Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 24/2/2014 yang lepas buat pertama kali aku menjejaki kaki di Astro walaupun dah bertahun menggunakan khidmat dari Astro biasa hinggalah sekarang Astro B.yond. Sepanjang tempoh itu aku telah melalui berbagai pengalaman turun dan naik bersama Astro sehingga aku jadi terkenal di Astro apabila menulis entri khas untuk Astro. Terima kasih kepada Astro yang telah membantu aku dengan baik sehingga selesai semuanya dengan baik.
Terima kasih kepada Astro kerana telah memilih keluarga aku antara yang awal beberapa hari sebelum dilancarkan menggunakan inovasi terbaru Panduan TV pelbagai bahasa generasi baru. Mula-mula kekok juga nak menggunakan Panduan Pengaturcaraan Elektronik yang baru dengan pilihan bahasa Melayu, Inggeris, India dan Cina.
Pelanggan dan penonton akan dapat melihat Panduan Pengaturcaraan Elektronik (EPG) dan Astro on the Go (AOTG) yang serba baru dalam bahasa pilihan mereka iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin atau Tamil untuk pengalaman TV yang lebih peribadi. Mengikut maklumat Astro ini adalah invoasi yang pertama di dunia khas untuk pelanggan Malaysia yang terdiri daripada berbagai bangsa. Pengaturcaraan Elektronik baru menjadikannya lebih mudah bagi pelanggan untuk mencari dan menonton kandungan, pada masa pilihan mereka – secara langsung, dirakam pada PVR atau melalui ribuan kami jam kandungan On Demand . Antara ciri utama EPG adalah seperti berikut:-
- Panduan TV pelbagai bahasa pertama di dunia untuk membawakan pengalaman yang lebih menarik dan bermakna bagi pelanggan yang mahu menonton rancangan kegemaran mereka dalam bahasa pilihan mereka, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin atau Tamil.
- Enjin pencarian yang mudah untuk pelayaran dan pencarian kandungan lebih menarik seperti carian di google, di mana rakaman atau tajuk dikategorikan mengikut bahasa, tahun siaran dan tarikh dan masa siaran di samping keupayaan menapis dan membahagikan kandungan berasaskan turutan tarikh luput, abjad dan tempoh rakaman.
- Katalog Video On Demand (VOD) yang menyediakan keupayaan pelayaran dan pencarian lebih baik mengikut genre, tajuk, musim dan episod, sekali gus membolehkan pelanggan mengawal dan memilih cara mereka menikmati hiburan.
- Kemudahan rakaman lebih baik, yang membolehkan pelanggan yang mempunyai PVR terhubung menguruskan dan memantau rakaman PVR dan pembelian VOD, semuanya dari satu tempat. Pelanggan boleh menonton semua episod yang dirakamkan daripada sesuatu siri, menapis dan menyusun tajuk mengikut tarikh dan musim, dan juga mengunci perpustakaan rakaman mereka untuk mengelakkan daripada rakaman dipadamkan secara tidak sengaja.
Semua inovasi baru yang dihidangkan kepada pelanggan seperti di atas tidak melibatkan penambahan yuran bulanan jadi jangan risau apabila berlaku perubahan pada panel Astro di rumah anda. Pelanggan masih boleh menggunakan remote control lama untuk menggunakan panel panduan pelbagai bahasa baru tetapi kalau nak tukar boleh menghubungi pihak Astro.
Selain Astro B.yond, kemaskini antaramuka turut diperkenalkan kepada pengguna Astro On The Go serta sokongan EPG pelbagai bahasa. Kemaskini terbaru untuk Astro On The Go turut memudahkan pengguna untuk menonton rancangan terpilih, dimana tidak lagi perlu mendaftar dan log-masuk terlebih dahulu sebelum dapat menontonnya. Pelanggan AOTG boleh memanfaatkan EPG pelbagai bahasa, kemudahan menyaksikan acara sukan secara langsung, menonton TV dan filem berasaskan permintaan selain daripada 30 saluran TV yang kini boleh dinikmati. Malah, kandungan AOTG kini boleh ditonton dengan lebih mudah kerana pengguna dapat menonton rancangan terpilih secara percuma tanpa perlu mendaftar. Kepada pembaca yang tiada Astro di rumah untuk menonton Piala Dunia 2014 ini masa paling sesuai untuk memuat turun AOTG di gajet kesayangan anda dan boleh menonton pasukan kesayangan anda di mana sahaja dengan hanya perlu membayar RM6 untuk satu perlawanan. Untuk mengetahui secara detail lawat sahaja website Astro On The Go.
Berdasarkan pengalaman aku yang sudah menggunakan panduan TV pelbagai bahasa lebih awal, memang best dan lebih mudah berbanding dengan sistem lama. Memang tabik dengan team ASTRO yang sentiasa mencipta inovasi baru untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. Memang seronok terutama menonton channel sukan menyaksikan pasukan kesayangan German. Paling best boleh follow berita terkini Piala Dunia 2014 di Stadium Astro Channel 820, 821, 823 dan 824 juga di Astro Channel HD 840, 841, 842, 843 dan 844 yang akan menyiarkan 64 perlawanan Piala Dunia FIFA 2014. Dengan kemudahan rakaman PVR kita tak perlu lagi berjaga dini hari untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2014 kerana boleh dirakam dan ditonton semula pada bila-bila waktu lapang. Anda akan mendapat Keputusan Piala Dunia 2014 terkini di Stadium Astro mengikut Jadual perlawanan Piala Dunia 2014 mengikut waktu Malaysia.
Panduan TV pelbagai bahasa mula dimuat turun secara automatik kepada pelanggan yang mempunyai set peranti Astro B.yond bermula pada 24 Februari 2014 secara berperingkat. Pelanggan Astro B.yond dinasihatkan untuk meninggalkan set peranti mereka dalam mod standby (tunggu sedia) untuk menerima perisian yang dikemas kini. Proses muat turun panduan TV pelbagai bahasa akan memakan masa beberapa bulan jadi jangan panik kalau ada yang belum dapat. Sila layari www.astro.com.my/epg atau menonton Saluran 100 (mulai 22 Februari) untuk maklumat lanjut. Untuk maklumat lanjut tentang Astro on the Go, sila layari www.astro.com.my/onthego.
Kepada pengguna Astro B.yond yang sudah menerima panduan TV pelbagai bahasa sila kongsikan pengalaman anda seperti sahabat kita ini Shakiddo.
101 Comments
walaupun astro nieh buat macam-macam promosi tetap tak berminat dengan astro .. lagi pun kita orang bukan jenis tengok tv sangat yang ada pun tak tertengok ini kan pulak kalau ada astro
Curahan rasa namiacinta @ ..” Dia ” Juga Makhluk Tuhan
buat masa ni … belum berminat lagi untuk memiliki mana-mana pakej astro
Curahan rasa yangbaik @ ..Jahit tudung sendiri
hoho..
terbaiklah astro.
Astro memang rajin.
Curahan rasa titan @ ..Berapa jumlah pendapatan blogger dalam sebulan?
Ingat nak pakai juga la astro bila dah cukup bajet nanti. huhu 😛
Curahan rasa Hafidz Ramli @ ..Salam
Setuju dengan akubiomed..ruang hitam dekat bawah tu memang mengganggu. mungkin kena ambil masa yang lama sikit untuk sesuaikan diri.
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Petik Kurma Terus Dari Pokok
Terus terang saya tidak suka backdrop menu warna hitam kerana ia makan banyak ruang hampir 1/3 skrin TV LCD. Cadangan saya pada pihak Astro supaya resaiz semula. Dari segi navigasi menu saya tidak ada masalah kerana ia lebih tersusun mengikut kategori.
Curahan rasa akubiomed @ ..Status sistem pencernaan mencermin kesihatan kanak-kanak
harap Astro baca idea penambahbaikan bro ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
Saya sebenarnya masih belum berapa mahir lagi dengan menu2 baru astro.. ambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri.. kadang-kadang rasa cam tak user friendly pun ada..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Vitamin vs Jamu: Mana Paling Sesuai Untuk Berpantang
Walaupun ada kemudahan dalam bahasa melayu, saya lebih selesa menggunakannya di dalam bahasa inggeris..mungkin sebab dah terbiasa, jadi agak susah nak tukar..
Saya masih lagi menggunakan Astro versi lama..agak ketinggalan sikit bab2 astro ni.. 🙂
Sekarang ni memang guna Astro PVR + wifi ni..memang best..boleh layan download movie2 pada harga yang berpatutan…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Murah Rezeki Berkongsi Rezeki
Pada saya yang bukan kaki tv ni rasa cam membazir masa pula.. Menggalakkan kita lebih lama menonton tv..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ujian Kehamilan Di Rumah
lps ni nk cuba guna astro on the go la pulak..mcm best je
Curahan rasa Pemborong Kain Cotton Vietnam @ ..2 Tips Memilih Kain Cotton
semakin canggih, semakin ramai yang membeli astro
Curahan rasa faizal @ ..Kelebihan Penyusuan Susu Sejak Awal
Astro dah jadi satu keperluan dah.. kat kampung2 pun boleh nampak piring2 astro kat rumah..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Kulit Halus Seperti Kulit Telur Tanpa Dipinta
saya sokong piala dunia dengan Astro B.yond..
Curahan rasa hafizi @ ..Review-Makanan Sedap Buffet Ramadhan Terbaik
Aku belum tukar lagi dengan astro b.yond. Masih guna yang lama, tv pun masih guna tv kotak…jauh betul ketinggalan pasal astro ni…dah berkali2 pihak astro telefon, macam2 cara dah nak suruh aku tukar…he..he..he..
Curahan rasa Arman @ ..Menangi RM500 Cabutan Bertuah Setiap Hari
Rasanya walaupun ada panduan dalam Bahasa Melayu, lebih selesa menggunakan bahasa asal iaitu English. Term yang digunakan mungkin akan sedikit ganjil dan lebih memeningkan jika digunakan dalam bahasa lain.
Keutamaannya bukan pada panduan tetapi isi yang ingin ditayangkan.
Curahan rasa Naziman Azlye @ ..Jujurlah dalam Mencintai
masih belum cuba lagi ASTRO ON THE GO ni..banyak kali dapat email dari astro talk pasal ni…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Hadiah Kesejahteraan Untuk Ibu Bapa Anda
Comments are closed.