Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada pelbagai cara untuk buat duit secara online selain menjual iklan, menjual produk dan menyertai program affiliate ada satu cara lagi yang menjadi tumpuan sebahagian daripada kita iaitu dengan menyertai kontes. Pelbagai kontes yang dianjurkan secara online menyediakan hadiah yang lumayan untuk disertai dan merancang strategi yang betul untuk menang. Mungkin kita juga ada peluang seperti Blogger Eyriqazz yang menang hadiah RM25,000.
Sempena kempen “Stay Health with Yeo’s, Lead A Joyful Life“, Yeo’s menganjurkan satu kontes yang menyeronokkan diberi nama Yeo’s Funderful Video Contest 2013. Kempen ini membawakan konsep hidup sihat dan gembira bersama-sama Yeo’s. RM40,000 satu jumlah hadiah yang sangat besar untuk dimenangi.
Anda hanya perlu rakam video yang menyeronokkan dan kreatif untuk menyertai kontes ini. Ajak rakan-rakan anda, rakam video dengan idea yang difikirkan paling menarik, kemudian hantar penyertaan untuk kontes ini. Apa yang penting ianya mestilah menyeronokkan, lain daripada yang lain dan boleh berkongsi kegembiraan (gelak tawa) bersama mereka yang menontonnya. Mudah bukan?
[box type=”shadow”]
Apa yang anda perlu tahu mengenai kontes ini:
- Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
- Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, dengan mendaftar sebagai kumpulan (beserta senarai penuh ahli kumpulan) ataupun mendaftar secara individu.
- Anda boleh menghantar video anda menggunakan online transfer ataupun emailkan kepada Yeo’s seperti yang termaktub dalam terma dan syarat kontes.
- Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kontes ini sila ke Halaman Yeo’s Funderful Video Contest ataupun hubungi wakil media Yeo’s di 03-7787 3553 atau 03-7787 3811 atau email ke [email protected] untuk penerangan lanjut.
[/box]
Kontes ini memang menarik kerana hadiah yang ditawarkan adalah sangat lumayan, sejumlah lebih RM40,000 disediakan untuk kontes ini. Antaranya adalah:
Hadiah Utama
- Tempat Pertama akan menerima wang tunai RM20,000 dan Produk Yeo’s
- Tempat Kedua akan menerima wang tunai RM5,000 dan Produk Yeo’s
- Tempat Ketiga akan menerima wang tunai RM3,000 dan Produk Yeo’s
- 7 hadiah saguhati berupa wang tunai RM1,000 dan Produk Yeo’s
Hadiah Istimewa
- Video yang mempunyai jumlah tontonan terbanyak akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000
Memang menarik hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk kontes ini. Apa tunggu lagi, ajak rakan-rakan anda untuk bersama-sama dalam kontes yang bermula pada hari ini 1 November. Serlahkan kreativiti anda dalam seni merakam video, ajak rakan-rakan, saudara mara dan semua kenalan anda untuk memeriahkan lagi kontes ini. Peluang untuk memenangi hadiah lumayan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
152 Comments
terlepas sudah hihii ni pun dah ak masuk penghujung 2014 nnt kena tunggu tahun depan punya kontes pulak la..:)
Curahan rasa adna2029 @ ..‘Pemanis SemulaJadi Stevia’
betul-betul hebat Peluang untuk Menangi RM40,000 ni..kan best dulu join benda ni..tapi bab edit video yang belum mahir tu..hehehe..baru nak try godek-godek software
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Kalau kontest yang kena buat video memang agak payah rasanya. Tahniah buat pemenang kontest ini ya. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Never Lose Hope
Samalah kita, walau lumayan mana pun hadiahnya tapi kalau buat video…bukan kemahiran saya.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Perjalanan Idea Gila Kini Bermula…
Kalau ada contest yang berkaitan dengan video ni memang takkan join walaupun pandai berlakon sebab rupa tak ada. hahaha. Tahniah kepada pemenang hari tu Yeos.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Walaupun tak sempat join kontes ni tapi wan memang tak ada kepakaran membuat video.
Tabik pada yang pandai dalam bab ni. Bukan senang juga kan.
terima kasih atas informasinya
Menarik, cuma tiada bakal dlm hasilkan vdeo kreatif.
masa ni lah nak gilap bakat atau belajar, mana tahu ada rezeki.
memang bertuah lah kalau memang RM20K boleh bawa family pergo holiday
Teringin nak cuba..tapi tak reti buat video..
Curahan rasa Hanipah Ghazali @ ..Penangan ESP..
Comments are closed.