Keputusan Pilihan Raya Kecil Merlimau dan Kerdau

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sebahagian besar pemerhati dan pengiat aktif politik sedang menunggu keputusan pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau. Pilihan raya kecil kedua DUN perlu diadakan setelah menyandang dari Barisan Nasional meninggal dunia. Pilihan raya kecil adalah pentas kepada ahli politik untuk menabur janji menunjukkan kehebatan di hadapan rakyat.

Perang Bendera Pilihanraya

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya, kematian ADUN merupakan kesedihan kepada keluarga tetapi kegembiraan kepada masyarakat. Pilihan raya kecil adalah pengerak ekonomi setempat dimana berjuta-juta wang akan bergerak dari tangan ketangan melalui bisnis makanan, sewa rumah dan hotel, sewa khemah, pengangkutan, upah pekerja dan wang atas dan bawah meja. Pilihan raya kecil ibarat durian runtuh.

Keputusan pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau tidak menjadi keutamaan kepada masyarakt yang sudah bosan dengan kerenah ahli politik. Sebahagian masyarakat menganggap ahli politik adalah kaki kacau yang sentiasa ingin melihat negara tidak stabil demi kepentingan politik. Ahli politik berjuang bermatian untuk mendapat kedudukan untuk kepentingan sendiri. Hanya segelintir ahli politik yang sentiasa berada di padang berjuang untuk rakyat yang lain lebih suka dipuji-puji oleh pengikut sendiri.

Keputusan pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau mungkin akan menjadi tanda bahawa pilihan raya umum ke 13 semakin dekat. Kepada rakyat Malaysia yang sudah layak mengundi pastikan ada mendaftar sebagai pengundi jika tidak anda berdosa kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat untuk memilih pemimpin yang paling layak memerintah Malaysia. Tanggungjawab yang gagal disempurnakan akan disoal kelak di akhirat nanti.

Pemenang pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau seperti sudah dijangka. Kenapa tak percaya ke?

KEPUTUSAN : BN wins both Merlimau (majority 3,623 votes) Kerdau (majority 2,724).

29 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!