Assalamaualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia dikejutkan lagi dengan tragedi cinta buta apabila Nursyafikah Ahmad Ismail terbunuh ditikam oleh bekas tunangnya di pasar raya Econsave Kluang. Tragedi sedih ini berlaku tak sampai dua bulan setelah kematian pelajar UiTM Pulau Pinang, Nursyuhada Johari dikelar oleh teman lelakinya. Mengapa ada manusia yang tergamak membunuh hanya kerana cinta tidak berbalas.
Ini hanya sebahagian kecil daripada tragedi yang berlaku akibat daripada cinta buta. Banyak lagi penderaan lain yang sudah berlaku dan sedang berlaku akibat cinta tidak berbalas. Penyakit masyarakat yang semakin kronik akibat lemahnya iman. Manusia sudah tidak dapat menerima kegagalan adalah sebahagian daripada rencah kehidupan. Membunuh menjadi jalan singkat untuk melepaskan rasa kecewa apabila cinta ditolak. Terlalu ramai sebenarnya manusia yang sedang mengalami masalah jiwa akibat tidak kenal ALLAH dah terlalu taksub dengan kehidupan dunia.
Siapa yang salah? Kita sebagai sebahagian daripada masyarakat tidak menjalankan tanggungjawab untuk mendidik insan lain mengenali ALLAH. Setiap hari tak kira siang atau malam kita berpolimik hanya tentang isu dunia samada di media sosial atau sembang di kedai kopi. Orang politik sibuk dengan urusan politik untuk mendapat kuasa yang semua fikir dengan kuasa maka selesailah semua masalah dunia. Aktivis sosial media terus-terusan memanupulasi semua berita dunia untuk memeta minda manusia supaya yakin dengan setiap berita yang disebarkan.
Akhirnya minda manusia menjadi sakit sehingga tergamak membunuh sesama manusia hanya kerana sebuah cinta buta. Berapa banyak lagi tragedi sebegini akan berlaku baru kita semua sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan. Dimanakah tanggungjawab kita?
98 Comments
pendidikan bermula dri rumah..bila hal mcm nie berlaku, dok fikirkan anak2 sendiri. besar sungguh t/jawab kita para ibu bapa nak membentuk mental emosi anak2 yg sihat…
Memang menakutkan realiti sekarang. Bunuh orang macam bunuh semut. Memang ramai orang yang jiwanya sakit kerana jauh dari ajaran Islam
Curahan rasa Fyda Noh @ ..7 Tips Tingkatkan Keyakinan Diri Selepas Gagal Menyusukan Bayi Pertama
Cinta itu memang buta tapi kalau terlalu ikutkan hati begini la jadinya. Takziah buat keluarga mangsa
CHECKLIST KEPERLUAN BAYI KE HOSPITAL
Curahan rasa Hazwani Shukor @ ..CHECKLIST KEPERLUAN BAYI KE HOSPITAL
Pelbagai tragedi yang mengerikan yang berlaku di sekeliling kita setiap hari, tidak mustahil boleh berlaku pada diri kita atau ahli keluarga kita. Mohonlah pada Allah setiap masa agar kita tidak diuji dengan sedemikian rupa dengan cara mendekatiNya dan berdoa agar diberikan perlindungan.
Curahan rasa Ezlaila.com @ ..Anak Sangka Ibunya Tidak Boleh Melihat Lagi, Namun Kuasa Allah Mengatasi Segala-galanya.
Iman tak kuat. ambil jalan mudah dengan membunuh. Syaitan bertepuk tangan gembira kerana berjaya membawa seorang lagi penghuni neraka.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Janga terpengaruh dengan anasir jahat
Bila manusia dah tak rasional dengan tindakannya. Sanggup membunuh hanya kerana cinta tak berbalas.
Curahan rasa Halilah @ ..Nutriwhite Apa kata Mereka?
membunuh manusia lain daripada amalan syaitan.sebarkan kasih sayang amalan baik.takziah buat keluarga mangsa…..
manusia bila bertindak guna nafsu binasalah jadinya..bila akal diletak tepi sanggup buat apa sahaja walaupun salah di sisi agama
kasihan pada keluarga si mati, mereka ditimpa kesedihan dan kemurungan.
ini salah satu bala yang Allah turunkan apabila masyarakatnya menolak hukum Allah.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..10 Kerja Yang Boleh Dibuat Untuk Bayar PTPTN
Sedihnya bila perkara sebegini berlaku. Moga keluarga Nursyafikah tabah, Al Fatihah.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sembelit Masalah Genetik ?
Cinta dibawa ke mati..giler dah zaman sekarang..Info Terkini, Terbaharu, Terpanas: CUTI-CUTI MALAYSIA Pantai Bungai,Bekenu,Miri.Sarawak
http://aljukimong.blogspot.com/2015/04/cuti-cuti-malaysia-pantai.html
Curahan rasa Alju @ ..CUTI-CUTI MALAYSIA Pantai Bungai,Bekenu,Miri.Sarawak
Tiada unsur kemanusiaan dlm diri manusia zaman sekarang..kekecewaan biar dibawa ke mati..
Entri Terbaharu blog ~ aljukimong.blogspot Info Terkini, Terbaharu, Terpanas: CUTI-CUTI MALAYSIA Pantai Bungai,Bekenu,Miri.Sarawak
http://aljukimong.blogspot.com/2015/04/cuti-cuti-malaysia-pantai.html
sememangnya cinta itu buta, tapi hidup di dunia ini nyata
takziah dan al fatihah pada semua mangsa
Curahan rasa jannah PS Low @ ..Kebaikan Lecithin Shaklee Untuk Kurus Dan Cantik
Bukan mudah nak kawal nafsu. Cinta buta bukan bermakna boleh suka2 nak bunuh orang.
Takziah buat keluarga mangsa..
Curahan rasa NFH @ ..9 Makanan Terbaik Untuk Mencegah Kerosakan Kulit Akibat Sinaran UV.
manusia kini sedang hidup di dalam kekalutan…ada kalangan sesetengah manusia yang hilang pedoman…bertindak hanya ikut nafsu tanpa kawalan…lahirlah generasi hari ini yang berkedudukkan dalam bahaya…tersilap langkah bila-bila masa akan terjerumus ke lembah durjana
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Tips Asas Adsense, Menjana Duit Online
Comments are closed.