Makan Malam Perdana Menteri Bersama Rakan Online
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada bulan Mac 2010 aku telah mendapat jemputan minum teh bersama DS Najib Razak, Perdana Menteri, Malaysia. Kemudian blog denaihati telah diterjah oleh PM dan komen aku telah dijawap sendiri secara bertulis dan video di blog 1Malaysia. Di atas kejayaan Majlis Jamuan Petang 1Malaysia bersama PM, DS Najib Razak bercadang untuk mengadakan Majlis Makan Malam Perdana Menteri bersama Rakan Online.

Pesanan daripada DS Najib Razak : “Selepas majlis jamuan petang bulan Mac yang lalu, sukacita saya menganjurkan satu majlis makan malam bersama rakan-rakan online. Datang berjumpa dengan rakan-rakan senegara dan sertai sesi dialog bersama saya.”
Tarikh : 4/11/2010
Masa : 8pm
Tempat : Seri Perdana, Putrajaya
Jika ANDA berminat untuk menjadi seperti aku menjadi tetamu PM sila DAFTAR DI SINI.
