Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
satu tajuk yang memerlukan kupasan yang lebih lanjut oleh mereka yang pakar dan berpengalaman adalah mengenai ROGOL.
Rogol adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah yang sangat serius. Definasi teknikal untuk “rogol” merangkumi sebarang serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, tetapi dalam penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan seksual.
Wacana Sinar siri ke 51 membawa tajuk Perogol Dalam Rumah! yang membawakan ahli panel Prof Dr Muhaya, Abjda Dato’ Zulkifli, Kamal Effendi dan Dr. Mazlena. Moderator bagi wacana kali ini adalah Datuk Abd Jalil Ali.
Perkara rogol adalah serius
Persepsi masyarakat mengenai rogol adalah bila berlakunya hubungan jenis antara lelaki dan perempuan atau persetubuhan dengan elemen-elemen paksaan dan keganasan. Tetapi dari segi Kanun Keseksaan Seksyen 375 Rogol, definasinya adalah :
Seseorang lelaki adalah dikatakan melakukan “rogol” jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan seperti berikut :
a) bertentangan dengan kemahuan perempuan itu;
b) dengan tiada kerelaan perempuan itu;
c) dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut;
d) dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan memberi kerelaan;
e) dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan;
f) dengan kerelaan perempuan itu, apabila kerelaanya didapati dengan menggunakan kedudukannya yang berkuasa ke atas perempuan itu atau atas sebab hubungan profesional atau lain-lain hubungan amanah berkaitan dengannya;
g) sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak, apabila perempuan itu di bawah umur 16 tahun.
Jika di Malaysia, majoriti mengetahui bahawa perogol adalah hanya lelaki dan ada juga kes di luar negara mana perogol adalah wanita. Penjenayah rogol ini sangat positif dan merancang dengan baik kerana mereka merancang terlebih dahulu sebelum melakukan jenayah rogol tersebut.
Di sini terletak betapa pentingnya pendidikan di sekolah mengenai perkara ini. Seharusnya anak-anak diajar di sekolah untuk mengetahui mengenai apa yang patut dibuat atau apa yang tak patut dibuat, seperti contoh bahagian yang tak sepatutnya dipegang. Dalam hal ini, konteks ajaran Islam mengenai aurat sesama mahram amat penting.
Kembali kepada asas, aurat perlu dijaga sama ada di dalam atau di luar rumah.
Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatasusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi maha mengasihani.”
Bukti berlakunya kes rogol
Seseorang yang ditangkap tidak semestinya bersalah dan hak bukan sahaja untuk si mangsa, tetapi hak kepada yang dituduh. Dalam pembuktian, perlu gunakan istilah yang jelas. Masyarakat perlu diajar bagaimana untuk menjaga diri sendiri dan tak perlu terlalu berkias dalam bercerita.
Tanpa pembuktian, pendakwaan mungkin tidak boleh dilakukan. Dalam jenayah seksual ini, terdapat banyak akta-akta yang merangkumi pelbagai jenis jenayah, yang ada hampir sama macam rogol dan ada yang hukuman lebih berat.
Kes rogol pada zaman dahulu dan sekarang tetap sama. Tetapi jumlah keganasannya sahaja berbeza yang mana kini menyebabkan mangsa sehingga dibunuh. Rogol adalah jenayah yang boleh dibanteras. Istilah sumbang mahram terlalu lembut bagi seorang perogol yang duduk dalam rumah dengan mangsa.
Masalah rogol juga ada banyak peringkat. Setiap peringkat adalah berbeza. Ramai ibu takut untuk lindungi anak perempuannya daripada dirogol bapa kerana takut hilang mata pencarian atau secara mental didera oleh suaminya. Keluarga perlu bangkit memerangi jenayah rogol dalam rumah. Ibu bapa perlu tahu peranan masing-masing.
Ibu atau mangsa sendiri perlu tahu saluran yang betul untuk mengadu jenayah rogol yang berlaku dalam rumah. Negara kita punyai undang-undang mengenai rogol dan kesemua masyarakat perlu mengambil berat tentang hal ini kerana melibatkan maruah, agama dan institusi kekeluargaan.
97 Comments
Jenayah rogol semakin berleluasa akibat terlalu terdedah kepada telnologi seperti telefon bimbit.
Malah tiada kawalan daripada ibu bapa sendiri antara punca ia terjadi.
Pendidikan awal sangat penting terutama daripada ibu bapa sendiri bagi mencegah perkara ini berlaku.
Didilan agama adalah yang paling utama.
Curahan rasa HIDAYAH AZMAN @ ..APA ITU VIVIX, POLYPHENOL & RESVERATROL
Tanpa didikan agama yang betul, sistem kekeluargaan akan menjadi kucar kacir. Kita sebagai ibubapa kena mula mendidik anak anak dengan asas agama dan budi pekerti yang mulia sejak mereka dari kecil lagi, agar ia sebati dalam diri mereka. Seterusnya menjadi peganggan mereka yang kukuh bila dewasa nanti.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Sekarang ni dah jadi fenomena kerosakan akhlak
Semoga kita sama sama usaha perbaiki kerosakan ini sebelum ia bertambah parah
mula dengan keluarga sendiri
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Patutlah cara rawatan kencing manis kurang berjaya! Ini sebabnya
Ayuh kita kembali kepada ajaran agama Allah SWT. Islam lengkap dengan segala-galanya. Jika pendidikan Islam diberi penekanan yang sewajarnya di sekolah dan bermula dengan baik di rumah. InsyaAllah itulah jalan penyelesainnya.
Curahan rasa hafizmd @ ..Cara Cepat Mudah Kuruskan Badan dengan 6Tropin Fat Burner
sangat memalukan jika perkara mcm ni berlaku. sbb tu pentingnya agama, dan pendidikan seks.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Delete Akaun Facebook
Setuju. Dalam agama sudah cukup utk mendidik anak2 ttg batas pergaulan. Sayangnya, subjek agama seolah-olah dipandang kurang diberi penekanan.
Curahan rasa hafizmd @ ..Temuduga SPA Dah Dekat? Nak Lulus Temuduga? Baca 7 Tips Ini Untuk Membantu Anda Lulus Temuduga Kerja Kerajaan!
Semoga kita sentiasa berada di dalam lindungan dan jagaan Allah SWT. Dijauhkan dari perkara2 yang buruk. Amin
Curahan rasa Nur Razali @ ..Promosi Vivix Murah Kembali Lagi
aminn. Moga kita dan keluarga juga diberi hidayah dan perlindungan oleh Allah taala dripada perkara2 buruk seperti ni.
Curahan rasa hafizmd @ ..Temuduga SPA Dah Dekat? Nak Lulus Temuduga? Baca 7 Tips Ini Untuk Membantu Anda Lulus Temuduga Kerja Kerajaan!
semoga dijauhkan daripada keturunan kami. perogol tak takut hukuman pun, sebab tu berani buat
Curahan rasa Raihanah @ ..CoQ-Trol Shaklee Produk Terbaik Untuk Jantung
kesedaran amat penting.
tiada kesedaran memang susah jadi.
kes rogol keluarga sendiri adalah perbuatan yang terkutuk
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jodoh Anak Dara Dengan Suami Orang
Selain daripada melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti yang diajar dalam agama Islam… Kita juga perlu berdoa supaya kejadian ini tidak berlaku dalam keluarga kita
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Cukup menyedihkan tapi inilah situasi yg berlaku sekarang. moga kita dijauhkan daripada perkara2 terkutuk seperti ini.
Curahan rasa hafizmd @ ..Temuduga SPA Dah Dekat? Nak Lulus Temuduga? Baca 7 Tips Ini Untuk Membantu Anda Lulus Temuduga Kerja Kerajaan!
marilah kita berdoa semoga dijauhkan perkara terkutuk terkena pada diri dan keluarga dari sumbang mahram..
aamiin..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jodoh Anak Dara Dengan Suami Orang
Amin… Sebolehnya semua orang nak elakkan diri daripada berhadapan dengan ujian sebegini… Semoga iman dapat mengawal nafsu…
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Manakala iman di hati melemah, maka diri ini tak akan mampu menahan godaan hawa nafsu yang terkadang tidak direncanakan. Niat bisa tiba2 saja muncul jika kesempatan nya luas, kalo iman dikuatkan godaan macam apapun bisa dilawan. Pendidikan moral sepertinya harus digalakkan lagi dari sejak dini hingga masa dewasa sekalipun harus tetap menjaga nilai moral yang ada
Curahan rasa mengembalikan archive instagram @ ..Tutorial Cara Mengembalikan Archive di Instagram
Betul… Agama Islam dan amalan-amalan yang perlu dilaksanakan sebagai seorang umat Islam dapat memainkan peranan besar untuk menagani gejala ini…
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Kata orang lebih baik mencegah daripada mengubati…
Seorang lelaki perlu menundukkan pandangan bila berhadapan dengan kaum wanita, walaupun sesama muhrim…
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Kaum wanita pula perlu sentiasa menjaga aurat dan batasan pergaulan walupun dengan ahli keluarga sendiri atau sesama muhrim…
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Sebab tu kita disuruh asingkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan dalam sebuah rumah… Walaupun dengan adik beradik…
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Mungkin hukuman yang setimpal adalah penjara seumur hidup sama seperti membunuh. Kerana perogol telah membunuh ”masa depan” mangsa yang dirogolnya.
Curahan rasa McYanni @ ..Amalkan 10 Tip Ini Supaya Kerja Menjadi Seronok Dan Bukan Satu Beban | wilayahkerja.com
satu cadangan yang boleh dipertimbangkan..
memang bagus juga kalau ada hukuman berat..supaya ada kesedaran kepada orang yang belum melakukannya..
kempen besar-besaran perlu dilakukan
Curahan rasa mrrhanafi @ ..9 Teknik SEO 2018 Yang Terbaik
Bagus juga idea tu..
Beratkan lagi hukuman sedia ada kepada progol..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Kesalahan perogol sebenarnya lebih teruk daripada kesalahan berzina.. sebab melakukan hubungan seks kepada mangsa dengan paksaan..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Dalam hukum hudud orang yang berkahwin jika berzina boleh di rejam sampai mati..
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Hukum hudud bagi orang yang berzina sebelum berkahwin juga berat.. walaupun pada dasarnya mereka melakukan hubungan seks dengan kerelaan masing2..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Jadi, pesalah untuk kes rogol ni seharusnys jauh lebih berat daripada direjam sampai mati..
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Ini disebabkan Iman dalam diri sudah menipis. Sebaik-baik pencegahan adalah meningkatkan kefahaman agama (ilmu) dan amalan untuk menguatkan iman.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kalau Ikut 8 Cara Ini, Boleh Untung 5 Angka Sebulan Walau Kau Berniaga Burger Tepi Jalan | ahmadyani.com
SubhanAllah. Betul tu tuan.. inilah kesan bila iman sudah nipis.. iman tidak dapat lagi membendung diri daripada kemungkaran..
Curahan rasa anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Iman sudah tidak dapat lagi membendung diri daripada melakukan kezaliman.. walau kepada ahli keluarga sendiri..
Curahan rasa anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
akal dan nafsu saling mempengaruhi…
jika yang tewas akan mendatangkan bencana..
benteng terakhir seorang itu untuk tidak melakukan kejahatan ialah iman
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
agak keras tajuk ni. tapi itulah yang sebarnya berlaku dalam masyarakat.
Curahan rasa Manan @ ..Hampa dengan Pameran, Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2017
Teringat lagi semasa dengar ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Adnin Roslan (Tarbiah Sentap) di PSIS
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Statistik Penzinaan, sumbang mahram, kes rogol, hubungan sex tanpa ikatan perkahwinan yang dilaporkan di Malaysia cukup membimbangkan..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Itu yang dilaporkan atau yang terkantoi.. yang tak berjaya dikesankan atau aib mereka disembunyikan Allah S.W.T tentu lebih ramai lagi..
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Bila kita tengok statistik-statistik tersebut… memang cukup menakutkan.. dan yang lebih menyedihkan kebanyakan pelaku termasuk mereka yang beragama Islam..
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
kita doakan mereka yang terlibat kembali ke pangkal jalan…
pintu taubat sentiasa terbuka untuk mereka
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
macam pelik juga kalau perempuan rogol lelaki..
pelik dan sangat pelik tu..
kaalau boleh wajib dijaukan dari kita semua
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
Dekat luar negara terutamanya dekat barat macam-macam benda pelik boleh berlaku.. huhuhu..
Ada kalanya di luar batasan pemikiran manusia yang bertamadun..
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
tulah apabila manusia yang terlalu mengagungkan tamadun…
tamadun yang telah dirosak oleh akhlak yang jelek…
lebih-lebih lagi dalam bab nafsu dan rogol begini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
betul.
malang memang tak berbau.
sentiasalah berhati-hati dan berikan anak kita lebih banyak peluang untuk tahu ilmu-ilmu macam ini.
Curahan rasa titan @ ..Doktor Gigi yang COMEL.
tutuplah peluang sebaik mungkin…
saya rasa faktor terbaik memberi kesedaaran yang tinggi kepada ahli keluarga
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
ingat dulu page wardina pernah utarakan isu ni.
menyirap bila tengok pemangsanya adalah ayah, atuk, abang, pak cik sendiri..orang yang rapat dan sepatutnya jadi tempat bergantung.
dan mangsa pulak tak berani nak bagitau orang lain.
mengadu kat mak, mak tak percaya..silap-silap si mangsa tu pulak yang dimarah dan dipukul..
Curahan rasa Amir Mazlan @ ..Cara buat duit dengan affiliate edisi bongkar abis (Episod 2)
Ini yang dikatakan harapkan pagar-pagar makan padi… atau haruan makan anak.. huhuhu.
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Rosak masyarakat kita dengan keadaan macam ni.. lebih menyedihkan kejadian ini dilakukan oleh orang Islam..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Bila berita tersebut tersebar dibada-dada akhbar dan media sosial.. secara tidak langsung telah mencemarkan agama Islam..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Macamana kita nak mengajak orang yang bukan beragama Islam untuk memeluk agama Islam? Kalau masih ada orang islam yang berperangai lebih teruk daripada orang bukan Islam..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Harapkan burung pegar, burung pegar makan padi, itu yang tepat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
burunng pegar ke tuan..
baru saya tahu..
kalau begitu jangan jadi ikan haruan..
anak sendiri pun sanggup dirosakkan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
Comments are closed.