Pelaksanaan Ibadah Qurban 2013/1434H di Kemboja

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

Sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha pihak eQurban.com telah berangkat ke Kemboja dengan menaiki pesawat AirAsia. Mereka yang terlibat berada di sana lebih kurang seminggu demi tugas dan amanah saudara seIslam bagi melaksanakan Ibadah Qurban 2013/1434H. Turut bersama beberapa orang peserta Qurban tahun 2013 dan juga team Denaihati.

misi kembara qurban 2013 bersama equrban.com
Peserta peserta Misi Kembara Qurban 2013

Alhamdulillah tahun ni tempahan lembu melalui eQurban.com berjumlah lebih 1,000 ekor lembu di mana 330 ekor lembu ditempah dari Malaysia dan selebihnya tempahan yang diterima dari luar negara. Kesemua pelaksanaan ibadah Qurban dibuat di Kemboja dan Vietnam.

Qurban di Kemboja tahun ni agak mencabar kerana keadaan sebahagian besar bumi Kemboja sekarang yang dilanda banjir terutama yang melibatkan perkampungan muslim. Perancangan awal berkaitan lokasi penyembelihan terpaksa diubah. Haiwan sembelihan Qurban juga terpaksa dipindahkan ke tempat lain.

banjir di kemboja
Keadaan jalanraya di Kemboja ditenggelami air
keadaan banjir di kemboja
Keadaan di Kemboja dilanda banjir

Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar dan baik dengan bantuan daripada petugas-petugas Cambodian Muslim Cooperatives (CMC) dan penduduk kampung yang terlibat.

Pelaksanaan Ibadah Qurban 2013 dibuat di beberapa perkampungan di Kemboja dan Vietnam seperti di Kampong Chhnang, Kampong Cham, Dam Bea, Chroy Mintry, Punhea Krek, Me Mot dan lain-lain. Team eQurban dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dibahagikan tugas di setiap lokasi berasingan untuk urusan penyembelihan.

ibadah qurban 2013 di kemboja
Penduduk kampung turut hadir semasa penyembelihan
pelaksanaan ibadah qurban 2013 di kemboja
Kakitangan e-qurban dan penduduk kampung berkerjasama semasa penyembelihan lembu

Ibadah Qurban merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut. Ianya bukan sekadar ibadah sunat tetapi juga sunnah Rasulullah saw. In shaa Allah apabila kita melaksanakan Qurban dengan niat untuk mencari keredhaan ALLAH, tak mustahil kita juga akan dapat membuka kunci rezeki yang tidak disangka-sangka.

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Terima kasih kepada Rakan Blogger yang telah mempromosi eQurban secara online kerana tempahan tahun ini meningkat berlipat kali ganda dan lebih daripada 70% dari online. Semuga usaha kita dapat membantu umat Islam di Kemboja yang sememangnya susah. Kepada Rakan Blogger teruskan mempromosi program Aqiqah Kemboja yang berjalan berterusan sepanjang tahun . In Shaa Allah komisen yang lumayan menanti mereka yang terus berusaha dan yang paling penting setiap sen komisen anda itu ada manafaat yang besar untuk umat Islam Kemboja.

Gambar Pelaksanaan Ibadah Qurban 2013/1434H di Kemboja

[customgallery]

45 Comments

  1. Tidak terucap rasa syukur orang yang kurang berkemampuan untuk menyertai bahagian korban. Semoga usaha murni ini akan menjadi amalan berterusan dan dipermudahkan-Nya segala urusan yang berkaitan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!