Pilihan Raya Kecil Sungai Limau Pesta Demokrasi
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pesta demokrasi Malaysia nampak berbeza selepas kepanasan pilihan raya umum ke-13. Perbezaan ini dapat dilihat daripada pilihan raya kecil Kuala Besut dan terkini pilihan raya kecil Sungai Limau di mana suasananya lebih tenang dan terkawal. Mungkin rakyat sudah letih berpolitik tanpa henti setelah berakhir pilihan raya umum ke-12 sehingga pilihan raya umum ke-13.
Pilihan raya kecil Kuala Besut adalah pilihan raya kecil pertama setelah pilihan raya umum ke-13 setelah wakil rakyat dari Barisan Nasional, Dr. Abdul Rahman Moktar meninggal dunia. Pilihan raya kecil Sungai Limau pula adalah pilihan raya kecil kedua setelah wakil rakyat dari PAS, Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia. Kuala Besut adalah kubu kuat Barisan Nasional manakala Sungai Limau adalah kubu kuat PAS sejak berzaman.
KLIK UNTUK MENANG HADIAH RM40,000 DENGAN CARA MUDAH
Jika di Kuala Besut, rakyat mengekalkan Barisan Nasional untuk pemilihan semua bagaimana pula dengan pilihan raya kecil Sungai Limau. Di atas kertas kelihatan PAS akan terus mengekalkan penguasaan tetapi mungkinkah pengaruh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baru boleh memecah penguasaan PAS.
Lebih daripada 27,287 pengundi Sungai Limau akan keluar mengundi untuk memilih wakil mereka pada 4/11/13 bermula jam 8 am sehingga 5 pm. Siapakah pilihan mereka, adakah Dr. Ahmad Sohaimi Lazim daripada Barisan Nasional, atau Ustaz Mohd Azam Samad daripada PAS? Mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya keputusan pilihan raya kecil Sungai Limau akan diumumkan pada jam 9 pm, 4/11/13. Yang menang atau yang kalah pasti akan ada tanggungjawab yang besar kepada penyokong.
Live Pilihan Raya Kecil Sungai Limau @ Twitter
Live Gambar Pilihan Raya Kecil Sungai Limau @ Utusan Online
Keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Limau (N20)
1. Dr. Ahmad Sohaimi Lazim (BN) : 10998
2. Ustaz Mohd Azam Samad (PAS) : 12105
3. Undi Rosak : 123
Semoga tiada lagi isu ‘Black Out’ semasa pengiraan undi dan pengundi Bangladesh seperti yang diheboh-hebohkan oleh Anwar Ibrahim.

