Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
satu tajuk yang memerlukan kupasan yang lebih lanjut oleh mereka yang pakar dan berpengalaman adalah mengenai ROGOL.
Rogol adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah yang sangat serius. Definasi teknikal untuk “rogol” merangkumi sebarang serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, tetapi dalam penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan seksual.
Wacana Sinar siri ke 51 membawa tajuk Perogol Dalam Rumah! yang membawakan ahli panel Prof Dr Muhaya, Abjda Dato’ Zulkifli, Kamal Effendi dan Dr. Mazlena. Moderator bagi wacana kali ini adalah Datuk Abd Jalil Ali.
Perkara rogol adalah serius
Persepsi masyarakat mengenai rogol adalah bila berlakunya hubungan jenis antara lelaki dan perempuan atau persetubuhan dengan elemen-elemen paksaan dan keganasan. Tetapi dari segi Kanun Keseksaan Seksyen 375 Rogol, definasinya adalah :
Seseorang lelaki adalah dikatakan melakukan “rogol” jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan seperti berikut :
a) bertentangan dengan kemahuan perempuan itu;
b) dengan tiada kerelaan perempuan itu;
c) dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut;
d) dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan memberi kerelaan;
e) dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan;
f) dengan kerelaan perempuan itu, apabila kerelaanya didapati dengan menggunakan kedudukannya yang berkuasa ke atas perempuan itu atau atas sebab hubungan profesional atau lain-lain hubungan amanah berkaitan dengannya;
g) sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak, apabila perempuan itu di bawah umur 16 tahun.
Jika di Malaysia, majoriti mengetahui bahawa perogol adalah hanya lelaki dan ada juga kes di luar negara mana perogol adalah wanita. Penjenayah rogol ini sangat positif dan merancang dengan baik kerana mereka merancang terlebih dahulu sebelum melakukan jenayah rogol tersebut.
Di sini terletak betapa pentingnya pendidikan di sekolah mengenai perkara ini. Seharusnya anak-anak diajar di sekolah untuk mengetahui mengenai apa yang patut dibuat atau apa yang tak patut dibuat, seperti contoh bahagian yang tak sepatutnya dipegang. Dalam hal ini, konteks ajaran Islam mengenai aurat sesama mahram amat penting.
Kembali kepada asas, aurat perlu dijaga sama ada di dalam atau di luar rumah.
Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatasusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi maha mengasihani.”
Bukti berlakunya kes rogol
Seseorang yang ditangkap tidak semestinya bersalah dan hak bukan sahaja untuk si mangsa, tetapi hak kepada yang dituduh. Dalam pembuktian, perlu gunakan istilah yang jelas. Masyarakat perlu diajar bagaimana untuk menjaga diri sendiri dan tak perlu terlalu berkias dalam bercerita.
Tanpa pembuktian, pendakwaan mungkin tidak boleh dilakukan. Dalam jenayah seksual ini, terdapat banyak akta-akta yang merangkumi pelbagai jenis jenayah, yang ada hampir sama macam rogol dan ada yang hukuman lebih berat.
Kes rogol pada zaman dahulu dan sekarang tetap sama. Tetapi jumlah keganasannya sahaja berbeza yang mana kini menyebabkan mangsa sehingga dibunuh. Rogol adalah jenayah yang boleh dibanteras. Istilah sumbang mahram terlalu lembut bagi seorang perogol yang duduk dalam rumah dengan mangsa.
Masalah rogol juga ada banyak peringkat. Setiap peringkat adalah berbeza. Ramai ibu takut untuk lindungi anak perempuannya daripada dirogol bapa kerana takut hilang mata pencarian atau secara mental didera oleh suaminya. Keluarga perlu bangkit memerangi jenayah rogol dalam rumah. Ibu bapa perlu tahu peranan masing-masing.
Ibu atau mangsa sendiri perlu tahu saluran yang betul untuk mengadu jenayah rogol yang berlaku dalam rumah. Negara kita punyai undang-undang mengenai rogol dan kesemua masyarakat perlu mengambil berat tentang hal ini kerana melibatkan maruah, agama dan institusi kekeluargaan.
97 Comments
Seram baca tajuk artikel ini. Tapi inilah hakikat yang sedang berlaku dan pasti akan menjadi parah sekiranya tiada kawalan dan didikan.
Betul seram.. Terutamanya bagi keluarga yang ada anak perempuan… Memang risau dibuatnya…
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Sama-samalah kita berdoa… Semoga kita sekeluarga sentiasa di bawah perlindungan Allah S.W.T…
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
back to basic. didikan agama dan ajaran ibu bapa sgt penting dlm membentuk anak.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Lagu Gegar Vaganza 2017 Suku Akhir
nikkhazami: betul tu. ramai yang terlepas pandang. ianya bukan amik masa yang singkat.
Curahan rasa JMR @ ..Pengalaman Dayyan Ke DEMC Children’s Day Celebration 2017. Meriah! Havoc!
Mama baca dalam warga prihatin sisi masyarakat yang di pandang sebelah mata
kes macam ni dah membarah sebenarnya
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Cara merawat kencing manis dari rumah? Panduan dari A sampai Z!
Antara punca berlaku masalah sosial seperti ini, adalah rapuhnya didikan agama di rumah..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Ketua keluarga gagal untuk melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah S.W.T…
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
besarnya tugas ketua keluarga, anak2 dan isteri juga perlu beri kerjasama
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis My Coffee Prince di Astro Ria
itulah gambaran seorang ketua keluarga..
tangggungjawab dan aamanah..
memang berat juga tu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
Bila agama makin asing dalam masyarakat, orang yang beragama dianggap aneh
Bila belajar agama di jadikan alat mencari duit, ramailah penunggang agama
Sama samalah kita jaga niat
Sebab kan ada peringatan
“Siapa yang belajar agama sebab nak bersaing atau bedebat dengan ulama, memang neraka tempatnya”
Belajar agama sepatutnya semakin berakhlak mulia, bukan sebaliknya
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Senangnya petua awet muda dari pakar kecantikan! Ramai dah cuba
Sama-samalah kita saling ingat mengingati… Rasulullah pun dah berpesan… Iman manusia akhir zaman ni senipis kulit bawang… Bila-bila masa sahaja kita boleh tersasar daripada landasan keimanan
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Walaubagaimanapun, kesedaran tentang iman, penjagaan aurat zaman sekarang semakin tinggi berbanding zaman dulu…. Sebab di sekolah pelajar beragama Islam diwajibkan menutup aurat… Tapi, realitinya dalam hati siapa yang tahu…
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
iman dan takwa yang paling penting.
jika keduanya tetap dijaga.
kemungkian boleh dielakkan hampir 100 peratus
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
Kisah rogol merupakan kisha yang selalu sangat kita dengar di tempat kita. even dalam drama melayu pun ada je scene rogol.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Jadual Gaji Kakitangan Awam 2018
Itulah masalahnya…. Pengaruh dalam TV dan media massa juga boleh mendorong ke arah kegiatan yang kurang baik… huhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
anasir begini wajar untuk dicegah sebelum menjadi parah..
semoga kita dijauhkan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
Hari ini dengan adanya media sosial, ada kemudahan untuk sebarkan maklumat dengan cara yang betul.
Sekurang kurangnya dengan penganjuran forum seperti ini dapat menambah kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga aurat meski pun di dalam rumah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Nilai Hartanah Bakal Menyusut Lagi
Betul tu setuju… Semoga forum seumpama ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap supaya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
kita patut aware dengan perkara ni sbb jenayah rogol tidak boleh diduga.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Lagu Gegar Vaganza 2017 Suku Akhir
Betul… Jiran tetangga perlu bersikap ambil tahu tentang perihal jiran setaman/sekampung..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
hal ini adalah hal serius perlu sekali diketahui agar kita tak menjadi mangsa rogol
Curahan rasa Bujang @ ..10 Ciri Isteri Ideal Buat Suami
Kanak-kanak perempuan perlu diberi pendedahan di sekolah tentang batasan aurat dan maruah diri..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Melalui pembacaan kes-kes rogol… Ada sesetengah kanak-kanak ni tak tahu pun apa yang sedang berlaku kepada mereka..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Dan untuk kes zina yang berlaku dengan rela pun jika pelakunya wanita di bawah usia 18 tahun masih di kira rogol kan?
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Petua awet muda dari doktor & Pakar kecantikan ini selamat & berkesan!
Rasanya di bawah umur 16 tahun..
Rujuk Kanun Keseksaan Seksyen 375 Rogol
g) sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak, apabila perempuan itu di bawah umur 16 tahun.
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
oramg yang menjadi perogol sudah rosak minda dan akal..
nafsu mereka mengatasi segala-galanya…
faktor akhlak dan keadaan rumahtangga itu penyebab utama..
menurut laporan kerana penghayatan agama lemah,kasih sayang keluarga kurang dan serba serbi kepincangan yang lain.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Homestay Bajet Kota Samarahan Tentunya Aminah Hostel
Betul… Golongan ini dah tak layak dipanggil manusia.. Sebab nafsu mereka mengatasi akal.. Dah macam binatang..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Mama setuju kena jaga batasan aurat dan pergaulan walaupun berada di dalam rumah. zaman sekarang ramai org jahat huhuu
tak sanggup juga dan tak sangka juga ada perogol dalam rumah sendiri,
orang yang berpotensi menjadi perogol mungkin masalah jiwa,mental tidak betul dan kurang kasih sayang..
isu ini terlalu universal..
bukan lagi soal agama
Curahan rasa mrhanafi @ ..Homestay Bajet Kota Samarahan Tentunya Aminah Hostel
Siapa sangka, ayah yang patut jadi pelindung rupa rupanya jadi perosak, adik beradik yang lain pun tumpang sekaki.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Nilai Hartanah Bakal Menyusut Lagi
Baru-baru ni semasa Minggu Tranformasi Siswa saya ada memanggil seorang pegawai polis wanita untuk memberi taklimat kepada pelajar baru…
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?
Dalam taklimat tersebut, pegawai polis wanita ni ada menekankan hak-hak wanita.. Dan ada memberi contoh tentang pelajar perempuan di sekolah yang pernah melakukan persetubuhan secara rela dengan pasangannya..
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?
Walaupun pelajar perempuan di bawah umur 16 tahun melakukan persetubuhan secara rela.. Tetapi bila keluarga pelajar tersebut membuat laporan polis, pasangannya boleh disabit kesalahan merogol…
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?
Ia tertakluk dengan Kanun Keseksaan Seksyen 375 Rogol
g) sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak, apabila perempuan itu di bawah umur 16 tahun.
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?
Sebab tu besar tanggungjawab pendidik dan masyarakat zaman sekarang ni untuk mendidik dan seterusnya memberi kesedaran kepada generasi muda zaman sekarang..
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?
mesti melihat soal undang-undang dan kesedaran.
jika tak sedar pun ..undang undang pun tiada maknanya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Homestay Bajet Kota Samarahan Tentunya Aminah Hostel
5 komen terus, kenapa tak buat artikel terus? Dah nampak macam spam.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Kesian dekat mangsa rogol ni… Lebih-lebih lagi kalau jadi mangsa rogol kepada darah daging sendiri…
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?
Seorang bapa dan seorang abang seharusnya bersifat melindungi.. Bukan mengambil kesempatan terhadap kelemahan kaum wanita..
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?
tulah bahaya pengaruh porno sekarang tuan..
benda ini ada stimulasi minda bawah sedar..
bila dah tertanam benda porno dalam minda bawah sedar maka kewarasan akal tidak ada fungsi lagi..
sumber itu perlu dicegah dan diatasi dari akar umbi
Curahan rasa mrhanafi @ ..Homestay Bajet Kota Samarahan Tentunya Aminah Hostel
dengan mahram sendiri pun dah selamat..entahlah..dimana silapnya…
jika sudah gagal mengawal nafsu tak ubah mcm binatang di luar sana kerana binatang pun gagal kawal nafsu..tp sekurang2nya binatang pun ada kasih sayang dengan anak
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Kawal Panggilan Masuk atau Mesej Tak Dikenali Dengan Aplikasi Truecaller
Mungkin pihak kerajaan perlu mewajibkan ibu bapa untuk menghadiri program-program kesedaran tentang batasan pergaulan di antara lelaki dan wanita samada mahram atau bukan mahram..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Sebelum ni ada terbaca sepintas lalu tentang terma “Perogol dalam rumah” tapi tak sempat nak baca dengan lebih lanjut… jadi tak berapa faham apa yang dimaksudkan dengan terma tersebut…
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?
Sekarang bila dah baca dengan lebih teliti tentang terma tersebut baru faham apa yang dimaksudkan dengan progol dalam rumah..
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?
Comments are closed.