Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila bercerita dunia paranormal memang teringat kisah entiti misteri di pagi raya yang berlaku di hari raya Aidilfitri 2013. Setiap kali melihat gambar tersebut pasti naik bulu roma …. macam mana pulak dengan kawan-kawan tak kan tak de rasa seram dalam hati.
Teringat juga kisah yang selalu dikongsikan oleh Bro Ilham yang selalu berulang alik ke Kemboja kisah paranormal di Toul Sleng Genocide Museum di Phnom Penh. Sebuah museum peninggalan kezaliman Pol Pot di zaman pemerintahan regime Khmer Rouge yang menjadi tempat pembunuhan beratus rakyat Kemboja yang tidak berdosa. Di Malaysia pun tak kurang kisah paranormal di muzium terutama di muzium perang di Pulau Pinang.
Kisah menarik pengembaraan Robert Joe (R.J.) bersama personaliti tempatan Nazrudin Rahman (Naz) membongkar kisah sebenar di sebalik muzium perang di Pulau Pinang yang terkenal ini. Dengan reputasinya sebagai lokasi yang menyeramkan, ketahui bagaimana datangnya kisah-kisah yang menyeramkan itu. Betulkah ia berhantu? Pernahkah ada orang betul-betul melihat hantu di sini? Ataupun ia sekadar mainan minda?
“Penang War Museum” terletak di Penang Hill. Ia merupakan lokasi yang menyeramkan bagi kebanyakan warga Malaysia kerana ia telah hilang ditelan hutan selama 60 tahun. Baru-baru ini, ia telah ditemui semula dan ditukar menjadi muzium peperangan dan ramai mempercayainya ia dihantui. Orang tempatan mengatakan ia adalah bekas kubu yang dibina oleh pihak British, tetapi ditawan oleh tentera Jepun dan digunakan sebagai kem banduan peperangan dan tapak menghukum, oleh kerana itulah ia dihantui roh-roh. Ceritanya hampir sama dengan kisah Toul Sleng Genocide Messuem Phnom Penh.
Walaupun bunyinya menyeramkan, R.J, seorang peneroka paranormal berbangsa Amerika-Korea yang juga seorang blogger yang percaya bahawa tempat sebegini bukanlah berhantu, tetapi bersejarah. Persoalan yang selalu bermain di minda R.J dan naz tentang apa yang berlaku sebenarnya. Adakah betul ada ‘hantu’? atau ia sekadar ilham kisah benar dan tragedi yang telah lama dilupakan?
Biasanya kita menjauhkan diri daripada elemen menyeramkan. Misalnya hantu, lembaga, kematian, pembunuhan dan kita tidak mempunyai masa untuk bertanyakan soalan penting terhadapnya. R.J juga yakin ia bukanlah kebetulan kerana tempat yang mempunyai banyak laporan kejadian berhantu biasanya mempunyai sejarah dasyat yang sedang tunggu untuk didedahkan. Pengembaraan RJ dan Naz bukanlah untuk mencari hantu tetapi kisah yang boleh menceritakan tentang masa lampau sesuatu tempat itu.
Jom ikuti perjalanan R.J dan Naz sambil mereka meneroka setiap sudut muzium yang menyeramkan ini, serta menemuramah saksi-saksi, mereka yang terselamat, pakar yang membongkar kebenaran mengapa ramai orang tidak mahu berkunjung ke tempat ini. Apa yang mereka temui pasti lebih menggemparkan daripada yang disangka.
Peminat fenomena paranormal pasti teruja dengan siri terhangat National Geographic Channel iaitu I Wouldn’t Go In There kerana akan membongkar salah sebuah lokasi seram di Malaysia iaitu “Penang War Museum” dengan kisah fenomena paranormalnya.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan tayangan perdana siri baru, I Wouldn’t Go In There – Malaysia : Haunted Museum yang telah bermula pada 4 Oktober 2013, jam 11 malam. Eksklusif di National Geographic Channel (Astro Saluran 553). Episod baru akan ditayangkan pada setiap Jumaat pada waktu yang sama.
Gambar menarik sekitar Penang War Museum
[customgallery]
59 Comments
setiap kali ke Penang, mesti nampak banner tentang war museum ni,..
cuma xde pendedahan apa yg menarik kat sana..
teringin juga nak pergi melawat..
ehehehee
Curahan rasa mie @ ..Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-80
Eh rasanya baru je terbaca pasal muzium ni dekat page paranormal . Tiba2 admin denai hati bermurah hati pulak berkongsi pasal ni. kite teringin la nak pergi sane . Huhuu. Macam best je. buat kita rasa dekat dengan sejarah. Sejarah yang semakiin dilupakan. :’)
Assalammualaikum…bro denaihati,
mselim3 pun belum berpeluang singgah dan melawat sini,,,, kesian mselim3 . insaalalah ada rezeki dan masa boleh …
mselim3
Curahan rasa mselim3 @ ..Kisah Nabi Sulaiman Dengan Ratu Balqis dan Kaum Saba
Baca entri ni pun dah rasa seram. Belum tengok cerita dia lagi.
Curahan rasa Anarm @ ..Tebus Ganjaran Menarik dengan CellAds
hoho..cerita pasal paranormal la plakk..
Curahan rasa titan @ ..Kerja tetap vs blogger.
tengok tempat pun dah rasa seram ni..hu3..meremang buluku
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Cara Mengatasi Stress Cara Islam
Menarik. Satu lagi tempat utk dilawati.
Thanks bro kid berkongsi tentang muzium ni…tak pernah tahu ada…hehee
Curahan rasa hafizmd @ ..Kelantan vs Johor DT
aku suka tengok Nat Geo di Rumah tapi untuk yang masakan saja , bila ada tayangan ulang saya akan tonton program ini
Curahan rasa munir ardi @ ..Positif Thinking (Khusnudzon) Adalah Jalan Terbaik
Nat Geo mmg rancangan yg mmg menarik. Rugi tak tengok
Curahan rasa hafizmd @ ..Komisen Pertama Pakej Putu Bambu Homemade!
Hari tu aku tengok yang dekat Indonesia dan Korea. Tak sabar pulak nak tengok yang nie…
Curahan rasa Joe @ ..StreamSense – Premium WordPress Theme Untuk Adsense
memang dunia gaib selain manusia adalah benar adanya, karena ini adalah bentuk keimanan kita terhadap sesuatu yang gaib.
Hanya saja memang rasa takut kita terhadap makhluk gaib jangan sampai melebihi rasa takut kita terhadap Pencipta Alam semesta Allah Ta’ala
Curahan rasa Ferry @ ..Pengumuman Hasil Tes CPNS Tahun 2013
wahhh.. macam best ni..
suka tengolk para normal aktiviti..
Jika tak jumpa antu dlm tu, cuba balik rumah.. Mungkin antu2 tu ikut balik hehhe
Curahan rasa waiman takwa @ ..Melawat Simpang Mengayau, Kudat Sabah
Banyak kali jugak terpikir pasal war museum Pulau pinang ni dan banyak kali juga trip cancel nak ke sana
Curahan rasa weschairs @ ..Pulau Dua Negara – Pulau Sebatik
Ini seperti acara Mister Tukul di Trans7 yang tayang setiap malam minggu dan senin
Kubu ni kot yang abah saya ceritakan dulu..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Korban Aqiqah di Kemboja bersama eQurban
Apa kata, sis nora terjah utk confirmkan? =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Komisen Pertama Pakej Putu Bambu Homemade!
Comments are closed.