dalam komen di bawah.

Sedikit info kedua-dua pasukan yang akan bertanding hebat pada malam Ahad nanti.

Barisan pemain Kelantan FA 2013
Kelantan FA 2013 – kredit gambar: sokernet.com

[box type=”shadow”]

Pasukan Kelantan – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan Football Association – KAFA) merupakan salah sebuah persatuan bola sepak di Malaysia yang mewakili negeri Kelantan Darul Naim. Pasukan yang lebih dikenali sebagai Pahlawan Merah (The Red Warriors) ini berpangkalan di Jajahan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Stadium utama pasukan Kelantan FA ialah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang berkapasiti 30,000. Pasukan ini merupakan salah satu pasukan yang bersaing dalam Liga Super Malaysia, iaitu liga tahap tertinggi dalam Liga Malaysia. sumber – Wikipedia[/box]

Kontes Video Funderful Yeo's

Barisan pemain pasukan pahang yang bersemangat untuk memenangi Piala Malaysia
Bersemangat untuk merebut Piala Malaysia 2013

[box type=”shadow”]

Pasukan Pahang – Persatuan Bola Sepak Pahang merupakan persatuan yang menguruskan dan mewakili pasukan bola sepak negeri Pahang. Pasukan ini berpangkalan di Kuantan. sumber – Wikipedia

[/box]

Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan Final Bola Sepak Piala Malaysia pada malam Ahad ini. Debaran siapakah yang akan muncul sebagai juara pastinya membuatkan ramai tidak senang duduk. Kepada yang akan pergi menonton di stadium, diharap dapat menghormati antara satu sama lain. Diberitakan sempena perlawanan malam Ahad ini, sistem kawalan keselamatan paling ketat telah disediakan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Keputusan Kelantan vs Pahang : 0 – 1  

Bersama-sama kita menjadi penyokong sukan yang tidak terlalu mengikut emosi. Memang seronok dan meriah apabila berada dalam suasana menyokong pasukan kegemaran kita, tetapi keselamatan antara satu sama lain perlu kita utamakan.

Tahniah kepada Pahang kerana berjaya menjulang Piala Malaysia 2013.


Spread the love

31 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!