Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada pelbagai cara untuk buat duit secara online selain menjual iklan, menjual produk dan menyertai program affiliate ada satu cara lagi yang menjadi tumpuan sebahagian daripada kita iaitu dengan menyertai kontes. Pelbagai kontes yang dianjurkan secara online menyediakan hadiah yang lumayan untuk disertai dan merancang strategi yang betul untuk menang. Mungkin kita juga ada peluang seperti Blogger Eyriqazz yang menang hadiah RM25,000.
Sempena kempen “Stay Health with Yeo’s, Lead A Joyful Life“, Yeo’s menganjurkan satu kontes yang menyeronokkan diberi nama Yeo’s Funderful Video Contest 2013. Kempen ini membawakan konsep hidup sihat dan gembira bersama-sama Yeo’s. RM40,000 satu jumlah hadiah yang sangat besar untuk dimenangi.
Anda hanya perlu rakam video yang menyeronokkan dan kreatif untuk menyertai kontes ini. Ajak rakan-rakan anda, rakam video dengan idea yang difikirkan paling menarik, kemudian hantar penyertaan untuk kontes ini. Apa yang penting ianya mestilah menyeronokkan, lain daripada yang lain dan boleh berkongsi kegembiraan (gelak tawa) bersama mereka yang menontonnya. Mudah bukan?
[box type=”shadow”]
Apa yang anda perlu tahu mengenai kontes ini:
- Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
- Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, dengan mendaftar sebagai kumpulan (beserta senarai penuh ahli kumpulan) ataupun mendaftar secara individu.
- Anda boleh menghantar video anda menggunakan online transfer ataupun emailkan kepada Yeo’s seperti yang termaktub dalam terma dan syarat kontes.
- Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kontes ini sila ke Halaman Yeo’s Funderful Video Contest ataupun hubungi wakil media Yeo’s di 03-7787 3553 atau 03-7787 3811 atau email ke [email protected] untuk penerangan lanjut.
[/box]
Kontes ini memang menarik kerana hadiah yang ditawarkan adalah sangat lumayan, sejumlah lebih RM40,000 disediakan untuk kontes ini. Antaranya adalah:
Hadiah Utama
- Tempat Pertama akan menerima wang tunai RM20,000 dan Produk Yeo’s
- Tempat Kedua akan menerima wang tunai RM5,000 dan Produk Yeo’s
- Tempat Ketiga akan menerima wang tunai RM3,000 dan Produk Yeo’s
- 7 hadiah saguhati berupa wang tunai RM1,000 dan Produk Yeo’s
Hadiah Istimewa
- Video yang mempunyai jumlah tontonan terbanyak akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000
Memang menarik hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk kontes ini. Apa tunggu lagi, ajak rakan-rakan anda untuk bersama-sama dalam kontes yang bermula pada hari ini 1 November. Serlahkan kreativiti anda dalam seni merakam video, ajak rakan-rakan, saudara mara dan semua kenalan anda untuk memeriahkan lagi kontes ini. Peluang untuk memenangi hadiah lumayan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
152 Comments
teringin nk mencuba..InsyaAllah kalau ada idea.hehe
Curahan rasa Farisya Anastasyia @ ..Cenderahati Murah,Cepat dan Berkualiti
pergh, peraduan cam gini pon ada
boleh gak buat satu contest utk adana
Curahan rasa hazwan @ ..Jangan takut beli online dengan Adana Gallery
ini batas waktunya kapan gan? takut engga keburu Hehe
wow lumayan RM40k tu. Sape nak bagi hihi
Curahan rasa Akmal Aizat @ ..Ubat Sakit Urat Sendi: Alhamdulillah Ibu Saya Sembuh
pinter banget nih bikin kata”nya….. percaya deh gx copas hahaha
Contest sebegini sangat beri kelebihan pada rakan blogger yang pandai pasal audio visual macam BONI KACAK
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Warung NASI LEMAK Pak Ayob SHAH ALAM
saya mendukung saja
Curahan rasa Obat pelangsing perut cepat @ ..Obat pelangsing perut cepat
terimakasih atas semua informasinya sahabat
Curahan rasa Cara mengecilkan perut @ ..Cara mengecilkan perut
Ini satu kontes yang mudah, rugi siapa yang berbakat tapi tidak join
Curahan rasa Klinik Cinta @ ..Laman Baru Klinik Cinta
thx to your articel..
cukup penting buat kita2
karena saya bukan orang malay, ya munkgin cuma bisa menonton saja…
banyak betul pertandingan buat video sekarang ni…
Curahan rasa ayamKMP @ ..Harga Ayam KMP
Comments are closed.