Peluang untuk Menangi RM40,000 dengan Kontes Mudah

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada pelbagai cara untuk buat duit secara online selain menjual iklan, menjual produk dan menyertai program affiliate ada satu cara lagi yang menjadi tumpuan sebahagian daripada kita iaitu dengan menyertai kontes. Pelbagai kontes yang dianjurkan secara online menyediakan hadiah yang lumayan untuk disertai dan merancang strategi yang betul untuk menang. Mungkin kita juga ada peluang seperti Blogger Eyriqazz yang menang hadiah RM25,000.

Sempena kempen “Stay Health with Yeo’s, Lead A Joyful Life“, Yeo’s menganjurkan satu kontes yang menyeronokkan diberi nama Yeo’s Funderful Video Contest 2013. Kempen ini membawakan konsep hidup sihat dan gembira bersama-sama Yeo’s. RM40,000 satu jumlah hadiah yang sangat besar untuk dimenangi.

Anda hanya perlu rakam video yang menyeronokkan dan kreatif untuk menyertai kontes ini. Ajak rakan-rakan anda, rakam video dengan idea yang difikirkan paling menarik, kemudian hantar penyertaan untuk kontes ini. Apa yang penting ianya mestilah menyeronokkan, lain daripada yang lain dan boleh berkongsi kegembiraan (gelak tawa) bersama mereka yang menontonnya. Mudah bukan?

Yeo's Funderful Video Contest dengan hadiah RM40,000
Klik gambar untuk saiz yang lebih besar

[box type=”shadow”]
Apa yang anda perlu tahu mengenai kontes ini:

  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, dengan mendaftar sebagai kumpulan (beserta senarai penuh ahli kumpulan) ataupun mendaftar secara individu.
  • Anda boleh menghantar video anda menggunakan online transfer ataupun emailkan kepada Yeo’s seperti yang termaktub dalam terma dan syarat kontes.
  • Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kontes ini sila ke Halaman Yeo’s Funderful Video Contest ataupun hubungi wakil media Yeo’s di 03-7787 3553 atau 03-7787 3811 atau email ke publicrelations@yeos.com untuk penerangan lanjut.

[/box]

Kontes ini memang menarik kerana hadiah yang ditawarkan adalah sangat lumayan, sejumlah lebih RM40,000 disediakan untuk kontes ini. Antaranya adalah:

Hadiah Utama

  • Tempat Pertama akan menerima wang tunai RM20,000 dan Produk Yeo’s
  • Tempat Kedua akan menerima wang tunai RM5,000 dan Produk Yeo’s
  • Tempat Ketiga akan menerima wang tunai RM3,000 dan Produk Yeo’s
  • 7 hadiah saguhati berupa wang tunai RM1,000 dan Produk Yeo’s

Hadiah Istimewa

  • Video yang mempunyai jumlah tontonan terbanyak akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000

Memang menarik hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk kontes ini. Apa tunggu lagi, ajak rakan-rakan anda untuk bersama-sama dalam kontes yang bermula pada hari ini 1 November. Serlahkan kreativiti anda dalam seni merakam video, ajak rakan-rakan, saudara mara dan semua kenalan anda untuk memeriahkan lagi kontes ini. Peluang untuk memenangi hadiah lumayan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Kontes Video Funderful Yeo's
Klik gambar untuk sertai kontes ini.

152 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!