Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
cuti sekolah hujung tahun sudah tiba dan pelbagai aktiviti serta program yang dijalankan di seluruh Malaysia. Bagi ibu bapa, inilah sedikit ruang masa yang ada untuk bersama keluarga di waktu cuti sekolah. Ada yang bawa bercuti ke luar negara mahupun dalam negara.
Pada hujung minggu yang lalu, telah berlangsung Karnival Upin Ipin 2017 di MAEPS, Serdang seperti yang diadakan pada tahun 2015.
Kali ini, dengan lokasi yang cukup luas dan ruang yang besar, Karnival Upin Ipin 2017 bertemakan #UpinIpinLuarBiasa menarik cukup ramai pengunjung untuk kali ini.
Karnival Upin Ipin yang berlangsung pada 24 hingga 26 November 2017 ini terbahagi kepada dua dewan iaitu dewan A dan dewan C. Ada pengunjung yang telah membuat belian tiket secara atas talian dan ada juga yang terus membeli di kaunter tiket.
Dewan Utama (Dewan A)
Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan
Ultraman Ribut
Puteri Limau
Pada Zaman Dahulu
Upin & Ipin The Musical
Dewan Magik (Dewan C)
Alam Dino
Rumah Opah
Bergambar di Tadika Mesra
Bergambar bersama Ultraman Ribut
Berinteraksi bersama Kak Ros
Pastinya yang juga ditunggu-tunggu di karnival ini adalah kehadiran Ultraman Ribut yang dibawa khas oleh pihak Tsuburaya, Jepun. Mungkin ramai sebelum ini hanya melihat Ultraman di kaca televisyen, namun pada tahun 2015 dan kali ini tahun 2017, Karnival Upin Ipin membawakan Ultraman Ribut untuk peminat-peminat cilik dan dewasa.
Ultraman Ribut di Karnival Upin Ipin 2017
Disamping itu juga ada pelbagai aktiviti yang menarik dengan jadual yang disediakan kepada pengunjung yang datang daripada pelbagai lokasi jauh dan dekat. Karnival ini dirasmikan pada 24 November 2017 oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Yeop selaku Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Ini menunjukkan Upin Ipin sudah berada di tahap dunia di mana sudah memenangi pelbagai anugerah, kolaborasi dan juga sambutan luar biasa di luar negara. Les Copaque yang mempunyai lebih sejuta subscriber Youtube juga telah dianugerahkan Silver dan Gold Button oleh pihak Youtube.
Taman Tema Upin Ipin
Pasti ramai yang masih tertunggu-tunggu tentang pembinaan Taman Tema Upin Ipin yang menelan belanja billion ringgit. Sejak tahun 2012 lagi, pihak Les Copaque sedang mencari dana pelabur bagi merealisasikan Taman tema Upin Ipin di China dan Malaysia. Ia bakal dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 5.7 kilometer persegi.
Selain filem dan animasi, Les’ Copaque turut mengeluarkan pelbagai rangkaian barangan Upin Ipin, makanan dan minuman, akademi latihan, rangkaian restoran serta aplikasi dan permainan.
Kini Les Copaque Production Sdn Bhd sudah perlu memikirkan sambutan yang luarbiasa ini dengan cadangan karnival selama seminggu. Dan ramai juga masih menantikan filem Upin Ipin terbaru yang berkemungkinan ditayangkan pada tahun 2018.
Dengan sokongan pelbagai pihak, sudah pasti ramai lagi peminat-peminat siri animasi ini akan hadir dalam dan luar negara.
Betul Betul Betul!!!
60 Comments
terima kasih udah d share artikel nya sangat menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Tak berkesempatan nak bawa anak-anak ke karnival ni sebab ibunya sarat mengandung. Tak larat nak hadap orang yang terlalu ramai.
InsyaAllah next year kalau buat seminggu mungkin boleh plan
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Cetaphil Baby untuk Anak yang Sering Menggaru Gatal-gatal
upin ipin is the best cartoon for children . sesuai utk smua lpisan umur
Curahan rasa TAHZ @ ..3 Komplikasi Penyakit Hepatitis B Kronik Yang Mesti Diketahui
Setiap siri kartun Upin & Ipin yang disiarkan di Televisyen sangat memberi kesan kepada minda anak-anak..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Sebagai contoh, dua orang anak saya baru berkhatan semalam… sebelum berkhatan kalau perasan ada beberapa kali episod Upin & Ipin berkhatan disiarkan di television… secara tidak langsung telah menguatkan semangat anak saya sebelum berkhatan..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Upin & Ipin nampaknya sesuai untuk menjadi salah satu ikon yang membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa!
Curahan rasa sabree hussin @ ..SilaTiga GuestHouse KL – Homestay di Wangsa Maju yang PERFECT untuk korporat, bisnes mahupun personal
memang luar biasa setiap kali karnival upin ipin ni.. tak pernah mengecewakan kan
Curahan rasa JMR @ ..6 Perkara Penting Dalam Mendidik Anak Lelaki.
Anak mama pun suka tengok upin ipin
tak jemu jemu lihat ulang kali
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Patutlah cara rawatan kencing manis kurang berjaya! Ini sebabnya
Betul tu… Terutamanya semasa di dalam kereta bila melibatkan perjalanan yang jauh… tak habis-habis diulang tayang episod Upin & Ipin Puasa dan Raya disamping movie Upin & Ipin Gang…
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Sehinggakan anak-anak saya masing-masing dapat hafal dialog yang dipetuturkan dari mula sampai habis… huhuhu..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Betul betul betul…sayangnye terlepas plak karnival ni..hoho
makin dekat mereka dengan penyokong cilik..terbaiklah!
Curahan rasa hafizmd @ ..Hydro Whey Mesotropin Bina Otot – Bina otot & Kuruskan Badan dengan Whey Protein Mesotropin
Kalau bawa anak dan anak buah mesti pening kepala nak jaga sebab diorang peminat Ultraman dan Upin Ipin..
Curahan rasa zool @ ..Pahang sah tidak sertai Piala AFC, Selangor terpaksa menunggu
Memang menarik kalau dpt pergi…lokasi pon strategik, waktu pon tepat masa cuti sekolah
Curahan rasa Hakim @ ..Tips Skor A Biologi SPM 2017
Sebenarnya ni memang masa yang paling ideal untuk menganjurkan Karnival Upin & Ipin.. tapi sayangnya ada juga ibu bapa yang terikat dengan tugas dan urusan lain pada masa tersebut… nak buat macam mana bukan rezeki anak2..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
memang best la kalau dapat pergi tu..
memang meriah kalau kita tengok gambar..
upin dan ipin sekarang semakin mendapat tempat dalam hati peminat kartun
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
Dapat tengok gambar Upin & Ipin ni pun dah rasa seronok dah.. dah rasa excited nak pergi… tapi sayangnya ada urusan lain pada ketika itu..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Comments are closed.