Jam Tawaf kembali ke fitrah

Asalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai rasanya belum tahu tentang Jam Tawaf atau Jam Anticlockwise . Jam tawaf ni jarum dia bergerak ikut pusingan tawaf . Aku kenal dengan jam tawaf lebih 10 tahun dahulu ketika belajar ilmu aura dengan sifu Prof Dr. Norhisham Wahab. Ketika itu harga jam tawaf memang mahal lebih daripada seribu ringgit untuk seutas jam tangan tawaf. Aku pernah menulis entri khas beberapa tahun dulu bertajuk “Cara Isteri Kacau Air Minuman Boleh Mengubah Dunia“.

Ketika di Masjid Nabawi pada tahun 2011 aku berkenalan dengan seorang jemaah daripada Palestine. Dia sangat berminat dengan jam tawaf tetapi sangat sukar untuk memperolehi. Katanya sebagai umat Islam menjadi kewajiban untuk kita mengeluarkan jam tawaf sebagai jam Islam dan tidak menggunakan jam tangan ciptaan barat. Semangat ini telah mendorong aku mencari pengilang yang boleh mengeluarkan jam tangan tawaf dengan harga yang murah.

jam tawaf denaihati

Jam tawaf sudah lama digunakan oleh umat Islam lebih daripada 1200 tahun. Selepas dunia mula dimodenkan oleh kuasa barat secara perlahan-lahan sejarah putih ni telah dihitamkan dan semakin ramai manusia memakai jam anti-tawaf seperti hari ni. Yahudi pun menggunakan jam tawaf sebab mereka tahu kehebatan dan keistimewaan jam tawaf ni, tapi mereka pesongkan masyarakat Islam dengan jam anti-tawaf .

jam tangan tawaf denaihati

Antara bukti nyata tentang kewujudan dan penggunaan jam tawaf dalam masyarakat yahudi adalah kewujudan sebuah jam besar yang digelar sebagai JEWISH TOWN HALL CLOCK di Prague, Republik Czech. Aku sempat melihat jam tawaf di Prague ketika Kembara Europe pada tahun 2012. Memang bijak orang yahudi ini, selama ni kita dibiasakan menggunakan jam anti-tawaf sedangkan dalam masa yang sama mereka menggunakan jam tawaf .

jam tawaf malaysia

Banyak fakta berkenaan pusingan tawaf telah dimanipulasi dan kebenaran terus dinafikan oleh media-media yang pada hari ni secara terang-terangan dikuasai oleh masyarakat yahudi. Hakikatnya alam semesta ini dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar sesuatu di angkasa lepas semuanya bergerak ikut pusingan tawaf yang merupakan hukum fitrah alam. Galaksi, planet, bulan, bumi berputar pada paksinya dalam kedudukan arah tawaf. Peredaran darah, proton, elektron atau apa saja di dalam tubuh manusia juga mengikut arah tawaf.

jam tawaf murah

Hari ini umat Islam sendiri terasa sangat pelik bila tengok kita memakai jam tawaf kerana sudah lama minda kita telah terpesong dan terbiasa dengan memakai jam anti-tawaf. Sampai bila kita rela ditipu dan pakai jam biasa yang jelas bertentangan dengan fitrah alam yang diciptakan oleh Allah iaitu mengikut arah pusingan tawaf?

Alhamdulillah dengan izin ALLAH, Denaihati Network sudah berjaya mengeluarkan jam tawaf jenama Denaihati sebagai satu perjuangan kecil untuk produk Islam. Kehebatan jam tawaf denaihati bukan sahaja dengan pusingan tawaf juga dengan tali kulit yang bermagnetik, yang pertama di Malaysia. Kepada yang berminat untuk membeli Jam Tawaf Denaihati sila email segera ke admin@denaihati.com atau order online di Kedai Denaihati kerana stok sangat terhad.

Jom kita semua pakai Jam Tawaf Magnetik Denaihati untuk kembalikan kepada fitrah alam ciptaan ALLAH.

102 Comments

  1. Jam tangan murah dan berkualitas tersedia di groserba online. jam tangan murah dari berbagai macam jenis jam tangan original atau jam tangan kw, selain itu kami juga menjual produk lainnya seperti kacamata keren dan tas wanita cantik dengan harga termurah, hanya di groserba online pusat jam tangan murah anda bisa berbelanja dan menghemat uang anda.

  2. Saya berminat nak guna jam tawaf, harga yg Tuan jual dlm brp RM?

  3. Hebat , saya baru tahu tahun ni tentang jam ni jadi Maaf macam mana nak beli jam denaihati ni?

  4. Sayah dh pakai jam tawaf ni sejak 1990, sekarang set yg ketiga. Mohon maklumat lanjut rm nya. Tk.

  5. Jam Tawaf dah mula popular di Malaysia…But Denaihati make a new improvement! Tali kulit bermagnetik…something new…wahh..terbaik!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!