Aku memang tak pernah ada bibik sebab Mak Mertua lansung tak benarkan isteri aku ambil bibik. Mak Mertua aku kata kalau dia boleh didik 12 orang anak, mengurus rumah dan membantu suami cari duit tanpa bibik kenapa anaknya yang ada macam-macam kemudahan nak ambil bibik??
Melihat pengalaman adik-adik yang sering bertukar ganti bibik memang susah nak dapat bibik yang bagus dan sesuai dengan keluarga. Tak kurang bibik yang mempunyai masalah tetapi ini bukanlah tiket besar untuk membunuh bibik. Kematian Mantik Hani ini sungguh tragis. Aku tak abis fikir bagaimana rakyat Malaysia yang dikatakan lebih maju daripada Indonesia sanggup memperlakukan bibiknya sedemikian rupa. Tak bolehkah kalau bibik itu tak sesuai ditukar atau diberhentikan sahaja daripada disiksa lebih teruk daripada haiwan.
Walaupun kes ini dikira terpencil tetapi pasti akan memberi kesan yang amat besar kepada hubungan Malaysia – Indonesia yang sememangnya sudah panas. Kes buluh runcing, kes menolakkan bantuan di padang dan kes manohara masih belum tamat. Kini ditambah lagi satu kes yang menyayat hati. Pasti banyak kutukan akan keluar di blog MALINGsia dan Topix.
Aku tertarik dengan komen ini : “Another International Self-Inflicted Embarrasment by MAJOR RETARD and MORON that I would rather send to INDONESIA for the people of Indonesia to prosecute as their wish…PERIOD“.
Kepada perlaku mesti diHUKUM berat dan segera. Aku ucapakan Takziah kepada keluarga Mantik Hani dan mari kita sama-sama sedekah AL FATIHAH kepada arwah. Semuga ini menjadi syahid kecil untuknya.
Firman Allah, Thoha, 124 : “Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati Aku, dia akan menemui kehidupan yang sempit, dan akan Aku kumpulkan pada hari Kiamat dalam keadaan buta.”
[ad#Mangga 300]
8 Comments
semoga kita semua rukun saja
Curahan rasa munir ardi @ ..Hidup Seorang Blogger
Pengajaran agar benda macam ni tidak akan berulang lagi kelak.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
Kita harapkan agar orang ramai akan mengambil ikhtibar daripada kejadian ini.
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
Kita doakan seperti itu juga Munir.. Semoga kita tidak mengikut jejak dorang..
Sepanjang hidup ni, tak pernah la ada orang orang gaji dekat rumah. Mak tak suka kalau kerjanya diambil alih oleh orang lain. Nasib baik juga ada kakak yang membantu mak.
aig0o0o0….agaknya xpuas hidup la tu kut…smpi nk bunuh2 org pulak. alhamdulillah famili dya xmcm tu, even though xpuas hati ngan kerja yg bibik buat tp ttp try ajar dengan mulut n otak, bukn ngan tangan & kaki. siap bwk bibik stiap kali pegi vacation kut, ksian tinggal dia sorg2 kt umah.huhu..
.-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.
@Dya, Baiknya macam tu. Kami ni pun tiada orang gaji juga sebab mak tak nak.. Dia lagi suka kalau kerja tu buat sendiri.
Comments are closed.