Pemergian Nursyafikah tanda gagalnya masyarakat

Spread the love

Assalamaualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia dikejutkan lagi dengan tragedi cinta buta apabila Nursyafikah Ahmad Ismail terbunuh ditikam oleh bekas tunangnya di pasar raya Econsave Kluang. Tragedi sedih ini berlaku tak sampai dua bulan setelah kematian pelajar UiTM Pulau Pinang, Nursyuhada Johari dikelar oleh teman lelakinya. Mengapa ada manusia yang tergamak membunuh hanya kerana cinta tidak berbalas.

Nursyafikah di tikam

Ini hanya sebahagian kecil daripada tragedi yang berlaku akibat daripada cinta buta. Banyak lagi penderaan lain yang sudah berlaku dan sedang berlaku akibat cinta tidak berbalas. Penyakit masyarakat yang semakin kronik akibat lemahnya iman. Manusia sudah tidak dapat menerima kegagalan adalah sebahagian daripada rencah kehidupan. Membunuh menjadi jalan singkat untuk melepaskan rasa kecewa apabila cinta ditolak. Terlalu ramai sebenarnya manusia yang sedang mengalami masalah jiwa akibat tidak kenal ALLAH dah terlalu taksub dengan kehidupan dunia.

nur syuhada dikelar

Siapa yang salah? Kita sebagai sebahagian daripada masyarakat tidak menjalankan tanggungjawab untuk mendidik insan lain mengenali ALLAH. Setiap hari tak kira siang atau malam kita berpolimik hanya tentang isu dunia samada di media sosial atau sembang di kedai kopi. Orang politik sibuk dengan urusan politik untuk mendapat kuasa yang semua fikir dengan kuasa maka selesailah semua masalah dunia. Aktivis sosial media terus-terusan memanupulasi semua berita dunia untuk memeta minda manusia supaya yakin dengan setiap berita yang disebarkan.

Akhirnya minda manusia menjadi sakit sehingga tergamak membunuh sesama manusia hanya kerana sebuah cinta buta. Berapa banyak lagi tragedi sebegini akan berlaku baru kita semua sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan. Dimanakah tanggungjawab kita?

 


Spread the love

98 Comments

  1. inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.. sdey dan takut dengan kes jenayah yg berleluasa skang ni, manusia dh hilang pertimbangan, ke mana perginya iman lantas mmbiarkan syaitan menguasai diri.. Nauzubillah.. Jom kuatkan iman kita dan anak2 kita
    Curahan rasa haida @ ..Panduan Ke Hospital Untuk BersalinMy Profile

  2. Jika kita tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya, maka beginilah masyarakat yang kita lahirkan. Apabila iman lemah, maka nafsu merajai hati. Maka tergamaklah mereka melakukan perbuatan sebegitu. Oleh itu, kita perlu tanamkan keimanan yang utuh kepada ALLAH swt dalam diri bakal pewaris kita. Semoga apa yang berlaku menjadi satu iktibar bahawa betapa rapuhnya institusi keluarga dan pendidikan dalam memainkan peranannya membentuk insan yang soleh dan solehah.
    Curahan rasa Ummi Naimie @ ..MASANYA SUDAH TIBA…My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!