MML Tile Makeover tinggal beberapa hari lagi

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, peluang yang hebat memang tak boleh dilepaskan. Soalnya berapa ramai diantara Rakan Blogger sudah merebut peluang yang hebat ini. Bijak pandai ada berkata peluang hanya datang sekali sahaja jadi mereka yang bijak sahaja akan mengambil peluang manakala yang lain akan memberi beribu alasan untuk mengabaikan peluang yang terhidang di depan mata.

Berdasarkan komen-komen di entri “Rumah kampung pun boleh join Makeover tile MML” dan “Rahsia video kucing terbongkar” rasanya ramai diantara Rakan Blogger yang akan meyertai contest Makeover tile MML. Rugi sangat kalau tak menyertai contest ini sebab senarai hadiahnya memang menarik dan bernilai ribuan ringgit.

  1. Makeover tile MML secara PERCUMA untuk Pakir Kereta atau Bilik Air atau Ruang Tamu rumah anda, termasuk kos buruh untuk mengeluarkan jubin lama dan mengantikan tile MML yang baru. Kawasan untuk pengubahsuaian tidak lebih daripada 300 kaki persegi (lantai dan dinding).
  2. Perundingan Rekabentuk PERCUMA
  3. Rekabentuk Lukisan PERCUMA dan semua perundingan teknikal.

Aku pun sangat teruja dengan contest Makeover tile MML ni. Untuk tidak melepaskan peluang aku mengharap dapat mengubahsuai lantai pakir kereta yang dah lebih lima tahun usianya. Cara nak menyertai mudah sahaja hanya perlu ke website www.curiouscat.my dan kirimkan foto tile yang rosak dan tuliskan tidak lebih 100 perkataan kenapa anda layak mendapat hadiah yang hebat. Kalau tak berapa pasti boleh baca entri contest Makeover tile MML.

Antara penyertaan MML Tile Makeover katogeri Porch/Pakir

Tinggal beberapa hari lagi contest akan berakhir. Penyertaan mesti sampai pada atau sebelum 8/7/2012. Masih ada banyak lagi masa jangan biarkan ianya berlalu mungkin bukan untuk diri kita tapi sebagai hadiah kepada kedua ibubapa di kampung.

Selalunya kita lihat rancangan Makeover di TV tetapi kita tak berpeluang menyertai jadi sekarang peluang dah ada apa lagi jangan lepaskan begitu sahaja. Kalau terlepas yang ini entah bila lagi MML akan menganjurkan lagi contest yang hebat seperti ini. Untuk menyaksikan ribuan foto yang menyertai contest MML Tile Makeover joom klik VOTE di website www.CURIOUSCAT.com.my. Bermacam-macam foto yang menarik yang pasti akan memeningkan hakim untuk memilih yang paling layak untuk memenangi hadiah terhebat dari Malaysian Mosaics Berhad.

109 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!