Rugi dan kena tipu berniaga

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada pembaca yang sudah membaca entri dari awal pasti mengetahui kisah aku yang memang minat berniaga sejak azali lagi. Hari pertama aku melangkah berkerja di sektor awam sudah azam maksima pun sepuluh tahun sahaja aku akan berkerja makan gaji dengan Kerajaan. Bisnis memang sudah jadi darah daging sejak menjual nasi lemak ketika sekolah rendah. Entah berapa kali rugi dan kena tipu sepanjang pengalaman berniaga tetapi tidak pernah serik.

buat-duit-dengan-blog

Semua tahu berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW dan 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Cuma ramai yang tak nak berniaga kerana takut RUGI dan takut KENA TIPU. Rugi dan kena tipu adalah antara resipi kejayaan dalam perniagaan. Tanyalah semua usahawan yang sudah berjaya mana ada yang tidak pernah rugi dan kena tipu. Semua itu asam garam hidup usahawan sebagai ujian untuk menuju ke puncak kejayaan. Hidup berniaga tanpa cabaran pasti kurang lengkap rasanya.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia jana income rumah sewa!

Rahsia Jana Income dgn Menulis!

Cara elak diserbu LHDN![/box]

Sehebat mana seorang usahawan bersiap sedia untuk mengelak diri dari di tipu atau rugi pasti ada cara lain mereka akan terkena. Pengalaman rugi dan kena tipu adalah guru paling bernilai untuk mendidik seorang peniaga untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya. Cuma ramai di kalangan kita terus serik walaupun baru sekali rugi atau kena tipu. Bukan setakat serik tetapi PUTUS ASA untuk berniaga sehingga lupa bisnis adalah sunnah Nabi.

make money online dengan facebook

Berniaga pasti ada risikonya jadi jangan sesekali menggunakan semua duit termasuk duit keperluan keluarga untuk perniagaan. Ramai yang menggunakan semua duit sebagai modal perniagaan sehingga apabila rugi atau kena tipu terus tertiarap sehingga merisikokan keluarga. Mulakan dengan perniagaan yang mudah dengan modal kecil untuk mengurangkan risiko.

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan – Surah Al Anbiya‬ ayat 35

Jangan takut untuk berniaga cuma kena tahu bagaimana cara yang betul memulakan perniagaan terutama pengurusan kewangan. Ramai orang muda sekarang sudah menjadi jutawan muda kerana mereka berani menghadapi semua risiko berniaga. Paling baik kita muhasabah diri mengapa kita kena tipu atau rugi dalam berniaga. Pasti ada salah silap yang telah kita lakukan sehingga diuji sebegitu. Sekali gagal dalam berniaga jangan putus asa kerana itulah langkah untuk mencipta kejayaan yang seterusnya sehingga menjadi jutawan. Biar kita ditipu berniaga tetapi jangan sesekali kita menipu.

Pernahkah anda rugi atau kena tipu dalam perniagaan? Kalau pernah berapa? Apa anda akan buat kalau anda rugi sehingga RM800K.

101 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!