Hidup Seorang Blogger entri wajib 1

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 2 hari yang penting iaitu 22/8 dan 29/8  untuk contest “HIDUP SEORANG BLOGGER” telah tiba. Bukan sahaja rara tetapi ramai peserta yang bertanya berbagai soalan antaranya “saya nak tanya, seo contest tu, dikira bagaimana ye? kalau blog tersenarai antara 10 ranking di google.com tetapi bukanlah berkenaan entri, malah ranking itu masuk kerana nama blog adalah ‘hidup seorang blogger’, adakah ranking itu akan dikira ataupun ianya hanya dikira jika dua entri yang dibuat berada di top 10?“.

10 pemenang yang akan diambil kira mestilah tersenarai top 10 di google.com yang telah berdaftar sebagai peserta dan telah terbitkan entri wajib pada 00.01am – 11.59pm 22/8 dan 29/8 pada jam. Seandainya peserta berdaftar tersenarai top 10 tetapi tidak buat 2 entri wajib pada tarikh ditetapkan maka peserta yang seterusnya dikira pemenang. Seandainya peserta menyenaraikan dua blog maka kedua-dua blog wajib juga buat entri wajib tetapi sekiranya kedua-dua blog masuk dalam top 10 hanya blog yang ranking teratas sahaja dikira sebagai pemenang. Peserta yang menggunakan blog selain blog yang didaftar untuk entri wajib juga tidak layak.

Tahniah kepada 70 blogger hebat yang telah mendaftar sebagai perserta contest SEO kali ini. Sila tinggalkan link entri wajib di ruangan komen dan semua akan di senaraikan dalam entri ini. Strategi peserta adalah bebas cuma janganlah menggunakan strategi yang curang. Bertandinglah secara sihat. Kepada blogger lain yang tidak layak menjadi peserta anda juga dijemput untuk memeriahkan contest ini dengan membuat entri khas bertajuk Hidup Seorang Blogger manalah tahu kemungkinan ianya memberi faedah SEO dan Pagerank.

Senarai entri wajib 1 Hidup Seorang Blogger.

[ad#Mangga 300]

271 Comments

  1. Pingback: PageRank Penentu Ranking di Google?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!