Assalamaualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia dikejutkan lagi dengan tragedi cinta buta apabila Nursyafikah Ahmad Ismail terbunuh ditikam oleh bekas tunangnya di pasar raya Econsave Kluang. Tragedi sedih ini berlaku tak sampai dua bulan setelah kematian pelajar UiTM Pulau Pinang, Nursyuhada Johari dikelar oleh teman lelakinya. Mengapa ada manusia yang tergamak membunuh hanya kerana cinta tidak berbalas.
Ini hanya sebahagian kecil daripada tragedi yang berlaku akibat daripada cinta buta. Banyak lagi penderaan lain yang sudah berlaku dan sedang berlaku akibat cinta tidak berbalas. Penyakit masyarakat yang semakin kronik akibat lemahnya iman. Manusia sudah tidak dapat menerima kegagalan adalah sebahagian daripada rencah kehidupan. Membunuh menjadi jalan singkat untuk melepaskan rasa kecewa apabila cinta ditolak. Terlalu ramai sebenarnya manusia yang sedang mengalami masalah jiwa akibat tidak kenal ALLAH dah terlalu taksub dengan kehidupan dunia.
Siapa yang salah? Kita sebagai sebahagian daripada masyarakat tidak menjalankan tanggungjawab untuk mendidik insan lain mengenali ALLAH. Setiap hari tak kira siang atau malam kita berpolimik hanya tentang isu dunia samada di media sosial atau sembang di kedai kopi. Orang politik sibuk dengan urusan politik untuk mendapat kuasa yang semua fikir dengan kuasa maka selesailah semua masalah dunia. Aktivis sosial media terus-terusan memanupulasi semua berita dunia untuk memeta minda manusia supaya yakin dengan setiap berita yang disebarkan.
Akhirnya minda manusia menjadi sakit sehingga tergamak membunuh sesama manusia hanya kerana sebuah cinta buta. Berapa banyak lagi tragedi sebegini akan berlaku baru kita semua sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan. Dimanakah tanggungjawab kita?
98 Comments
itulah contoh manusia yang silau dengan dunia, menganggap kehidupan dunia adalah segala-gala hingga tidak pernah memikirkan adzab kubur atas tindakanya yang salah di dunia
Curahan rasa wandj @ ..101 Cara Lengkap Pembibitan Ikan Lele
manusia dah semakin kejam perikemanusiaan itu dah hilang entah ke mana..minta kita semua dijauhkan perkara seperti ini..
Curahan rasa mrhanafi BEST @ ..Visi Dan Misi BestMobile Memang Terbaik
yang kena tikam, dah meninggal
yang menikam, bakal terima balasan
yang masih hidup, sila ambil pengajaran
Curahan rasa din @ ..Kucing Terselamat Dalam Kebakaran
Xstabil nya minda manusia klu pasal cinta ni..lebih2 lg klu tgh frust..terjadi la kjadian seperti cerita kat atas..takziah utk kluarga mangsa..
Takziah.. Didikan agama itu penting supaya perkara macam ni tak berulang
Curahan rasa Weschairs @ ..Mee Kuah Tulang, Bukit Minyak
Memang macam tu lah dunia sekarang ni, massyarakat gagal …kalau kita sibuk nanti kena maki..nak diam pun susah
Curahan rasa ishak @ ..Ingat aku ni gay ke apa….
mentaliti kita masih tak dapat membezakan antara menyibuk/jaga kain orang dengan prihatin/mengambil berat.
Yang patut dijaga tak dijaga, yang patut diketepikan yang disibukkan.
Ini kalau nak cerita, boleh jadi entri ni hahahaha
Curahan rasa Alongxp @ ..Bila isteri jadi blogger
Orang sekarang ni dah tak berfikir dengan rasional diesebabkan terlalu taksub akan sesuatu.
Curahan rasa Bro Ley @ ..Kenapa mengehadkan keupayaan sendiri?
semoga Nursyafikah di terima di sisi allah dan di ampuni dosanya, serta keluaganya di di berikan ketabahan. ini semua ujian dari allah
Curahan rasa farid @ ..ALL OF ME-JHON LEGEND
semoga Nursyafikah di terima di sisi allah dan di ampuni dosanya, serta keluaganya di di berikan ketabahan. ini semua ujian dari allah
Curahan rasa farid @ ..ALL OF ME-JHON LEGEND
Bertabahlah wahai keluarga. Ader hikmah di sebalik kejadian.
Takziah buat keluarga mangsa..
Curahan rasa Arika WardrobeUmmi @ ..HOT Selling Kain Cotton – English (3.5m x 60").
manusia sudah hilang pertimbangan akal..kerana emosi
aduh!…
Saya amat bersimpati dengan mangsa dan semoga pihak keluarga tingkatkan kesabaran tahap tertinggi..
Curahan rasa mrhanafi BEST @ ..Visi Dan Misi BestMobile Memang Terbaik
Ya Allah..Kenapa remaja zaman sekarang tergamak buat begini…Mudah2 han tiada lagi kes begini..Semoga tenang di sana…Al-Fatihah..
oh bergitu sekali drama kehidupan manusia yang hanya menumpang sementara di dunia ini, Al Fatihah dan diucapkan takziah untuk keluarga mangsa
Curahan rasa onlajer @ ..Cerita Ajaib Masak – Memasak Untuk Komisen Pertama Air Balang
akibat daripada nipisnya iman di hati…ramai yang menjadi mangsa kerakusan nafsu…
Curahan rasa reezluv @ ..Lagu JDT Versi One Avenue Buskers
Comments are closed.