PageRank Penentu Ranking di Google?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Contest Hidup Seorang Blogger kini telah menghampiri peringkat seterusnya. Berdasarkan syarat yang telah ditetapkan, para peserta perlu menghasilkan 1 entri selewat-lewatnya pada jam 11.59 malam, 22 Ogos. Alhamdulillah, kebanyakan peserta yang berdaftar telah pun menulis entri berkenaan dan semua telah disenaraikan dalam Hidup Seorang Blogger entri wajib 1. Jangan lupa juga, peserta perlu menerbitkan entri wajib kedua bermula pada 29 Ogos, selepas jam 12.01 pagi dan selewat-lewatnya jam 11.59 malam.

Macam yang dimaklumkan awal-awal, content SEO Hidup Seorang Blogger mempunyai konsep yang agak berlainan. Kali ni Denaihati.com telah meletakkan beberapa syarat penting dan salah satunya berkaitan dengan PageRank blog. Ramai juga yang tertanya-tanya kenapa contest kali ni mempunyai syarat macam tu sedangkan contest lain tidak. Sebelum saya menjawab persoalan tu, eloklah difahami dahulu basic kepada PageRank untuk memudahkan penjelasan.

PageRank (PR) ni pada asasnya lebih kepada nilai populariti sesebuah blog. Maknanya, lebih tinggi PR blog, maka semakin popularlah blog tu dan peluang untuk menempatkan laman tersebut dalam SERP (search engine results pages) adalah lebih tinggi.

Populariti ni dinilai berdasarkan apa pula? Salah satu perkara yang diambil kira untuk menentukan populariti tu ialah back link atau link yang kita terima daripada blog lain. Setiap link dari blog lain bertindak semacam undian untuk blog kita. Maknanya lagi banyak dapat undian, lagi bagus.

Tapi kena faham juga yang tidak semua backlink tadi dikira sebagai undian yang bernilai tinggi. Google akan melihat juga kepada beberapa faktor lain. Ini sudahpun saya jelaskan dalam entri Bagaimana Back link Dikira untuk Google Page Rank dan SEO. Ambillah peluang untuk membacanya sebab entri tu memberikan penjelasan yang mudah dan kalau difahami betul-betul, ia sebenarnya sudah menjawab persoalan kenapa hanya PR tertentu yang dibenarkan menyertai Contest Hidup Seorang Blogger ni.

Bagaimanapun itu bukanlah faktor utama kepada Denaihati.com hanya memilih blog yang mempunyai PR2 dan ke atas boleh menyertainya. Macam yang dimaklumkan awal-awal, HIDUP SEORANG BLOGGER mempunyai konsep yang berlainan. Kelainan yang dimaksudkan bukan hanya pada kelayakan PR. Pada saya contest kali ni lebih kepada Best SEO Practise atau dengan kata lain, ia sebenarnya lebih kepada eksperimen untuk mengkaji sejauh mana PR benar-benar berkuasa dalam menentukan kedudukan laman dalam SERP. Jadi untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat, hanya PR2 dan ke atas dipilih. Tujuannya adalah untuk memastikan tidak wujud julat perbezaan yang ketara antara PR blog yang bertanding yang mungkin menyebabkan sukar untuk kita membuat rumusan kekuatan dan kelemahan sesuatu.

Logik paling mudah, dalam pertandingan bola sepak misalnya, setiap kategori akan ditentukan berdasarkan kumpulan umur pemain. Ada Kategori 12 tahun ke bawah, 18 tahun ke bawah atau 21 tahun ke bawah. Macam tu juga dalam contest SEO kali ni. Kalau merujuk kepada senarai peserta, PR blog adalah antara 2 – 4. Jadi ia mempunyai julat perbezaan yang kecil. Perbezaan yang kecil ni akan memberikan keputusan analisis yang lebih tepat. Dalam masa yang sama, pertandingan lebih sengit tetapi adil. Begitulah kalau mengikut kefahaman saya.

Semoga penjelasan ini sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan kenapa pada kali ni hanya PR2 ke atas sahaja yang layak menyertai dan diharapkan juga tidak ada rakan-rakan yang kecil hati. Kepada semua peserta yang menyertai contest HIDUP SEORANG BLOGGER, gunakanlah kesempatan ini untuk menambah sedikit pengetahuan dan kemahiran SEO.

Keterangan PenulisEntri Pagerank Penentu Ranking di Google ini adalah hasil karya KulanzSalleh yang merupakan seorang blogger yang tidak kurang hebatnya sekarang. Blog beliau  KulanzSalleh.com dengan PR4 penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.

1. Senarai Peserta contest HIDUP SEORANG BLOGGER

2. Senarai Entri Wajib 1 HIDUP SEORANG BLOGGER

3. Senarai Entri Wajib 2 HIDUP SEORANG BLOGGER

4. Link Popularity tips SEO dari Ariffshah

[ad#Mangga 300]


Spread the love

298 Comments

      1. Kita tahu bahwa Google tidak sembarangan memilih website untuk mereka letakan di urutan teratas.
        Mereka memiliki sistem peringkat yang memisahkan website mana yang berhak berada di atas dan mana yang jauh di belakang.

    1. Tujuan Google menambahkan site performance, selain ia terobsesi dengan speed dan kesederhanaan, juga ingin membantu pengguna internet yang mempunyai kecepatan internet rendah saat browsing. Sehingga mereka di puaskan dengan halaman situs yang dapat di buka dengan cepat tanpa perlu menunggu waktu lama.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Open House Berbuntut MautMy Profile

      1. Semakin besar angka Google Pagerank, maka website Anda akan semakin diperhitungkan oleh mesin pencari. Sehingga urutan website Anda bisa berada di urutan yang tinggi. Dengan keyword yang sama, sebuah website dengan pagerank 7 akan berada di urutan yang lebih tinggi dibandingkan website dengan pagerank 6 atau di bawahnya.

        1. Konten yang mengandung banyak Keyword pilihan kita memang penting, tapi yang lebih penting adalah konten kualitas bagus yang relevan dengan topic website kita.

  1. Ini berkaitan dengan cepat atau lambat sebuah halaman web dapat tampil secara penuh. Ukuran besar kecilnyalah yang biasanya menjadikan sebuah halaman memerlukan waktu lebih lama saat loading. Faktor speed ini sebetulnya tidak perlu dirisaukan karena hanya 1 % (satu persen) saja. Sementara masih ada 99% lain yang mungkin jauh lebih penting bagi upaya SEO demi mendapatkan rangking google yang lebih baik.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!