Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 24/2/2014 yang lepas buat pertama kali aku menjejaki kaki di Astro walaupun dah bertahun menggunakan khidmat dari Astro biasa hinggalah sekarang Astro B.yond. Sepanjang tempoh itu aku telah melalui berbagai pengalaman turun dan naik bersama Astro sehingga aku jadi terkenal di Astro apabila menulis entri khas untuk Astro. Terima kasih kepada Astro yang telah membantu aku dengan baik sehingga selesai semuanya dengan baik.
Terima kasih kepada Astro kerana telah memilih keluarga aku antara yang awal beberapa hari sebelum dilancarkan menggunakan inovasi terbaru Panduan TV pelbagai bahasa generasi baru. Mula-mula kekok juga nak menggunakan Panduan Pengaturcaraan Elektronik yang baru dengan pilihan bahasa Melayu, Inggeris, India dan Cina.
Pelanggan dan penonton akan dapat melihat Panduan Pengaturcaraan Elektronik (EPG) dan Astro on the Go (AOTG) yang serba baru dalam bahasa pilihan mereka iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin atau Tamil untuk pengalaman TV yang lebih peribadi. Mengikut maklumat Astro ini adalah invoasi yang pertama di dunia khas untuk pelanggan Malaysia yang terdiri daripada berbagai bangsa. Pengaturcaraan Elektronik baru menjadikannya lebih mudah bagi pelanggan untuk mencari dan menonton kandungan, pada masa pilihan mereka – secara langsung, dirakam pada PVR atau melalui ribuan kami jam kandungan On Demand . Antara ciri utama EPG adalah seperti berikut:-
- Panduan TV pelbagai bahasa pertama di dunia untuk membawakan pengalaman yang lebih menarik dan bermakna bagi pelanggan yang mahu menonton rancangan kegemaran mereka dalam bahasa pilihan mereka, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin atau Tamil.
- Enjin pencarian yang mudah untuk pelayaran dan pencarian kandungan lebih menarik seperti carian di google, di mana rakaman atau tajuk dikategorikan mengikut bahasa, tahun siaran dan tarikh dan masa siaran di samping keupayaan menapis dan membahagikan kandungan berasaskan turutan tarikh luput, abjad dan tempoh rakaman.
- Katalog Video On Demand (VOD) yang menyediakan keupayaan pelayaran dan pencarian lebih baik mengikut genre, tajuk, musim dan episod, sekali gus membolehkan pelanggan mengawal dan memilih cara mereka menikmati hiburan.
- Kemudahan rakaman lebih baik, yang membolehkan pelanggan yang mempunyai PVR terhubung menguruskan dan memantau rakaman PVR dan pembelian VOD, semuanya dari satu tempat. Pelanggan boleh menonton semua episod yang dirakamkan daripada sesuatu siri, menapis dan menyusun tajuk mengikut tarikh dan musim, dan juga mengunci perpustakaan rakaman mereka untuk mengelakkan daripada rakaman dipadamkan secara tidak sengaja.
Semua inovasi baru yang dihidangkan kepada pelanggan seperti di atas tidak melibatkan penambahan yuran bulanan jadi jangan risau apabila berlaku perubahan pada panel Astro di rumah anda. Pelanggan masih boleh menggunakan remote control lama untuk menggunakan panel panduan pelbagai bahasa baru tetapi kalau nak tukar boleh menghubungi pihak Astro.
Selain Astro B.yond, kemaskini antaramuka turut diperkenalkan kepada pengguna Astro On The Go serta sokongan EPG pelbagai bahasa. Kemaskini terbaru untuk Astro On The Go turut memudahkan pengguna untuk menonton rancangan terpilih, dimana tidak lagi perlu mendaftar dan log-masuk terlebih dahulu sebelum dapat menontonnya. Pelanggan AOTG boleh memanfaatkan EPG pelbagai bahasa, kemudahan menyaksikan acara sukan secara langsung, menonton TV dan filem berasaskan permintaan selain daripada 30 saluran TV yang kini boleh dinikmati. Malah, kandungan AOTG kini boleh ditonton dengan lebih mudah kerana pengguna dapat menonton rancangan terpilih secara percuma tanpa perlu mendaftar. Kepada pembaca yang tiada Astro di rumah untuk menonton Piala Dunia 2014 ini masa paling sesuai untuk memuat turun AOTG di gajet kesayangan anda dan boleh menonton pasukan kesayangan anda di mana sahaja dengan hanya perlu membayar RM6 untuk satu perlawanan. Untuk mengetahui secara detail lawat sahaja website Astro On The Go.
Berdasarkan pengalaman aku yang sudah menggunakan panduan TV pelbagai bahasa lebih awal, memang best dan lebih mudah berbanding dengan sistem lama. Memang tabik dengan team ASTRO yang sentiasa mencipta inovasi baru untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. Memang seronok terutama menonton channel sukan menyaksikan pasukan kesayangan German. Paling best boleh follow berita terkini Piala Dunia 2014 di Stadium Astro Channel 820, 821, 823 dan 824 juga di Astro Channel HD 840, 841, 842, 843 dan 844 yang akan menyiarkan 64 perlawanan Piala Dunia FIFA 2014. Dengan kemudahan rakaman PVR kita tak perlu lagi berjaga dini hari untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2014 kerana boleh dirakam dan ditonton semula pada bila-bila waktu lapang. Anda akan mendapat Keputusan Piala Dunia 2014 terkini di Stadium Astro mengikut Jadual perlawanan Piala Dunia 2014 mengikut waktu Malaysia.
Panduan TV pelbagai bahasa mula dimuat turun secara automatik kepada pelanggan yang mempunyai set peranti Astro B.yond bermula pada 24 Februari 2014 secara berperingkat. Pelanggan Astro B.yond dinasihatkan untuk meninggalkan set peranti mereka dalam mod standby (tunggu sedia) untuk menerima perisian yang dikemas kini. Proses muat turun panduan TV pelbagai bahasa akan memakan masa beberapa bulan jadi jangan panik kalau ada yang belum dapat. Sila layari www.astro.com.my/epg atau menonton Saluran 100 (mulai 22 Februari) untuk maklumat lanjut. Untuk maklumat lanjut tentang Astro on the Go, sila layari www.astro.com.my/onthego.
Kepada pengguna Astro B.yond yang sudah menerima panduan TV pelbagai bahasa sila kongsikan pengalaman anda seperti sahabat kita ini Shakiddo.
101 Comments
Wahhh makin syok lah layan bola peas ni..hehe..terbaik lah tuan DH..
Curahan rasa Hafizul @ ..Rindu Dengan Komisen Jobdirumah
Boleh cuba ni.Canggih giler.
wah lepas ini tonton tiba tanpa hentilah jawabnya ya
Curahan rasa suri @ ..Ceritera Jahit Sambil Menari Dan Limau Terperuk
yea sistem baru nie lebih menarik dan up to date… 🙂
Curahan rasa NMA @ ..Kedai Gunting Rambut Otai
dah xpakai astro
xdpt nak pakai ni.. huhuhu
Curahan rasa Sop @ ..Menonton filem animasi Super Squad
Astro sepatutnya buat kerjasama dengan syarikat Telco agar Astro On The Go jadi lebih mampu milik.. Maksudnya dari segi penggunaan bandwidth..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..MLM Shaklee Patuh Syariah?
tak mustahil kalau ada kerjasama dengan telco dapat buat pakej yang lebih murah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Selesai bayar hutang kereta sembilan tahun
lebih mudah sekarang ni dgn Astro B.yond baru
Curahan rasa Mus @ ..Mangga Epal Burma Dan Mangga Kelapa Di Tamu Tuaran, Sabah
Yang kena install kat dalam telefon tu … kena bayar ehh .. ada guna pass baru leh dapat tgk online kan?
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Mencari Sesuap Nasi
nampaknya pengguna tegar pada astro sungguh ini
Curahan rasa suri @ ..Rukun Talak : Lafaz Sarih, Lafaz Kinayah
DenaiHati,. terasa macam mengidam la heheee..
apapun Astro sentiasa berusaha utk.beri yang terbaik..
boleh lah daftar, senang je pun nak daftar/upgrade…
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia
ooo ..byond ada jugak..ehhhee..sronok nyaa..hehehe
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..Preview Germany v Portugal 17 Jun 2014 Piala Dunia Brazil
Tapi terasa rugi pula kalau tukar ke beyond tapi tak guna TV LCD.. Hehe..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ingin Hamil Tanpa Membazir??
lagi yang tak ada beyond .. hehehe..cam saya .. mana ada Astro ..
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Mencari Sesuap Nasi
tv biasa(bukan lcd/led) tak support HD, rugi sikit tak dapat tengok dengan resolusi maximum.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest Piala Dunia 2014 USD100 ribu untuk anda
Semakin seronok menonton perlawanan World Cup 2014 dengan Astro B.yond baru… Tapi sayangnya saya dah tak melanggan Channel Sport.. Jadi tengok World Cup 2014 di TV1 dan Astro Arena sahaja… huhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..Jaringan Leonel Messi membantu Argentina mengalahkan Bosnia 2-1
kadang-kadang pening tengok subtitle Malay untuk filem English. last-last off subtitle haha
Curahan rasa eyra @ ..Solo Trip: Medan, Indonesia – Day 1
Kawe guna Astro On The Go ditempat2 yg power wi-fi jer. Kalau guna phone punya broadband, alamat abis lah bandwidth sebelum abis satu game bola. Beyond baru tu belum sedar lagi ehh function dia.
Curahan rasa Ismail N @ ..How to Train Your Dragon 2 – Soaring High Into Our Hearts
ada banyak pilihan tempat free wifi, mungkin ada yang kat tempat kerja pun boleh…
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia
Walau macamanapun saya lebih suka menonton dalam bahasa asal.. Lebih original.. Cuma berharap pada subtitle untuk memahami maksud..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ingin Hamil Tanpa Membazir??
Astro telah mengalami banyak perubahan especially kualiti HDnya..tapi bab tiada siaran ketika hujan tuh yg agak failed sejak sekian lama..penonton bayar tetapi tidak dapat menikmati siaran TV ketika hujan atau berawan..harap Astro dapat perbaikinya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demam Piala Dunia 2014 bermula Brazil dan Sepanyol pilihan Juara
Rasanya kalau memang menggunakan satelit, gangguan masa hujan atau berawan agak susah untuk dielakkan.. Mungkin perlu memikirkan cara lain pula selain satelit..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Gaji Minimum Pembantu Rumah RM700 Tidak Munasabah!!
Tak pasti ada teknologi untuk TV satelite yang boleh elak problem ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
rata itu masalah yang sering di alamikan. sebab rumah mak mertua saya dua astro mengalami masalah yang sama ketika hujan ribut.wahualam
Curahan rasa suri @ ..Panduan Dan Cara Menjahit Baju Kurung Bayi Buat Ke Beli Dah Siap?
Kalau di Indonesia hanya dua televisi yang mempunyai hak siar penayangan Piala Dunia Brasil Tahun 2014 ini yaitu ANTEVE dan juga TVONE
Curahan rasa Ferry @ ..Info Lowongan CPNS Kemendikbud 2014
di Malaysia juga sama ada 2. Astro dan RTM. Untuk Astro ada banyak channel dengan 64 perlawanan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
Mujur RTM dapat hak penyiaran.. Yang tidak melanggan Astro dapat turut sama merasai kemeriahan piala dunia..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ingin Hamil Tanpa Membazir??
Comments are closed.