Pembunuh Sosilawati Maafkan kami

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dua pembunuh Sosilawati telah mengaku bersalah dan memohon maaf di atas kesilapan mereka. Kedua-dua pembunuh K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26 telah dijatuhkan hukuman 7 tahun penjara. Mengikut laporan Harian Metro ketika diberi peluang bercakap, Sarawanan dan Suresh dengan nada perlahan dalam bahasa Tamil memohon maaf terhadap perbuatan mereka sebelum diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah. “Saya memohon maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat atas perbuatan saya. Saya sudah insaf,” kata kedua-dua tertuduh.

Gambar Pembakar Mayat Sosilawati

Apakah perasaan anda seandainya anda adalah Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari Ridzuan, Erni Erinawati Sofea, Md Erwan Nasri, Erni Reenilawati, dan Siti Nur Fatimah atau Yatimah? Yatimah ibu Sosilawati telah menzahirkan kekecewaan dan tidak akan memaafkan pembunuh anaknya.

Allah swt sentiasa memaafkan hambanya setiap saat kecuali dosa syirik. Tetapi adakah kita mempunya kekuatan untuk memaafkan seorang yang sudah mengaku membunuh ahli keluarga kita seperti kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya. Semuga peguam Pathmanabhan, yang didakwa bersama-sama Thilaiyalagan,  Matan,  dan Kathavarayan akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kekecaman yang telah dilakukan.

[ad#advertlets336]


Spread the love

81 Comments

  1. just 7 tahun?…aduh x berbaloilangsung dengan apa yg diorg dah buat..PEMBUNUHAN YG SGT KEJAM..yg x dapat di gambarkan…..kasi je hukuman gantung..xpun penjara seumur hidup…agar org ni nanti bila keluar dia x bunuh orang lagi…yakinkah diorg ni dah insaf?…hu..hu…jgn pisang berbuah dua kali sudah….

  2. Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.

    1. Namun demikian, ada juga perkara-perkara yang dianggap jenayah di sesuatu negara mungkin tidak dianggap jenayah di negara yang lain. Sebagai contoh, bercium di khalayak ramai merupakan satu jenayah dari sisi undang-undang Malaysia dan boleh didenda, tetapi tidak di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak undang-undang berkenaan jenayah diambil daripada undang-undang agama.

      1. Selalunya, tugas mencegah jenayah dan menangkap penjenayah adalah di bawah tanggungjawab pihak polis. Mereka berhak menahan sesiapa yang disyaki untuk dibicarakan oleh mahkamah/hakim.

        1. Sekiranya sabit kesalahan, pesalah tersebut boleh didenda atau dipenjarakan. Sesetengah negara juga mempunyai hukuman mati untuk kesalahan tertentu seperti membunuh dan mengedar dadah. Bagi sesetengah kesalahan kecil seperti memandu melebihi had laju, pihak polis boleh mendenda pemandu tersebut dengan terus, tanpa perlu mendakwanya di mahkamah.

  3. Apa nak maaf terhadap kekejaman yang dilakukan? Sepatutnya nyawa dibalas nyawa!
    Betul yang sudah mati tak kan kembali lagi, tetapi yang hidup itu bagaimana? Keluarga: anak2, saudara2, jiran2 dan sebagainya bagaimana pula cerita dan deritanya?
    Kalau yang melakukan pembunuhan itu sudah insaf bagaimana pula mereka yang enggan memaafkan perbuatan yang tidak berperikemanusian itu?
    Siapa pula hendak dipersalahkan dalam hal ini walaupun kita ajal dan maut itu ditangan Allah???
    Undang2 negara yang ada bolehkah menjaminkan keselamatan kita?
    Lihatlah dan saksikanlah bermacam2 kes yang telah berlaku, tetapi penyelesaiannya tidak seberapa!!!
    Dimana keadilannya dari segi hukuman yang dibuat manusia?
    Kebanyakannya bolos sahaja!!!
    Tetapi Allah tetap tahu…
    Maka berwaspadalah kita…
    Sayangilah kita sesama kita …..
    Akrabkanlah persahabatan kita sebangasa seagama….
    Jagalah agama kita….
    Jauhilah segala persengketaan……!
    Pilihlah kawan dan jauhilah mereka yang setan2!!
    Supaya hidup didunia yang dek sementara ini aman..

    Yang pergi kita hadiahkan alfatihah.

    Amin…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!