Assalamaualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia dikejutkan lagi dengan tragedi cinta buta apabila Nursyafikah Ahmad Ismail terbunuh ditikam oleh bekas tunangnya di pasar raya Econsave Kluang. Tragedi sedih ini berlaku tak sampai dua bulan setelah kematian pelajar UiTM Pulau Pinang, Nursyuhada Johari dikelar oleh teman lelakinya. Mengapa ada manusia yang tergamak membunuh hanya kerana cinta tidak berbalas.
Ini hanya sebahagian kecil daripada tragedi yang berlaku akibat daripada cinta buta. Banyak lagi penderaan lain yang sudah berlaku dan sedang berlaku akibat cinta tidak berbalas. Penyakit masyarakat yang semakin kronik akibat lemahnya iman. Manusia sudah tidak dapat menerima kegagalan adalah sebahagian daripada rencah kehidupan. Membunuh menjadi jalan singkat untuk melepaskan rasa kecewa apabila cinta ditolak. Terlalu ramai sebenarnya manusia yang sedang mengalami masalah jiwa akibat tidak kenal ALLAH dah terlalu taksub dengan kehidupan dunia.
Siapa yang salah? Kita sebagai sebahagian daripada masyarakat tidak menjalankan tanggungjawab untuk mendidik insan lain mengenali ALLAH. Setiap hari tak kira siang atau malam kita berpolimik hanya tentang isu dunia samada di media sosial atau sembang di kedai kopi. Orang politik sibuk dengan urusan politik untuk mendapat kuasa yang semua fikir dengan kuasa maka selesailah semua masalah dunia. Aktivis sosial media terus-terusan memanupulasi semua berita dunia untuk memeta minda manusia supaya yakin dengan setiap berita yang disebarkan.
Akhirnya minda manusia menjadi sakit sehingga tergamak membunuh sesama manusia hanya kerana sebuah cinta buta. Berapa banyak lagi tragedi sebegini akan berlaku baru kita semua sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan. Dimanakah tanggungjawab kita?
98 Comments
Kita dah di akhir Zaman manusia tak pikir akhirat lagi mereka betul-betul dah masuk menjadi abdi setan budak nafsu, Darah seorang muslim lebih mahal nilainya dari bumi
Curahan rasa islam di dadaku @ ..35 Hal yang anda bisa lakukan untuk menjaga Cinta Istri Anda
takut kan.. apa pun semuanya berbalik pada semula pada iman.
Curahan rasa akak vitamin @ ..Menu Sihat Anak : Jemput- jemput Carrot dan Tempe
sedar tak sedar, masyarakat kita makin parah..kdg2 risau gk dgn keselamatan di sekeliling skng ni
Curahan rasa JMR @ ..Mesin Deposit Syiling
al-fatiha,,, takziah saya ucapkan ,,,,,
ikut prihatin,, semoga Allah SWT membalas dengan setimpal ….. aminnn
Di sini peranan blogger dan pengamal media sosial sebagai pencetus kesedaran mengenai nilai-nilai murni berasaskan Islam perlu dilipat gandakan.
Curahan rasa Ezlaila.com @ ..3 Jenis Malapetaka Yang Perlu Kita Risau Apabila Usia Mula Mencecah 40 Tahun
Salam takziah. Pemuda dan pemudi negara kita sebenarnya sedang di jajah pemikiran tanpa cinta punah la segalanya. Banyak anasir-anasir luar yang tidak baik masuk. Takut juga zaman anak-anak kita masa akan datang.
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..SEDAPNYA MAKAN PIZZA DI PIZZA VS SATAY, SUBANG JAYA
Askar-askar Dajjal telah berjaya mengubah minda generasi Y sehingga sedikit sangat yg mengenal ALLAH.
Saya ucapahkan salam takziah buat semua mangsa kekejaman jantan keparat yang hati dirasuk syaitan.
Saya sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa, semoga Allah tempatkan di kalangan orang-orang yang solehin.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gaji Ahli Parlimen Naik
Sedih saya lihat dengan tragedi ini di pihak keluarga mangsa dan sangat geram dengan tingkah laku jantan remaja zaman sekarang yang tidak kenal Allah Taala..,
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Duo Mercedes Juarai GP China 2015
kesian kat adik ni….orang yang buat kerja ni tak fikir yang adik ni ada keluarga…
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Pesawat Hercules C-130 Bersedia di Djibouti Yemen
Al-fatihah. Takziah. saya ucapkan.
**kepada admin denaihati. Sila prihatin kesalahan ejaan Assalamaualaikum sepatutnya Assalamualaikum.
Curahan rasa Teratakerapung @ ..Repost Sajak : Dialog Suami Yang Mati Pucuk & Isteri Yang Tiada Susu
innalillah dan takziah, memang gerun bila memikirkan gejala jenayah zaman ni, lebih-lebih lagi zaman yang anak-anak kita membesar. Apa pun perlu didik anak-anak kita asas iman dan taqwa.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Cheat Day: Resepi Kek Coklat Moist Paling Senang dan Jadi
Dalam surah Al-Ars ada… Allah dah berpesan supaya kita salin pesan-memesan dan nasih menasihati sesama kita… Supaya kita dan orang-orang disekeliling kita akan menjadi insan yang baik dan beramal soleh…
Curahan rasa Anuar @ ..Program Innovation, Invention and Skill Competition Through exhibition PSIS (IISCEP) 2015
Kesian dengan Nursyafikah. Inilah jadinya bila manusia yang tidak kuat pengangan kepada agama. Kerana cintak tak terbalas sanggup membunuh.
Curahan rasa Ammar @ ..10 Sebab Ahmad Maslan Tak Bodoh
takziah…..saya amat simpati denagn gejala kurang timbang rasa zaman sekarang…
Curahan rasa Coway Malaysia @ ..Coway Malaysia Water Purifier Model
Kesiannya dia,, anak2 gadis zaman sekarang kena berhati2 bila berkawan,,
Curahan rasa Zfarina @ ..Hapuskan jerawat hanya dengan minum air kosong? Anda pasti tak percaya
Comments are closed.