Pengalaman membeli-belah di Nile.com.my

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pengalaman membeli secara online bukanlah satu budaya di Malaysia. Di luar negara terutama di Europe dan Amerika membeli secara online adalah satu kebiasan yang memudahkan kehidupan mereka. Jom kita sama-sama baca pengalaman Eizil membeli secara online di Nile.com.my.

Minggu lepas berkesempatan untuk membeli belah di halaman membeli belah atas talian Nile.com.my. Pertama kali membuka laman mereka, tampak seperti halaman yang lain, dengan pelbagai produk yang mereka tawarkan. Namun apabila mula melihat produk demi produk, ternyata barangan yang ditawarkan oleh pihak Nile adalah lebih murah jika dibandingkan dengan kedai lain.

Membeli-belah di halaman nile.com.my ini amat menyeronokkan apabila terdapat begitu banyak pilihan barangan dari perkakasan rumah, alat senaman, pakaian, aksesori dan banyak lagi. Kesemuanya pada hanya yang rendah dan menarik.

20130522_215124

Dinyatakan dalam halaman nile.com.my ini, mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran dalam 24jam untuk kawasan KL dan juga Petaling Jaya. Ditambah dengan perkhidmatan yang lebih menarik, iaitu pembayaran semasa penghantaran diterima (Cash On Delivery).

20130522_220411

Pihak nile.com.my juga memberi jaminan harga paling rendah atau pihak mereka akan membayar anda perbezaan harga yang anda perolehi dari syarikat lain yang lebih rendah dari mereka. Ini adalah sesuatu yang berani oleh pihak mereka, dan terus terang, memang kagum dengan keberanian mereka dengan harga mereka.

20130522_214905

Hampir sejam dihabiskan untuk membeli belah di halaman mereka kerana terlalu banyak barang yang menarik yang ditawarkan. Antara yang menjadi pilihan semasa proses beli belah tersebut boleh di lihat dalam gambar di bawah.

20130522_215235

20130522_220737

20130522_220948

20130522_221219

Selepas membuat tempahan dan menggunakan perkhidmatan courier biasa sahaja kerana lokasi penghantaran berada di luar kawasan penghataran 24Jam. Tempahan dijanjikan untuk dihantar menggunakan perkhidmatan courier kangaroo, dan nombor traking diberikan selepas semua bayaran dan tempahan dibuat. Namun begitu, barangan tempahan telah diterima keesokan harinya pada sebelah petang (masih dalam tempoh 24jam).

20130522_221533

20130522_221948

Pengalaman membeli belah di nile.com.my memang menarik ditambah dengan penghantaran yang cepat membuatkan terasa untuk mengulang belian di laman mereka pada masa akan datang. Sekiranya anda ingin mencuba perkhidmatan mereka, amat dialu-alukan dan jaminan harga rendah yang diberikan pasti akan memberikan anda peluang untuk berjimat cermat.


Spread the love

75 Comments

  1. memang seronok membeli jika barang berkualiti dan harga murah. tambahan penghantaran juga cepat

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!