Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 24/2/2014 yang lepas buat pertama kali aku menjejaki kaki di Astro walaupun dah bertahun menggunakan khidmat dari Astro biasa hinggalah sekarang Astro B.yond. Sepanjang tempoh itu aku telah melalui berbagai pengalaman turun dan naik bersama Astro sehingga aku jadi terkenal di Astro apabila menulis entri khas untuk Astro. Terima kasih kepada Astro yang telah membantu aku dengan baik sehingga selesai semuanya dengan baik.
Terima kasih kepada Astro kerana telah memilih keluarga aku antara yang awal beberapa hari sebelum dilancarkan menggunakan inovasi terbaru Panduan TV pelbagai bahasa generasi baru. Mula-mula kekok juga nak menggunakan Panduan Pengaturcaraan Elektronik yang baru dengan pilihan bahasa Melayu, Inggeris, India dan Cina.
Pelanggan dan penonton akan dapat melihat Panduan Pengaturcaraan Elektronik (EPG) dan Astro on the Go (AOTG) yang serba baru dalam bahasa pilihan mereka iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin atau Tamil untuk pengalaman TV yang lebih peribadi. Mengikut maklumat Astro ini adalah invoasi yang pertama di dunia khas untuk pelanggan Malaysia yang terdiri daripada berbagai bangsa. Pengaturcaraan Elektronik baru menjadikannya lebih mudah bagi pelanggan untuk mencari dan menonton kandungan, pada masa pilihan mereka – secara langsung, dirakam pada PVR atau melalui ribuan kami jam kandungan On Demand . Antara ciri utama EPG adalah seperti berikut:-
- Panduan TV pelbagai bahasa pertama di dunia untuk membawakan pengalaman yang lebih menarik dan bermakna bagi pelanggan yang mahu menonton rancangan kegemaran mereka dalam bahasa pilihan mereka, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin atau Tamil.
- Enjin pencarian yang mudah untuk pelayaran dan pencarian kandungan lebih menarik seperti carian di google, di mana rakaman atau tajuk dikategorikan mengikut bahasa, tahun siaran dan tarikh dan masa siaran di samping keupayaan menapis dan membahagikan kandungan berasaskan turutan tarikh luput, abjad dan tempoh rakaman.
- Katalog Video On Demand (VOD) yang menyediakan keupayaan pelayaran dan pencarian lebih baik mengikut genre, tajuk, musim dan episod, sekali gus membolehkan pelanggan mengawal dan memilih cara mereka menikmati hiburan.
- Kemudahan rakaman lebih baik, yang membolehkan pelanggan yang mempunyai PVR terhubung menguruskan dan memantau rakaman PVR dan pembelian VOD, semuanya dari satu tempat. Pelanggan boleh menonton semua episod yang dirakamkan daripada sesuatu siri, menapis dan menyusun tajuk mengikut tarikh dan musim, dan juga mengunci perpustakaan rakaman mereka untuk mengelakkan daripada rakaman dipadamkan secara tidak sengaja.
Semua inovasi baru yang dihidangkan kepada pelanggan seperti di atas tidak melibatkan penambahan yuran bulanan jadi jangan risau apabila berlaku perubahan pada panel Astro di rumah anda. Pelanggan masih boleh menggunakan remote control lama untuk menggunakan panel panduan pelbagai bahasa baru tetapi kalau nak tukar boleh menghubungi pihak Astro.
Selain Astro B.yond, kemaskini antaramuka turut diperkenalkan kepada pengguna Astro On The Go serta sokongan EPG pelbagai bahasa. Kemaskini terbaru untuk Astro On The Go turut memudahkan pengguna untuk menonton rancangan terpilih, dimana tidak lagi perlu mendaftar dan log-masuk terlebih dahulu sebelum dapat menontonnya. Pelanggan AOTG boleh memanfaatkan EPG pelbagai bahasa, kemudahan menyaksikan acara sukan secara langsung, menonton TV dan filem berasaskan permintaan selain daripada 30 saluran TV yang kini boleh dinikmati. Malah, kandungan AOTG kini boleh ditonton dengan lebih mudah kerana pengguna dapat menonton rancangan terpilih secara percuma tanpa perlu mendaftar. Kepada pembaca yang tiada Astro di rumah untuk menonton Piala Dunia 2014 ini masa paling sesuai untuk memuat turun AOTG di gajet kesayangan anda dan boleh menonton pasukan kesayangan anda di mana sahaja dengan hanya perlu membayar RM6 untuk satu perlawanan. Untuk mengetahui secara detail lawat sahaja website Astro On The Go.
Berdasarkan pengalaman aku yang sudah menggunakan panduan TV pelbagai bahasa lebih awal, memang best dan lebih mudah berbanding dengan sistem lama. Memang tabik dengan team ASTRO yang sentiasa mencipta inovasi baru untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. Memang seronok terutama menonton channel sukan menyaksikan pasukan kesayangan German. Paling best boleh follow berita terkini Piala Dunia 2014 di Stadium Astro Channel 820, 821, 823 dan 824 juga di Astro Channel HD 840, 841, 842, 843 dan 844 yang akan menyiarkan 64 perlawanan Piala Dunia FIFA 2014. Dengan kemudahan rakaman PVR kita tak perlu lagi berjaga dini hari untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2014 kerana boleh dirakam dan ditonton semula pada bila-bila waktu lapang. Anda akan mendapat Keputusan Piala Dunia 2014 terkini di Stadium Astro mengikut Jadual perlawanan Piala Dunia 2014 mengikut waktu Malaysia.
Panduan TV pelbagai bahasa mula dimuat turun secara automatik kepada pelanggan yang mempunyai set peranti Astro B.yond bermula pada 24 Februari 2014 secara berperingkat. Pelanggan Astro B.yond dinasihatkan untuk meninggalkan set peranti mereka dalam mod standby (tunggu sedia) untuk menerima perisian yang dikemas kini. Proses muat turun panduan TV pelbagai bahasa akan memakan masa beberapa bulan jadi jangan panik kalau ada yang belum dapat. Sila layari www.astro.com.my/epg atau menonton Saluran 100 (mulai 22 Februari) untuk maklumat lanjut. Untuk maklumat lanjut tentang Astro on the Go, sila layari www.astro.com.my/onthego.
Kepada pengguna Astro B.yond yang sudah menerima panduan TV pelbagai bahasa sila kongsikan pengalaman anda seperti sahabat kita ini Shakiddo.
101 Comments
inovasi perlu untuk mendapat pasaran kepada produk mereka!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Terbaik Menurunkan Berat Badan
Dah makin pening aku pakai Astro sekarng.. banyak update.. he he..
Curahan rasa fazrol @ ..Lepak bersama team KBBA!
Rasa nak langgan juga Astro ni , tapi on the go tu lagi berbaloi untuk orang yang selalu sibuk macam saya
Curahan rasa wazy @ ..Review Filem Abang Long Fadil
Astro On The Go memang terbaik bro…
Tapi data laa cepat habis… tenok video jaa….
Curahan rasa fazrol @ ..Belanda balas dendam ke atas Sepanyol!
Kena pakai internet Unlimited la nampaknya kalau tak nak ada masalah kuota habis..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demam Piala Dunia 2014 bermula Brazil dan Sepanyol pilihan Juara
kalau kat luar, kedai mamak atau mana-mana yang free wifi pun boleh, unlimited…
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
Astro ada update baru lagi? Menarik menarik..
Curahan rasa Viral Anchor @ ..Unique Buffalo Bodypainting Competition in China
dah update dah. tapi tak ambil la sport channel.
Curahan rasa arzmoha @ ..Filem Inspirasi dari Indonesia | aRzMoHa.com
Sekarang dah sesuaikan kehidupan tanpa astro..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Floria Putrajaya 2014
baus2.. banyk jimat ooo.. aku sendiri tak boleh lai…
Curahan rasa fazrol @ ..Lepak bersama team KBBA!
Baru tau urpa-rupanya sekarang bila astro kena potong masih dapat buka saluran tv percuma tanpa perlu pasang areal lagi..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Vitamin vs Jamu: Mana Paling Sesuai Untuk Berpantang
bestttnyaa…astro memang sempoi lah
Curahan rasa montana @ ..Lagenda Piala Dunia
Astro banyak jenis marketing, kadang2 kol banyak kali lebih 20kali dalam seminggu utk tukar Astro beyond ponat nk angkat kol.
Curahan rasa Kereta Sewa Selangor & Kl @ ..SOC Kereta Sewa di Subang Airport
Tahniah kepada Astro.. sememangnya patut ada inovasi-inovasi ini memandangkan Astro sudah banyak keuntungan yang diperolehi oleh pelanggannya.. Sudah tiba masanya untuk menghargai pelanggannya..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ujian Kehamilan Di Rumah
kadang-kadang bila ada hari khas dapat siaran extra free beberapa hari…
Curahan rasa Denaihati @ ..SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
kaya astro.. hehe ^_^
Curahan rasa Shaiful SiFu @ ..Review Jubah Abaya SiFu
Orang meniaga macam tu lah kalau kita niaga pun gitu.
Hanya org meniaga memahami org yang meniaga…
betul kata tuan Denaihati..
Curahan rasa fazrol @ ..Lepak bersama team KBBA!
Baru aku tahu yang Kid tu DUTA Astro … 🙂 lepas ni mesti ada kontest Astro taja Kid .. kan kan …
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Blogger Hartanah AbangEnsem Undir Diri dan Jual Blog
Oh ye ke.. Kalau camtu tak sabar la nak menunggu kontes dari Kid.. 🙂
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Singkirkan Toxin Dengan Set Detox Shaklee
lama dah tak langgan astro.. Guna internet TV jer
Curahan rasa brohantu @ ..Harga Reel Pancing Daiwa Saltiga
dah boleh langgan balik lah bro lepas ni…
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
macam best je tu… harap2 ASTRO dapat perbaiki dan mengurangkan yuran.
Curahan rasa zool @ ..Piala Dunia 2014 : Jepun tumpas kepada Ivory Coast
Kalau dapat kurangkan bil.. Aku sokong sangat2.. Tapi boleh ke?
Curahan rasa fazrol @ ..Tarik Upih versi budak KL!
Memang best kalau dapat tonton di mana sahaja … jika ada pakej sekali lagi bagus .. pakej internet, pastu pakej pass tu …
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Blogger Hartanah AbangEnsem Undir Diri dan Jual Blog
Memang ada pakej tue bro…
Kerjasama dengan Maxis fiber tak silap aku…
Curahan rasa fazrol @ ..Jom Makan Mee Ketam Sedap di KL!
Memang teknologi panduan multilingual dan teknologi lainnya sangat diperlukan, karena akan lebih memudahkan bagi para pengguna.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Hasil Skor Akhir Piala Dunia 2014
Bijak strategi Astro nak pikat pelanggan pelbagai ni, boleh juga apliksikan dalam blog .. guna Google translate .. sbb pernah gak ada blogger dari bangsa lain baca .. dia kata suka baca blog walaupun kena guna google translate
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Foto dan Statistik Perlawanan #FIFA2014 Brazil vs Croatia
terbaik idea ni bro, mesti syer dengan kawan-kawanlah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
Tahniah tuan Hasrul.. Ada pengunjung dari bangsa lain..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Vitamin vs Jamu: Mana Paling Sesuai Untuk Berpantang
Comments are closed.